Followers

Khamis, 27 Jun 2013

Kisah Semalam : adik dan hospital


Semalam 26.6.13 al-kisah seperti biasa adik ade tca kat klinik pakar kanak2 di hospital kajang. Sebelum keluar haruslah pakai mask.. untuk mempertahankan  kesihatan. hehehe..

Pagi2 tu pakaikan dia mask.. dia ngamuk jugak nak bukak. lepas tu ayah dia cepat2 bawak gi cermin. tunjukkan dia.. nampak mate dia menyepet. maksudnye dia gelak la tu. sambil ayah dia cakap.. haaa.. mcm doktor tak. yg cucuk adik tu. lagi la dia suka.. hahahaha.. ye la.. dalam kehidupan dia.. yg dia tau pakai mask ni doktor ngan nurse je.. tu je yg selalu dia nampak. hehehe..

pukul 8 pagi sampai dah kat hospital. ayah adik turun kan saya kat depan wad bersalin dan terus pergi carik parking. maklumlah.. parking bukan senang dapat.

Saya pun terus letak kad temujanji tu kat dalam bakul kat kaunter pendaftaran dan terus pergi ambil nombor untuk ambil darah adik. dapat no 13. tunggu punye tunggu pukul 9.30pagi tu baru nama adik dipanggil. kejap tu ayah adik masuk. dapat dah parking. no untuk jumpe doktor pun dah dapat. lepas adik sudah amek darah terus bekejar ke hospital serdang untuk dapatkan tarikh temujanji untuk ENT pulak.

Lagi la payah kat situ nak dapat parking.. pusing2 lebih 20 minit carik parking baru dapat. Lega rasenye.. dah nak turun cari bag tak jumpe.. habes satu pelusuk kereta carik takde. hati dah berdebar2. dalam fikiran macam2 terbayang. saya dan suami masing2 cube mengingatkan kali terakhir kami dengan bag tu. dalam bag tu ade beg duit saya. ofkos la dalam tu segala harta penting ade.. mykad saya.. mykid adik.. dan segala jenis kad. dlm beg tu pun ade buku laporan adik yg sgt berharga. sebelum discaj hari tu doktor dah suruh saya fotostet buku tu sebab takut hilang. buku tu kene bawak kemana2 bersama2 adik. sebab takut apa2 terjadi kene rujuk mana2 doktor buku tu sgt penting. tak semua ubat adik boleh ambil. tak semua rawatan boleh diberikan ke adik. sebab adik byk diagnosis. dan segala kad temujanji adik ada dalam tu. memang saya mengigil ketakutan waktu tu. buku adik dan kad temujanji adik tu sgt berharga dari mykad dan mykid tu. itu yg lebih sy takutkan. 

Terus suami keluar dari parking dan terus ke hospital kajang. saya diturunkan di wad bersalin dan terus pergi ke tempat2 yg kami 'singgah' tadi. Alhamdulillah.. lega sangat hati bila nampak beg tu ade atas kerusi tempat menunggu. terus bukak dan cek buku adik. dan segala kad temujanji adik. lega.. ada.. baru saya godek2 beg duit.. tgk mykad dan mykid adik ade.. duit pun ade.. syukur.. Allah lindungkan.. Alhamdulillah.

Dah tu.. tunggu je lah kat situ.. sampai situ pukul 10.30pg.. tunggu punye tunggu.. nama adik dipanggil jumpe doktor 12.30pm.. aduh2.. berat adik dah naik 3.2kg.. alhamdulillah.. kesihatan adik nampak semakin ok..

tapi doktor masih mintak adik di kuarantin kan lagi.. jgn berjumpa org.. utk adik pulih sepenuhnye... heeeemmmmmmm.. ok lor.. yg tu memang susah.. hanya Allah je yg dpt melindung adik. ibu tak terdaya.. maaf adik.

doktor dah buat keputusan nak buka ryles tube adik. tp masalahnye adik dah lupe cara2 nak menghisap dan menelan. terus adik dirujuk ke Occupational Therapy (OT).

selepas abes jumpe doktor.. temujanji seterusnya sebulan akan dtg. alhamdulillah.. syukur sgt2.. kesihatan adik dah semakin baik. kalau tak mesti adik kene jumpe doktor seminggu sekali.

pukul 2pm pula adik pergi la OT. memang tgk adik susah nak menghisap dan menelan. dekat sejam di situ. adik ke wad 7 pula sebab nak ambil cucuk RSV dan masuk kembali ryles tiub.

pukul 5.30pm adik sampai umah... fuh fuh fuh.. penat adik.. bagi minum terus ketiduran sampai pukul 6pagi tadi.. 12jam tu adik tido.. hehehe..


Tengok tu dah kepenatan pun masih nak main lagi.. dah tidur tapi menannye tak nak lepas.. hehehe..


Nah.. kad temujanji adik..tambah lagi 1.. OT.. dan akan bertambah satu lagi ENT. mencabar betul nak ikatkan.. hospital kajang - hospital kuala lumpur - hospital serdang - klinik kesihatan. heeemmmm...

Isnin, 17 Jun 2013

Pembedahan Jantung adik

Entry yg lepas ade cerita pasal adik admit lepas pergi TCA kat IJN. Doktor sahkan adik kene jangkitan kuman kat paru2. Lagi. Ok. Saya sudah bersedia untuk itu, memang adik kalau pergi TCA mesti akan demam. memang antibodi adik belum cukup kuat nak bercampur dengan org ramai. 

2 minggu lepas tu adik muntah2 dan cirit birit.. doktor jangka adik terkena rotavirus. berikutan di wad juga adik bercampur dengan kanak2 lain. pernafasan adik semakin laju. dan lekuk bawah dada adik juga semakin dalam. doktor bagi adik oksigen nasal prong. dan terus di tempatkan di bilik asingan. untuk menghentikan jangkitan dan pulihkan penyakit yg ade pada adik. doktor takut kalau adik terus mendapat jangkitan dari pesakit lain.


Bila adik dah duduk dalam bilik ni.. kesihatan adik dah semakin ok.. adik pun dah semakin ceria. hasil ujian yg dibuat, adik tidak ade rotavirus. alhamdulillah. cirit birit dah takde.. muntah pun dah takde.. demam pun dah semakin kurang.. cume adik selalu demam di sebabkan urat bengkak dan kerap cucuk branula.. 


Ni la perkara yang paling saya tak suka dekat wad. dicucuk sana sini. lepas bengkak, cucuk lagi. dalam seminggu.. ade la dalam 4 kali tukar line ni.. sbb urat adik cepat bengkak bila masuk ubat.

Walaupun adik dah semakin sihat.. tapi nafas dia masih laju lagi. oksigen dari  1 liter naik ke 1 liter. lekuk bawah dada semakin dalam. pakar semakin risau. Untuk kesekian kalinya, doktor hubungi pihak IJN utk mengetahui status pembedahan adik. jawapan yg di terima adalah masih sama..

Tak boleh buat lagi sbb fungsi hati dan buah pinggang adik tidak berapa baik. risiko sangat tinggi. Pakar kanak2 menyuruh saya membuat pilihan. sama ada saya mahu teruskan menunggu IJN atau saya sanggup tanggung risiko yg tinggi untuk melakukan pembedahan adik.

1. teruskan menunggu IJN : pakar kata adik dah terlalu penat dan telah menunggu terlalu lama. walau pun dah pakai oksigen.. nafas adik masih laju .

2. ambil risiko teruskan pembedahan : risiko utk berjaya cuma 5%. kata pakar bius.. dengan bius boleh merosakkan hati dan buah pinggang adik yg tak berapa baik fungsinya. 

saya berbincang dengan suami. kata sepakat di ambil. kami mahu merubah hidup adik.. setahun adik hidup dengan dunia hospital. tidak keluar kemana2. tidak pernah ke pasaraya, tidak pernah ke taman permainan.. ape ntah lah berjalan2 ke pantai atau berkunjung kerumah saudara mara.

Ia.. adik dah setahun... tapi adik beradik mak ayah saya dan suami tidak pernah jumpe dia. memang saya kurantin kan adik terus dari dunia luar. tapi adik masih lagi keluar masuk keluar masuk hospital. 

keputusan di buat. Pakar memilih hospital serdang untuk merujuk kes adik. alhamdulillah.. syukur sangat2.. Hospital sedang terima kes adik.


1.6.13 - sabtu.. adik selamat cek-in kat wad 6D hospital serdang. transfer dari hospital kajang dengan ambulans.. hati berdebar2.. masih terfikir2.. adakah ini keputusan yang betul. 

keesokannye hari ahad sesi menandatangani surat perjanjian.. dengan doktor pakar bedah.. senang sikit hati.. katenye risiko kurang untuk kes seperti adik. surat ditandatangani dengan senang hati.  bila perjumpaan dengan pakar bius.. hati mula berbelah bahagi.. Risiko nye same seperti IJN. kate pakar bius. jangan meletakkan harapan untuk adik sihat. adik mungkin akan di ICU lebih sebulan. adik mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin hayat lebih sebulan. dengan bius mungkin akan merosakan hati dan buah pinggang adik. 

Memang untuk pembedahan jantung adik ni nampak simple.. tapi disebabkan adik ada masalah hati dan buah pinggang membuatkan berisiko dengan ubat bius. hati kembali resah. surat ditandatangani dengan perasaan berbelah bahagi.

3.6.13.. Adik mula berpuasa pukul 6 pagi.. susah jugak nak ber'puasa'kan adik ni.. sebab perut dia dah di set kan setiap 2jam akan kenyang. walau dia dimasukkan air.. tapi dia tetap mengamuk nak susu.. resah gelisah jiwa ibu ni tengok adik.. tepat pukul 12.30 tengahari adik di tolak ke dewan bedah..

waktu ni perasaan tak tahu nak digambarkan macam mana.. jiwa dan hati berada sama dengan adik. yg ade terhuyung hayang cume la badan tanpa hala tujuan. terima kasih mama hakim yang sudi teman adik di saat2 adik dibawa ke bilik bedah. kurang sikit rase debaran di hati.


waktu dalam bilik bedah, ibu sorg je dibenarkan temankan adik sehingga adik tidak 'sedar'. sayu hati bila ibu nak bawa adik masuk dalam tgk ayah cium adik berkali. ibu sedaya upaya cube tenangkan perasaan. berjalan sambil dukung adik, ikut nurse ke bilik pembedahan adik. 

Terasa sangat sejuk waktu tu. tak tahu la ekon bilik tu terlalu sejuk atau diri ni dah terlalu ketakutan. hati semakin berdebar2 bila doktor suruh baringkan adik. adik seperti biasa bila ibu mula menjauh, adik akan menangis. nurse2 dan doktor2 mula memulakan kerja untuk 'tidur'kan adik. 

tenaga adik sangat kuat mengamuk dan kemudian beransur perlahan. doktor memberi izin untuk saya mencium adik.. adik dah 'tidur nyenyak'.. satu ciuman di kanan pipi sejuk adik. satu ciuman di dahi sejuk adik.. lagi ciuman saya tak sanggup.. saya tak nak ade air mate yg menitik di kulit adik. saya bisikkan di telinga adik. " adik kuatkan semangat.. ibu dan ayah tunggu adik kat luar". 

dan terus pergi meninggalkan bilik bedah yg sejuk beku bagi saya. penantian satu penyeksaan. Pukul 5.30 petang adik di tolak masuk ke Pediatric cardiac Intensive Care Units (PCICU).

Bagai dihiris2 hati melihat adik. tapi saya harus kuatkan semangat untuk dia. adik dah mula sedar. dia menangis kehausan sambil menghisap jari. nampak dia terlalu lapar. tapi adik tak boleh diberi minum lagi. adik bernafas dengan bantuan mesin. adik lawan mesin. adik terpaksa diberi ubat tidur sebab adik kerap melawan mesin. kalau dulu ibu pedih hati tgk tangan kaki kepala adik dicucuk branula.. tapi disini leher adik dicucuk. demi kesihatan adik. ibu senyum pada adik. adik memandang sayu ibu. ibu tau. adik mintak susu. adik lapar. adik haus. ibu tanya nurse. bila adik boleh minum. tapi nurse kate belum boleh lagi. mungkin esk. dalam tak sedar berakhir sejam waktu melawat adik. berat hati ibu nak tinggalkan adik. esk pukul 12.30 tghari ibu dtg melawat adik lagi.

4.6.13- tepat pukul 12.30hari saya dan suami dah tunggu depan pintu PCICU. tk sabar nak jumpe adik. alhamdulillah syukur sangat. kuasa Allah. adik dah bernafas menggunakan oksigen nasal prong 3 liter. syukur bila adik dah tak perlukan lagi mesin hayat tu. tapi adik masih berpuasa. adik demam. masih mengamuk mintak susu. merajuk dengan ibu.

7.6.13 - adik dilepaskan ke wad biasa.. syukur alhamdulillah.. kuasa Allah mengatasi segalanya. adik dah minum dengan banyaknye.. adik dah kembali ceria dan aktif.. tapi ibu masih takut2 lagi nak dukung adik. 


Hari pertama adik di wad. gembira hati ibu. dapat peluk cium adik balik. syukur Ya Allah..


Adik pun dah off oksigen. lega sangat hati ni bila doktor kate nak off kan oksigen adik.. sebab adik memang tak suke pakai oksigen ni. asyik la di bukanye saje. di tariknye saje.


10.6.13 adik di transfer kembali ke hospital kajang.. ya be da be du.. seronok hati ibu dapat balik kajang. memang tak dinafikan.. seronok lagi di serdang. tapi bak kata org.. hujan batu di negeri sendiri, ujan emas di negeri org. kan kan kan..

bukan ape.. kalau kat kajang kan..


haa tengok tu.. tengok tu.. en. centa hati boleh datang bila2 masa saje. setiap pagi time nak gi kerja.. dia dtg anto sapan. malam2 kalau lapar, en. centa hati leh belikan nasi. 


kalau adik ngamuk, saya nak mandi. en. centa hati leh jaga adik jap sementara saya mandi. dekat serdang saya tak dapat semua ni.. muahahahahhaa... 

Alhamdulillah syukur adik dah semakin sihat dan semakin2 aktif. terima kasih pada yg mendoakan adik. hanya Allah dapat membalasnye.. pada yg sudi kirim2 hadiah untuk adik tu.. terima kasih yg terhingga.

Jumaat, 14 Jun 2013

Adik Dah Setahun

Rindunye dgn dunia blog ni.. lama tak masuk sini.. lama tak melawat blog kawan2.. rindu rinduan jadinya.. 


Semalam 13.6.13 genap la usia adik setahun.. adik setahun dengan berat 2.9kg dan tinggi 49cm.. berat dan tinggi newborn kan... 

adik sambut besday kat hospital. hehehe.. terharu sangat bila doktor2 wad pediatrik sudi raikan hari jadi adik.. tapinya ibunye la yg merah padam muka kene tiup lilin.. adik selamber je muka nye.. lagi buat muke pelik bila tgk doktor2 berdiri depan dia sambil nyanyi dan tepuk tangan.. hehehhee...  sepanjang 28++ tahun ni tak pernah lagi daku tiup lilin depan org ramai.. depan mak ayah ngan adik2 je.. itu pun masa sekolah rendah dulu.. hehehhee..




Ni la kek yg disponsor oleh doktor.. tapi adik tak makan pun.. ibu je yg ngap bagi abes.. hehehe.. dapat amek gambo kek yg dah di potong je.. gambar lain takde.. doktor yg amek gambar. ibu sibuk nak tiup lilin.. hehehe.. 

Ni hari ni.. sambut dengan ayah pulak.. baru boleh snap pic.. hehehe..

Selamat hari jadi Intan Nur Maisarah.. Semoga dipanjangkan umur.. diberi kesihatan dan kesembuhan.. Besar harapan ibu dan ayah untuk tgk adik menjalani kehidupan seperti kanak2 seusia adik.. mudah2an diizinkan.. Aamiin..


kepada kawan2 yang mendoakan adik.. hanya Allah saje yg dapat membalas..

In Shaa Allah.. next entry saya tentang kisah adik di wad dan pembedahan adik.. tunggu.. eh.. ade ke yg nak tunggu??? hehehehhe...

Sabtu, 1 Jun 2013

Mohon Doa Untuk Adik

Bersiaran langsung dari wad pediatrik 6D Hospital Serdang.

Tadi (1.6.13) adik di transfer dari hospital kajang ke hospital serdang. isnin ni adik akan menjalani PDA Ligation. Mohon kawan2 dan pada yg terbaca entry ni mendoakan keselamatan dan kesembuhan serta dimudahkan urusan operation adik isnin ni.