Followers

Ahad, 21 Ogos 2011

Nasi Lemak Hujan Panas

Assalamualaikum...


Hari ni dari tengahari terpk2 nak masak ape la untuk berbuka hari ni.. Bila en. suami ade kat umah tak keje ni... kene la masak ala2 special sket.. takde la special mane pun... janji lain lebih skit laa.. kalau tak.. buka sorang2.. wat cekodok je... hehehhe.. hasil dari intai dari dapur ke dapur alam maya ni... tertarik pulak dgn nasi lemak hujan panas dari kak Azlita ni.. di tambah la lagi dgn dengan gambar2 yang sangat menarik tu... memang tak rugi la mencuba resepi ni.. sedap sgt nasi lemak nye tambah lagi dgn kaler2 tu... fuuuhhh.. jom tengok resepi nye... mohon ye kak azlita nak cnp kat sini... mintak halal yeee... :) 


Nasi Lemak Hujan Panas
Sumber : Masam Manis


2 mug beras - dicuci bersih 
1/2 mug santan pekat 
2 mug air - ikut jenis beras 
1 biji bawang putih - di mayang halus 
1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus 
1/2 sudu kecil halba 
1 sudu kecil garam 
Sehelai daun pandan 
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.

Sambal Tumis Ikan Bilis  
2 cwn ikan bilis - digoreng  
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (saye letak asam keping je.. asam jawa takde stok pulak)
1 sudu teh garam
secubit pak aji ( saye tak letak )
5 sudu makan gula ( saye letak 1 sudu je )
1/2 cawan minyak masak

Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau 
Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Bila dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya ikan bilis masik garing bila dimakan.

Selasa, 16 Ogos 2011

Sambal Biji Cempedak

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal bijik cempedak pulak.. Minggu lepas en. suami balik keje malas tu ada bawak balik buah cempedak.. sampai2 je terus belah tengok isi dia besar2.. terus je goreng cempedak tu.. pastu terus ngap... tak sempat nak snap dan klik klik klik dulu.. hehehehe.. sangat teruja dapat makan cempedak.. maklum la dah lama tak makan cempedak... nak beli yang dah goreng nye mahal sangat la pulak... 5 bijik alahai kecik2 jee.. dah rm2.. makan sorang pun tak cukup.. sangat2 tak berbaloi...lepas tu bijik dia sayang la pulak nak buang... dok simpan dalam petiais tu berhari2... en. suami bagi idea suh masak lemak... tapi cam malas je pulak nak masak lemak.. wat masak sambal kering2 campur ikan bilis untuk buka puase hari ni.. fuuhhhh.. terangkat beb bila makan ngan nasi panas... berpeluh2 gitu... ahak ahak ahak... siape yg berminat... boleh la layan resepi care saye di bawah.. dan boleh jugak di tokok tambah mengikut selera dan citarase masing2... layyaaannnnn... jooommmmmmm...

Sambal Biji Cempedak

Bahan2
Biji Cempedak yang telah direbus dihiris nipis
Ikan Bilis
6 ulas bawang merah - di kisar
4 ulas bawang putih - di kisar
15 batang cili kering - di kisar
1 sk serbuk pati ikan bilis
garam
minyak

Cara2 memasak
Goreng garing biji cempedak..ketepikan.
Goreng garing ikan bilis.. ketepikan.
Tumis bahan kisar, garam dan serbuk ikan bilis sehingga garing dan kering.
Apabila sambal sudah kering masuk biji cempedak dan ikan bilis tadi..
Siap..

Mudah Saje kan... Cube laaa... 

Isnin, 8 Ogos 2011

Sambal Telur Rebus


Sambal Telur Rebus


Bahan2
4 Biji telur yang sudah di rebus
8 sb cili kisar
6 Ulas bawang merah
4 Ulas bawang putih
garam
Daun bawang + daun sup




Cara2 Memasak
Goreng telur rebus hingga kuning kekuningan
Tumis bawang merah + bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan cili Kisar.. masak sehingga garing.. 
Masukan garam..
masukan telur dan tabur daun bawang + daun sup.. gaul sekata..
Siap.

Selasa, 2 Ogos 2011

Ikan Kuning Masak Pindang



Ikan Kuning masak Pindang


Bahan2
5 ekor Ikan kuning
3 Ulas bawang merah dihiris
Halia dihiris
3 cawan air asam jawa
serbuk kunyit
sehelai daun kunyit
garam
Bendi
Tomato




Cara2 memasak
Masukan ikan, bawang, halia, air asam, serbuk kunyit, masak di atas api sehingga mendidih..
masukan bendi dan daun kunyit... setelah bendi empuk.. masukan garam dan tomato.. siap...

Daging Sambal


Daging Sambal


Bahan2
Daging
4 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
6 Sudu cili Kisar
Halia
Daun bawang + daun sup
garam




Cara2 memasak
Daging di rebus sehingga empuk dan airnye sedikit kering
Bawang merah + bawang Putih + halia dikisar halus
Panaskan minyak dan tumis bawang + halia yg dikisar sampai naik bau wangi..
Masukan cili kering...masak sehingga garing...
masuk kan garam
masukkan daging.. gaul2 kan sekata.. taburkan daun bawang dan daun sup...Siap...