Followers

Rabu, 30 September 2015

Tips Fesyen Terkini Wanita Bertudung

Tips Fesyen Terkini Wanita Bertudung

Semakin ramai wanita bertudung yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Bagi wanita yang bertudung, penting untuk anda menyesuaikan sesuatu rekaan pakaian dengan imej bertudung agar kelihatan sopan dan tidak keterlaluan. Ekoran fesyen Muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian Muslimah moden, berikut merupakan beberapa tips fesyen terkini khusus untuk wanita bertudung;

1.      Pakai Outerwear
Jika anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan t-shirt kegemaran anda, always remember to put yourself an outerwear. Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti cardigan, blazer, kimono top, dan sweater. Bergayalah ikut kesesuaian gaya anda!

2.      Pemilihan Warna

Tentu sekali anda tidak akan pernah salah apabila memilih warna hitam. Ia bukan sahaja menjadikan tubuh anda kelihatan langsing, warna hitam juga membuatkan penampilan anda kelihatan elegan. Selain hitam, anda juga boleh memakai pakaian yang berwarna pastel dan earth colour.

3.      Menutupi bahagian pinggul

Kini terdapat banyak koleksi blouse Muslimah modern yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita. Penting untuk wanita bertudung memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.

4.      Loose
 Get loose tops. Anda boleh bergaya dengan koleksi blouse Muslimah dan kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan loose yang trendi. Koleksi blouse ini bukan sahaja sesuai untuk anda gayakan bersama seluar, malah amat menarik untuk dipadankan bersama koleksi skirts labuh. 

Isnin, 14 September 2015

Potty training

Hari isnin hari tu, lepas mandikan adik pagi tu terus je saya nekad tak nak pakaikan dia pempes. Selalu sangat tangguhkan tangguhkan tangguhkan, ntah bila akan boleh. Jadi memang terus pagi tu cakap kat dia, "adik. hari ni tak pakai pempes tau. adik nak kenc**g ke nak ber*k ke pergi bilik air tau".

Adik cam blur blur jugak. Nampak mcm dia tak selesa tak berpempes pun ada. tapi saya biarkan aje.

Hari pertama (isnin)
Setiap saat saya teringat saya akan tanya dia..
"adik nak kenc**g tak?"
"adik nak ber*k tak?"
"adik rasa nak kenc**g ke nak ber*k ke cepat2 cakap ngan ibu tau."

haaa gitu la antara ayat2 saya sepanjang hari pertama tu sampai dia naik bosan dan naik angin. hahaha..

tapi sepanjang hari tu sekali je dia membuang air kecil kat belakang kerusi. sebabnye saya pun tak pasti la. tapi sebelum tu memang dah tanya dia, dia jawab tak nak, tapi dia membuang jugak kat situ. huhuhuhu.

tidur siang saya pakaikan pempes. bila bangun memang ade basah kat pempes dia.. fuh selamat kalau tak kene jemur tilam pulak.. kikiki..

tidur malam pun saya pakaikan pempes.. tak berani amek risiko basah tilam.. huhuhu..

Hari kedua (selasa)
Hari ni saya kurang sikit bertanya dia. takut dia bosan dan naik angin macam semalam. hehe.. saya macam agak2 je. saya tanya dalam sejam ke dua jam gitu.

tidur siang semestinya saya pakaikan pempes. tapi sebelum tidur saya suruh dia pergi membuang air kecil dulu. bangun je tidur, tengok pempes dia kering. hehehe.. bangun tidur terus je laju dia gi bilik air.

tido malam juga saya pakaikan pempes. hehehe..

Hari ketiga (Rabu)
Hari ni saya dah kurang tanya dia. sebab saya sibuk menjahit jadi kurang fokus sikit kat potty training si kecik ni.. hehe.. tapi  dia sendiri yang bagi tau nak membuang air kecil atau besar.

tidur siang hari tu saya terlupa nak pakaikan dia pempes. Tapi sebelum tidur saya dah suruh dia membuang air kecil dulu. Mujur dia tak membuang atas tilam. hehe. Bangun je tidur terus berlari ke bilik air.

Tidur malam pakaikan pempes. Ade basahan lagi kat pempes dia.

Hari keempat (khamis)

Saya langsung tak tanya dia apa2. Dia sendiri yang bagitau nak ke bilik air. Lulus.

tidur siang tak pakai pempes.. lulus. huyee.

tidur malam mesti pakai pempes. Basah lencun. huhuhu..

Hari kelima (Jumaat)

Sama macam semalam. Dia sangat berdikari. Bila sampai masa terus ke bilik air sendiri.

Tidur siang tak pakai pempes dah. Ibu dah yakin. hehehe.. Tapi sebelum tidur memang akan suruh dia pergi bilik air. dan bila bangun dia sendiri akan ke bilik air. Lulus. 

Tidur malam mesti pakai pempes. Ibu tak yakin sebab sepanjang potty training pempes basah lencun bila bangun pagi.

Tapi bila bangun hari keenam pagi tu pempes dia kering. Bangun je terus ke bilik air. hehehe.. Lulus la jugak. hehee..

Hari ke Enam (sabtu)

Siang seperti biasa, dia sendiri pandai bagitau. ibu pun dah tak sibuk lagi hal kecil besar dia. kikiki.. 

Tidur siang tanpa pempes pun dah lulus. Dia terjaga dari tidur terus bagitau nak membuang air kecil.

Tidur malam pun lulus tanpa membuang air kecil. bangun pagi keesokkan dia membuang. pempes ibu masih terus pakai lagi waktu malam sebab takut juga dia terbuang air kan. 

Dah dia tidur sekatil haa.. kalau dia membuang air tak pasal bergelumang bertiga dengan air tut dia.. kikikiki... makanya memang kene pakai pempes.. tapi dia dah lulus.

hari ketujuh (ahad)

Berjaga waktu siang - lulus
Tidur siang - lulus
Tidur malam - lulus


Result potty Training
Berjaya dengan cemerlang.

Huyeee.

Alhamdulillah. Anak ibu boleh. Ibu je yang tak berapa yakin. tapi nah itu resultnya. hehee.. kalau masih tangguh2kan tak tahu la sampai bila dia berpempes gitu.

3 tahun 3 bulan - Adik dah bebas lampin pakai buang. Ok. tahun depan boleh pergi sekolah.. hehehe... besar dah anak ibu rupenya dalam tak sedar.



Jumaat, 11 September 2015

Cubaan Menjahit Baju

Kisah sebenarnya saya dah lama tengok baju2 mcm gini orang dok share2 kat fb tu. Teringin sangat nak pakai. hehe. tapi macam tak yakin je kalau badan ni pakai. ok ke.. cantik ke. 

Dan saya paling lemah kalau beli baju readymade. memang selalu tak sesuai. boleh masuk tak situ, ketat kat sini.. elok kat sini.. ketat kat sana.. haishh.. memang susah. kalau nak beli baju online tu lagi la tak boleh. sedangkan baju depan mata pun ade je tak kene.. itu la sebabnya saya gigih nak buat baju sendiri.. kikiki...

Tibe2 terdetik idea buat kat adik dulu. kalau ok baru buat kat saya. takde la sayang dan bazir kain kan.. hehehe.. mula la projek saya memunggah kain2.. last2 jumpa kain pario yang berzaman punya. Dulu2 boleh la pakai.. skrg nak pakai mcm tak sesuai je lagi kain pario ni.. kikiki..

Dah jumpe apa lagi.. mulala projek saya.

Saya mula ambil ukuran adik. punya la sukenya kalau kite dok ukur2 dia tu, dia tau la ibu nak buat baju dia. hehehe.. Ambil ukuran panjang bahu ke tangan untuk lebar dan tinggi ambil untuk labuh baju.. lepas tu lipat dua. dan guna kapur kain buat bulatan 1/4.

Bila dah potong dia jadi gitu haa... lengan ikut suke nak  besar mane. hehee..
Ni bila dah bentang. Buat leher macam baju kurung je. senang dan mudah. hehe.. 
tarraaa.. dah siap dah.. kelepet je bawah ngan tangan tu.. tunjuk kan si buah centa sorang tu bukan main seronok la sangat.
kat bahagian dalam.. buat gini je. itulah dia bila takde mesin jahit tepi. susah sangat nak menjahit kalau takde mesin jahit tepi. kalau jahit simple2 gini boleh la buat kelim betawi gini je. kalau banyak bahagian tu memang susah la haa..

Bila la nak dapat mesin jahit tepi idaman ku itu.. huhuhu... verangan je la.. 

Ahaaa... itu aje.. sangat senang dan cepat membuatnya.. ok.. dah boleh cari kain untuk buat baju untuk diri sendiri pulak.. kikikiki...

Isnin, 7 September 2015

Baby Bib Handmade

Assalamualaikum

Di saat2 kebosanan saya cuba mencuba cubaan membuat baby bib ni.


material dari kain cotton. Boleh pakai dua2 belah depan dan belakang.

Sesuai untuk baby setahun ke bawah. 
stok terhad. cewah. baru buat sikit2 je dulu. hehe..


sesiapa berminat boleh wasap saya ye.. 0147137311.

Harga 1 helai rm8.

Terima kasih.


ps : update pakai henpon. susah nak bukak pc waktu si buah centa saya tak nak tido ni. hehe..





Khamis, 3 September 2015

Kek Coklat Mug Express

Dengan tak semena2 teringin pulak nak makan kek coklat. Nak pergi membeli mcm malas sebab nak makan nye sikit je. nak membuat pun malas. hehhe.. Godek punye godek.. jumpe la banyak resepi kek express masak dalam microwave. Saya pun apa lagi.. harus lah mencuba kan.. tak sah kalau tak cuba bende baru. hehe..

Terbongkok2 mencari mug yang sesuai nak pusing2 dalam microwave. akhirnya jumpa jugak. mug hadiah masa kawen dulu. dah 6 tahun usia mug ni dengan daku. hehehe..

dah jumpa mug. apa lagi.. cari pulak bahan2 yang ada kat umah. ngam2 kat rumah ade sebiji je telur. 

Memula sediakan bahan2nya.

4 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan milo
4 sudu makan gula

Godek2 semua dalam tu pakai garfu sampai sebati macam gambar kat atas tu. Lepas tu masukkan

1 biji telur
3 sudu makan minyak jagung
3 sudu makan susu pekat
Godek2 lagi dia sampai jadi macam kat atas ni. Bagi sebati semua ye. 

Dan kemudian boleh lah masukan ke dalam microwave.

Sori.. microwave pun dah umur 6 tahun. hadiah kawen jugak. dah berkarat2 dah. hehhe.
Kite letak dia kat HIGH dan 5 minit. Peh tu kite tunggu dia pusing.. dia pusing.. dia pusing sampai la bunyi TING...
Kita cube cucuk dia ngan lidi sate. lidi sate je ade kat umah saya. maklum lah org kajang kan.. kikiki..
ok. kalau kite cucuk tu peh tu kite keluarkan lidi tu bersih je. maksudnya dah masak le tuh kek kite. huyeeee...
Nak kasi menarik lagi, kite hias2 kan dia. saya letak eskrem ngan tabur coklat rice.. nyuuummyyyyy.. cepat je cair eskrem dengan kepanasan kek tu. hehe..

Berebut2 ibu makan ngan adik. banyak adik makan. dia nampak pelik je tengok kek dalam cawan. hehehe..