Followers

Ahad, 25 Oktober 2015

Sibuk Bersama BusyBook

Assalamualaikum.

Baru berkesempatan nak update blog... Kejap ada kejap takde.. kejap timbul kejap tenggelam.. hehehhe...

Kali ni saya membusykan diri dengan dunia busy book pulak.. hehe..

Mula2 saja buat main2 je.. tak sangka dapat terima banyak tempahan.. alhamdulillah.. rezeki.

Busy book / Quite Book ni sesuai untuk baby dan toddler. Untuk bebaskan mereka dari suke bermain henpon atau tengok tv 24 jam citer katun... hehhee.. Dalam busy book ni ade aktiviti2 yang boleh meningkatkan skill motor halus, perkembangan otak dengan aktiviti2 di dalam busy/quite book bila memerlukan kemahiran mereka berfikiran. haaa gitu la kisah nye.. saya bab karang2 ayat ni fail... hahaha...

Busy book yang ada activity.. quite book yang lebih kepada sensory dan gambar2.. hehe.. saya buat ikut pilihan. tapi ada tak kisah ikut saya je lagi senang.. hehehe..

ni contoh2 busy book yang dah saya buat..
harga pun ikut nak buat macam mana.. harga berbeza2 setiap jenis buku..

Ni banyak gambar dari aktiviti..  baby ni suke tengok signboard tesco.. kiki.. maklum la rumah dekat ngan tesco. hari2 lalu.. minat pulak katun pocoyo.. kite letak pocoyo di situ..
buat ni pun sempena besday dia.. letak sekali gambar kek yang bermanik2 untuk sensory dan hadiah untuk buka dan ikat reben.. ada kad ucapan sekali kat situ.. hehe..


Yang kedua ni.. lebih aktiviti sikit.. dan ada permintaan untuk letak kucing di situ.. hehehe..


yang ketiga ni penuh aktiviti.. mak dia kate tak kisah mcm mane pun.. jadinya saya buat ikut saya je.. hehehe.. lagi senang dan cepat siap..


Yang ni pulak tempahan matching2 ABC.. saya buat saiz A4 ade 3 keping.. boleh bentang atas meja atau nak gantung kat dinding ke.. hehe..

Yang ni baru siap dan baru sampai ke tuan nya.. ini pun mak adik irdina tempah aje ikut saye.. hehehe... 

sape2 yang berminat boleh wasap2 saya ye.. 016-3431303 (ina).. 

Isnin, 5 Oktober 2015

Kurta Buat Si Dia


Hari tu mil ada bagi en. centa hati kain pelikat. Jenis kain dia lembut je. Tiba2 en. centa hati minta buat kan kurta. Uih.. terkejut di buatnye.. Sesedap je kan nak suruh. macam la bini dia ni pandai sangat.. wuwuwuwuuw...

Saya pun mula la dok termenung depan kain pelikat tu.. Kang kate tak nak buat kang, dia ok je.. Tapi macam tak best la kan sebab tak dapat tunaikan permintaan si centa hati.. hahahahha... Mula la saya meng gugel sana sini.. tak cukup kat lappy.. sambil baring2 nak tidurkan cik buah cinta, saya gugel lagi kat henpon pulak. 

Berhari2 mengkaji rupebentuk.. rekabentuk.. dalam image yg dah siap model pakai tu banyak la. tapi untuk pola dan tutorial nak buat tu tak banyak dan susah nak jumpa. ke saya yang tak pandai nak letak keyword ke sampai tak jumpa tak tahu la kan. hehehe..

Dah sampai ke akhirnya.. last2.. saya bentang je kain pelikat tu. 

Dalam pada saya bentang tu.. sempat lagi termenung panjang. hehehe.. mula2 mcm takut jugak nak buat. takut tak jadi sayang pulak nanti kain tu.


akhirnya lepas panjang berfikir, saya tekap je ngan baju kameja dia.. baju melayu kot.. ntah la.. baju melayu kemeja rasenye.. hahahaha... mudahkan... ina la katekan.. hidup mesti mudah lagi menyenangkan.. jangan serabut2.. hahahaha.. adeehh.. walhal dah fenin2 dah dibuatnye tu.. kikikiki.. 

Gini jadi nye.. ikut je garisan baju tu cume saya labuh kan aje. hehhe.. nampak tak garisan putih tu. Jap saya gunting ye.. ngeee...


Haaa gini dia.. betul ke tak ek? hahaha.. pandai2 sendiri je kan.. 


Lepas tu potong bahagian tangan pulak.. same jugak.. saye tekap je ngan baju tadi tu. 

Siap gunting. saya suruh dia gi anta gi jahit tepi kat kedai. nak di jadikan cerita 5 hari baju tu tersadai kat kedai tu.. sebab dia busy keje tak sempat nak ambil campur lupa.. ishh isshh ishh.. sabo je laa...


Tarraa... akhirnya siap jugak.. heheh.. jangan gelak ye.. kikiki.. lepas tu saya cuba buat poket mulut tu.. eh.. poket mulut ke? isshh memandai je bagi name.. hahaha.. maaf kalau salah.. tapi memang salah pun. dah siap pasang mulut poket tu.. mase tengah setereka nak matikan jahitan baru perasan kecacatan corak poket tu ngan baju.. aahh.. malas la nak tetas nak jahit semula.. pura2 tak nampak je la.. kikikiki... itu pun dah byk buang kain mase buat poket ngan kolar baju tu.. 

Akhirnya si dia merasmikan baju itu dengan senyuman.. hahaha.. haaa... lega rase sebab takde komplen dari dia.. kikikiki... nampak mcm dia selese je pakai.. kerap nampak dia pakai.. kembang kempis idung bini dia.. hahahahahha.. isshh..


Rabu, 30 September 2015

Tips Fesyen Terkini Wanita Bertudung

Tips Fesyen Terkini Wanita Bertudung

Semakin ramai wanita bertudung yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Bagi wanita yang bertudung, penting untuk anda menyesuaikan sesuatu rekaan pakaian dengan imej bertudung agar kelihatan sopan dan tidak keterlaluan. Ekoran fesyen Muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian Muslimah moden, berikut merupakan beberapa tips fesyen terkini khusus untuk wanita bertudung;

1.      Pakai Outerwear
Jika anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan t-shirt kegemaran anda, always remember to put yourself an outerwear. Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti cardigan, blazer, kimono top, dan sweater. Bergayalah ikut kesesuaian gaya anda!

2.      Pemilihan Warna

Tentu sekali anda tidak akan pernah salah apabila memilih warna hitam. Ia bukan sahaja menjadikan tubuh anda kelihatan langsing, warna hitam juga membuatkan penampilan anda kelihatan elegan. Selain hitam, anda juga boleh memakai pakaian yang berwarna pastel dan earth colour.

3.      Menutupi bahagian pinggul

Kini terdapat banyak koleksi blouse Muslimah modern yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita. Penting untuk wanita bertudung memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.

4.      Loose
 Get loose tops. Anda boleh bergaya dengan koleksi blouse Muslimah dan kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan loose yang trendi. Koleksi blouse ini bukan sahaja sesuai untuk anda gayakan bersama seluar, malah amat menarik untuk dipadankan bersama koleksi skirts labuh. 

Isnin, 14 September 2015

Potty training

Hari isnin hari tu, lepas mandikan adik pagi tu terus je saya nekad tak nak pakaikan dia pempes. Selalu sangat tangguhkan tangguhkan tangguhkan, ntah bila akan boleh. Jadi memang terus pagi tu cakap kat dia, "adik. hari ni tak pakai pempes tau. adik nak kenc**g ke nak ber*k ke pergi bilik air tau".

Adik cam blur blur jugak. Nampak mcm dia tak selesa tak berpempes pun ada. tapi saya biarkan aje.

Hari pertama (isnin)
Setiap saat saya teringat saya akan tanya dia..
"adik nak kenc**g tak?"
"adik nak ber*k tak?"
"adik rasa nak kenc**g ke nak ber*k ke cepat2 cakap ngan ibu tau."

haaa gitu la antara ayat2 saya sepanjang hari pertama tu sampai dia naik bosan dan naik angin. hahaha..

tapi sepanjang hari tu sekali je dia membuang air kecil kat belakang kerusi. sebabnye saya pun tak pasti la. tapi sebelum tu memang dah tanya dia, dia jawab tak nak, tapi dia membuang jugak kat situ. huhuhuhu.

tidur siang saya pakaikan pempes. bila bangun memang ade basah kat pempes dia.. fuh selamat kalau tak kene jemur tilam pulak.. kikiki..

tidur malam pun saya pakaikan pempes.. tak berani amek risiko basah tilam.. huhuhu..

Hari kedua (selasa)
Hari ni saya kurang sikit bertanya dia. takut dia bosan dan naik angin macam semalam. hehe.. saya macam agak2 je. saya tanya dalam sejam ke dua jam gitu.

tidur siang semestinya saya pakaikan pempes. tapi sebelum tidur saya suruh dia pergi membuang air kecil dulu. bangun je tidur, tengok pempes dia kering. hehehe.. bangun tidur terus je laju dia gi bilik air.

tido malam juga saya pakaikan pempes. hehehe..

Hari ketiga (Rabu)
Hari ni saya dah kurang tanya dia. sebab saya sibuk menjahit jadi kurang fokus sikit kat potty training si kecik ni.. hehe.. tapi  dia sendiri yang bagi tau nak membuang air kecil atau besar.

tidur siang hari tu saya terlupa nak pakaikan dia pempes. Tapi sebelum tidur saya dah suruh dia membuang air kecil dulu. Mujur dia tak membuang atas tilam. hehe. Bangun je tidur terus berlari ke bilik air.

Tidur malam pakaikan pempes. Ade basahan lagi kat pempes dia.

Hari keempat (khamis)

Saya langsung tak tanya dia apa2. Dia sendiri yang bagitau nak ke bilik air. Lulus.

tidur siang tak pakai pempes.. lulus. huyee.

tidur malam mesti pakai pempes. Basah lencun. huhuhu..

Hari kelima (Jumaat)

Sama macam semalam. Dia sangat berdikari. Bila sampai masa terus ke bilik air sendiri.

Tidur siang tak pakai pempes dah. Ibu dah yakin. hehehe.. Tapi sebelum tidur memang akan suruh dia pergi bilik air. dan bila bangun dia sendiri akan ke bilik air. Lulus. 

Tidur malam mesti pakai pempes. Ibu tak yakin sebab sepanjang potty training pempes basah lencun bila bangun pagi.

Tapi bila bangun hari keenam pagi tu pempes dia kering. Bangun je terus ke bilik air. hehehe.. Lulus la jugak. hehee..

Hari ke Enam (sabtu)

Siang seperti biasa, dia sendiri pandai bagitau. ibu pun dah tak sibuk lagi hal kecil besar dia. kikiki.. 

Tidur siang tanpa pempes pun dah lulus. Dia terjaga dari tidur terus bagitau nak membuang air kecil.

Tidur malam pun lulus tanpa membuang air kecil. bangun pagi keesokkan dia membuang. pempes ibu masih terus pakai lagi waktu malam sebab takut juga dia terbuang air kan. 

Dah dia tidur sekatil haa.. kalau dia membuang air tak pasal bergelumang bertiga dengan air tut dia.. kikikiki... makanya memang kene pakai pempes.. tapi dia dah lulus.

hari ketujuh (ahad)

Berjaga waktu siang - lulus
Tidur siang - lulus
Tidur malam - lulus


Result potty Training
Berjaya dengan cemerlang.

Huyeee.

Alhamdulillah. Anak ibu boleh. Ibu je yang tak berapa yakin. tapi nah itu resultnya. hehee.. kalau masih tangguh2kan tak tahu la sampai bila dia berpempes gitu.

3 tahun 3 bulan - Adik dah bebas lampin pakai buang. Ok. tahun depan boleh pergi sekolah.. hehehe... besar dah anak ibu rupenya dalam tak sedar.



Jumaat, 11 September 2015

Cubaan Menjahit Baju

Kisah sebenarnya saya dah lama tengok baju2 mcm gini orang dok share2 kat fb tu. Teringin sangat nak pakai. hehe. tapi macam tak yakin je kalau badan ni pakai. ok ke.. cantik ke. 

Dan saya paling lemah kalau beli baju readymade. memang selalu tak sesuai. boleh masuk tak situ, ketat kat sini.. elok kat sini.. ketat kat sana.. haishh.. memang susah. kalau nak beli baju online tu lagi la tak boleh. sedangkan baju depan mata pun ade je tak kene.. itu la sebabnya saya gigih nak buat baju sendiri.. kikiki...

Tibe2 terdetik idea buat kat adik dulu. kalau ok baru buat kat saya. takde la sayang dan bazir kain kan.. hehehe.. mula la projek saya memunggah kain2.. last2 jumpa kain pario yang berzaman punya. Dulu2 boleh la pakai.. skrg nak pakai mcm tak sesuai je lagi kain pario ni.. kikiki..

Dah jumpe apa lagi.. mulala projek saya.

Saya mula ambil ukuran adik. punya la sukenya kalau kite dok ukur2 dia tu, dia tau la ibu nak buat baju dia. hehehe.. Ambil ukuran panjang bahu ke tangan untuk lebar dan tinggi ambil untuk labuh baju.. lepas tu lipat dua. dan guna kapur kain buat bulatan 1/4.

Bila dah potong dia jadi gitu haa... lengan ikut suke nak  besar mane. hehee..
Ni bila dah bentang. Buat leher macam baju kurung je. senang dan mudah. hehe.. 
tarraaa.. dah siap dah.. kelepet je bawah ngan tangan tu.. tunjuk kan si buah centa sorang tu bukan main seronok la sangat.
kat bahagian dalam.. buat gini je. itulah dia bila takde mesin jahit tepi. susah sangat nak menjahit kalau takde mesin jahit tepi. kalau jahit simple2 gini boleh la buat kelim betawi gini je. kalau banyak bahagian tu memang susah la haa..

Bila la nak dapat mesin jahit tepi idaman ku itu.. huhuhu... verangan je la.. 

Ahaaa... itu aje.. sangat senang dan cepat membuatnya.. ok.. dah boleh cari kain untuk buat baju untuk diri sendiri pulak.. kikikiki...

Isnin, 7 September 2015

Baby Bib Handmade

Assalamualaikum

Di saat2 kebosanan saya cuba mencuba cubaan membuat baby bib ni.


material dari kain cotton. Boleh pakai dua2 belah depan dan belakang.

Sesuai untuk baby setahun ke bawah. 
stok terhad. cewah. baru buat sikit2 je dulu. hehe..


sesiapa berminat boleh wasap saya ye.. 0147137311.

Harga 1 helai rm8.

Terima kasih.


ps : update pakai henpon. susah nak bukak pc waktu si buah centa saya tak nak tido ni. hehe..





Khamis, 3 September 2015

Kek Coklat Mug Express

Dengan tak semena2 teringin pulak nak makan kek coklat. Nak pergi membeli mcm malas sebab nak makan nye sikit je. nak membuat pun malas. hehhe.. Godek punye godek.. jumpe la banyak resepi kek express masak dalam microwave. Saya pun apa lagi.. harus lah mencuba kan.. tak sah kalau tak cuba bende baru. hehe..

Terbongkok2 mencari mug yang sesuai nak pusing2 dalam microwave. akhirnya jumpa jugak. mug hadiah masa kawen dulu. dah 6 tahun usia mug ni dengan daku. hehehe..

dah jumpa mug. apa lagi.. cari pulak bahan2 yang ada kat umah. ngam2 kat rumah ade sebiji je telur. 

Memula sediakan bahan2nya.

4 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan milo
4 sudu makan gula

Godek2 semua dalam tu pakai garfu sampai sebati macam gambar kat atas tu. Lepas tu masukkan

1 biji telur
3 sudu makan minyak jagung
3 sudu makan susu pekat
Godek2 lagi dia sampai jadi macam kat atas ni. Bagi sebati semua ye. 

Dan kemudian boleh lah masukan ke dalam microwave.

Sori.. microwave pun dah umur 6 tahun. hadiah kawen jugak. dah berkarat2 dah. hehhe.
Kite letak dia kat HIGH dan 5 minit. Peh tu kite tunggu dia pusing.. dia pusing.. dia pusing sampai la bunyi TING...
Kita cube cucuk dia ngan lidi sate. lidi sate je ade kat umah saya. maklum lah org kajang kan.. kikiki..
ok. kalau kite cucuk tu peh tu kite keluarkan lidi tu bersih je. maksudnya dah masak le tuh kek kite. huyeeee...
Nak kasi menarik lagi, kite hias2 kan dia. saya letak eskrem ngan tabur coklat rice.. nyuuummyyyyy.. cepat je cair eskrem dengan kepanasan kek tu. hehe..

Berebut2 ibu makan ngan adik. banyak adik makan. dia nampak pelik je tengok kek dalam cawan. hehehe..

Isnin, 31 Ogos 2015

Buah Cinta Anugerah Terindah

Assalamualaikum..

Lama dah takde entry khas buat si buah centa saya tu. Sejak dia membesar saya pun susah nak menulis blog. Kadang2 curi2 masa pun tapi dalam sibuk memerah idea, si buah centa dah mula datang. terpaksa la tutup balik. Saya banyak terima mesej dan wasap bertanya kabar tentang adik. Alhamdulillah adik si buah centa saya tu sekarang membesar dengan sihat. Keajaiban kuasa Allah dan doa2 dari keluarga dan rakan2, adik semakin sihat.



Sempena 31hb Ogos ni, yang sepatutnya hari lahir adik ke 3 tahun (Umur lahir 3 tahun 3 bulan), saya nak buat entry khas untuk si buah centa kami seorang ni.

Mana yang mengikut blog saya, mesti dah tau yang adik dilahirkan pramatang. Masih segar diingatan saya, memang tak akan pernah lupa. Kenangan yang akan saya simpan selamanya.




Adik dilahirkan pramatang pada usia kandungan 28 minggu dengan berat 700gram. Teringat dikala itu, saat melahirkan aje, adik terus dibawa 'lari' pergi. Cume dapat tgk sekelibat aje. 


Setengah jam lepas tu datang seorang doktor memberitahu "baby puan perempuan ye. Berat 700gram. Dia sekarang berada di icu baby". 

Saya bertanya bagaimana keadaan adik dan diberi jawapan, "Harap puan bertenang dan banyakkan berdoa semoga diberikan yang terbaik. Pakar sedang berusaha".

Pada malamnya datang lagi seorg doktor beritahu adik kritikal, tekanan darah rendah 7.4.  kene tranfuse darah. Kene sign surat kebenaran untuk transfuse darah. Saya bertanya lagi bagaimana keadaan adik. Jawapannya, "Puan bykkan berdoa minta Allah berikan yang terbaik. Baby puan lahir sgt kecil dan banyak organ dalaman yang masih tidak matang."


Hari kedua baru dapat tengok adik. Saya pergi masa waktu melawat bersama encik suami. Sayu sangat hati melihat sekecil di dalam rumah kaca (incubator). Hanya dapat pegang jari tangan.. jari kaki.. pipi.. peha.. itu aje tempat yang boleh disentuh.. yang lain semua berbalut, bertampal, berjarum, berwayar.. Takut2 juga nak sentuh dia. Saya rasa macam dia sakit je bila saya sentuh. Menitis2 air mata saya saat dia mengangkat tangan seperti mahu saya dukung dia. Allah. Hanya Allah je yang tahu perasaan saya saat itu.

'Maafkan ibu saat itu ibu tak berdaya untuk mengangkat, mendakap, mencium adik. Adik tak seperti bayi2 normal yang lain. Yang selepas lahir terus didakap, dipeluk, dicium dan disusukan. Adik lepas lahir terus ke medan 'perjuangan'. Berjuang untuk meneruskan kehidupan buat ibu dan ayah. Penuh dengan kesunyian, kesakitan, sendirian'.


Tempoh berpantang, saya berpantang di rumah mak mertua saya di damansara. Manakala adik di Hospital Kajang. Suami pula bekerja di Kota damasara masa tu. Setiap hari suami akan berulang alik dengan motor pada waktu rehat dia dari damansara ke hospital kajang menghantar susu untuk adik. Dari tempat kerja dia balik rehat pukul 1 smpai umah mertua terus ambil susu dan bergegas ke hospital kajang. Hantar susu dan tengok adik dalam 5 - 10 minit dan terus bergegas masuk ofis semula. Waktu rehat dia hanya di atas jalan raya berulang dari damansara - kajang - damansara. Setiap hari selama 44 hari saya berpantang. saya cume dapat pergi sabtu ahad dan selasa serta khamis bila suami ambil half day. Besar pengorbanan ayah buat anak, Suami kepada isteri. Tanpa mengira masa, penat. Pernah juga beberapa kali saya pergi dengan adik ipar bila dia balik keje awal. Memang dalam hati kalau boleh setiap saat dan masa nak pergi tengok si kecil tu.


Pernah sekali bila suami sudah sampai ofis dia lepas balik dari kajang. saya dapat call dari hospital minta saya datang dengan segera. Sekilas saya tengok jam dalam 2 lebih. Saya terus call suami dan suami bergegas balik rumah mertua ambil saya dan pergi dengan kereta. Masa tu ujan turun dengan lebat. Tau2 je la kalau ujan, punye la sesak sampai tak bergerak kereta. Saya tengok jam dah 4 lebih. Hospital call lagi minta saya datang segera. Allah.. hanya Allah je yang tau perasaan saya saat tu. Tak putus2 saya berdoa semoga takde apa2 perkara yang buruk pada adik. Saya hanya sampai kat hospital pukul 7 malam. Sampai je terus suami turunkan saya dulu baru dia pergi cari parking. tanpa fikir tengah dalam pantang saya berlari sekuatnya ke SCN. memang saya tak boleh lupa malam tu. Perasaan takut lebih mengatasi dari rasa sakit. Tempoh berpantang saya cume jaga makan, berurut 3 kali dan pakai bengkung. Yang lain semua saya tak ikut. aktif ke hospital, kalau tiba malam kene panggil, malam la saya keluar. berlari, jalan laju2 tu tanpa sedar saya lakukan. Alhamdulillah. Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyayang. Walau saya pantang tidak sempurna tapi Allah permudahkan semua urusan saya. Saya cepat sembuh. Tiada apa masalah kesihatan dalam tempoh berpantang. Syukur sangat2.

Sepanjang adik di NICU, ade 2 bunyi yang amat menakutkan. Bunyi mesin SP02 dan bunyi henpon. Memang akan buat jantung berhenti sekejap kalau dapat panggilan dari hospital. Lepas satu, satu, satu, satu dan satu masalah yg diberitahu oleh doktor.. 

Sehinggalah adik berusia 92 hari.. berat adik 1kg. Nurse datang keluarkan adik sebentar dari rumah kaca dan bagi saya peluk dan dukung adik. Nak cium..tapi tak tau nak cium kat mane. Muke kecik adik tu bertampal2 plaster oksigen dan plaster tiub susu. Cium jugak. Tapi yang bau hanya bau bekas2 plaster yang melekat2. Pertama kali dapat dukung adik. tersangat la kekok. memang kekok. nurse pun cuak nak bagi saya pegang. saya lagi cuak mase nak dukung adik. Berkali2 nurse betulkan kedudukan adik. berkali2 nurse betulkan gaya tangan saya memeluk adik. berkali2 nurse tanya saya "awak boleh tak ni? awak boleh tak ni? awak boleh tak ni?" hahahha.. 



Bilik berekon sejuk tapi baju saya terus basah berpeluh2 tak tahu apa perasaan waktu ni.. Memang tak dapat nak digambarkan perasaan waktu tu. Hanya Allah yang tau. detik2 yang saya sentiasa nantikan dan harapkan.


Dan lepas tu tak pernah lagi dapat dukung adik sampai lah hari adik ke 117 hari. Berat adik 1.65kg adik boleh keluar duduk dalam baby coat. Hari ke 118 mula dapat rooming in dengan adik. Tapi berjauhan pula dgn en. suami. Dan begitu la kehidupannye sehingga usia adik setahun

Bila saya dah mula rooming in bersama2 adik. macam2 perasaan datang. takut, gembira, sedih. bercampur aduk dalam satu rasa. Alhamdulillah nurse2 kat scn hospital kajang sangat supportive. Melayan segala kerenah, pertanyaan.. yang penting bantuan. hehehe.. biase la mula-mula banyak sangat benda tak tahu. Semua benda nak tanya. Memang mereka ajar betul2. 



Adik memang punya banyak masalah. Adik ada kuning yang tinggi sehingga usia 8 bulan yang dirujuk ke peads gastro HKL. Masalah jantung yang dirujuk ke IJN dan hospital Serdang, masalah saluran sempit kat Otak, air byk kat kepala yang pernah buat MRI scanbrain kat hospital ampang dan berbagai2 lagi.



Untuk masalah hati adik dirujuk ke pead gastro, HKL.. kuning yang tinggi dan hati membesar berganda2 sampai pernah saiz hati adik 9cm. memang besar sangat perut dia masa tu dengan nampak urat2 kat perut. mula2 doktor suspek Biliary atresia. kene buat HIDA scan untuk tau result..


Alhamdulillah bila result keluar, adik takde biliary atresia. syukur sangat. tapi lagi la menambah pening doktor mencari masalah adik yang sebenarnya.

Dalam banyak2 masalah adik yang paling merisaukan adalah masalah jantung dan hati. kedua2 berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain. Large PDA with uncontrolled heart failure dan direct hyperbilirubinamenia with hepatitis sangat memeningkan kepala. berkali2 saya down dgn masalah yang tiada penghujung ni. masalah jantung dirujuk ke IJN. masalah hati dirujuk ke paeds gastro, HKL. Bila pergi HKL katenye hati akan sembuh bila adik dah buat operation jantung. bila pergi IJN katenye fungsi hati tak ok tak boleh nak buat operation sebab risiko sangat tinggi. yee.. bila jumpa 2 hospital ni mesti hati terlalu down dan air mata tak segan silu jatuh. apa boleh buat mengadu kat pakar kajang.

Akhirnya pakar kajang mencadangkan kes adik dirujuk ke pakar kardio, hospital serdang. setelah segala penerangan segala risiko2 diberitahu pakar minta saya berfikir sedalam2nya untuk membuat keputusan. Malam tu saya sehabisnye memikir. en. suami dtg dan kami berbincang dari luar tingkap. cry emoticon
kata sepakat diambil. Kami sepakat untuk terus berusaha tanpa membiarkan adik macam tu je. Doktor pun kata adik dah tak mampu untuk terus bertahan.  esoknye saya beritahu pakar kami setuju untuk adik dirujuk ke serdang pula. Segala persiapan semua dibuat oleh pihak hospital. dan akhirnya 1.6.13 adik di transfer dari hospital kajang ke hospital serdang dengan ambulans. hati saya?? mula gusar dari 100% ke 80%. takut takut takut.
petang 1.6 tu pakar bedah datang jumpa dan beri penerangan dan surat ditandatangani. hati naik 100% balik bila dengar penerangan dari pakar bedah.
Malam 1.6 pula pakar bius datang memberi penerangan dan menandatangani. hati mula kecut. peluh mula menitik2. hati mula berdebar2. air mata mula menitik2. segala yang diterangkan dah saya dengar sebelum nya dengan pakar kajang dan pakar bedah IJN. keyakinan terus menurun ke 5% seperti yang dikata pakar bius peratus berjaya dengan masalah2 adik ni cume 5% sahaja. Otak waktu ni tak boleh nak fikir dah. dengan tangan yang mengigil2 saya teruskan tandatangan surat kebenaran untuk bius dan surat tanggung risiko sendiri. Saya sangat berharap yang keputusan kami ini adalah betul. Saat tu saya terbayang2 2 wajah doktor pakar kanak2 kat hospital kajang. Doktor pakar zahida dan doktor pakar ainul. 2 orang doktor pakar ni la yang saya sangat nampak bersungguh dalam merawat adik. Usaha demi usaha mereka aturkan untuk adik. Riak muka, nada suara, gerak geri nampak mereka faham perasaan saya dan sedaya upaya cuba membantu. Banyak kata2 semangat mereka bagi untuk saya. Saya tak tahu kenapa malam selepas tandatangan surat kebenaran bius tu saya sangat harap mereka ada kat situ. 


Malam sebelum hari pembedahan masa saya habes dengan memeluk adik. lagi menyentuh rasa saya dengar katil sebelah tengah teresak2 menangis. saya cube menahan perasaan. berbual2 dengan adik. beri adik kata semangat. ibu dan ayah perlukan adik.
pagi 3.6 hati semakin berdebar. saya dilanda seram sejuk. pembedahan adik dijangka pukul 12tghari. pada pukul 9pagi en.suami dah datang masuk wad.
pukul 12 tghari nurse dah buat persediaan untuk adik dibawa ke bilik bedah. waktu ni hati saya kosong. fikiran saya kosong. saya berjalan tak terasa jejaknye kaki ke lantai. bercakap juga tidak tau apa butiran yang keluar. adik terus dibawa ke dewan bedah. sangat tersentuh hati bila en. suami mencium2 adik sebelum saya bawa masuk ke bilik bedah.
saya melihat pakar bius 'menidurkan' adik. selepas adik 'tidur' saya diberi kebenaran untuk cium adik sebelum pergi. ciuman pertama di dahi sejuk adik. hati mula sarat sebak. ciuman kedua dipipi kanan adik. sempat saya bisikkan ke telinga adik " adik, adik kuat ye. ayah dan ibu tunggu adik kat luar. nanti kite jumpa tau. ibu ayah sayang adik". air mata mula bertakung. saya tak sempat nak cium pipi kiri adik sebab airmata dah mula nak menitik. saya tak nak airmata basah dipipi adik. saya terus mengangguk ke doktor dan pembantu yg bertugas. doktor senyum dan menyuruh saya tunggu di PCICU dalam masa 5 jam lagi. lemah longlai kosong saya meninggalkan bilik bedah.



5 jam kemudian adik ditolak ke PCICU. adik intubated. puasa. demam 39.6c.
hari kedua sangat lega bila adik dah pakai nasal prong oksigen 3 liter. puasa. demam.




Selepas 5 hari di icu adik turun ke wad. hari ke 7 adik ditranfer ke kajang balik. hari ke 10 iaitu hari jadi adik ke setahun adik dibenarkan balik rumah.


Alhamdulillah.. Ramai yang sayang adik..masih ingat lagi mase adik lepas transfer dari serdang ke kajang. masa tu smpai pun dah lewat petang kat wad.


Turun je dari ambulans adik di sape dengan makcik cleaner. Sampai depan pintu wad, makcik guard dengan keriangan membuka pintu sambil mengusik adik. Masuk je wad, acik2 misi mula kerumun adik sampai ke katil. ngusik2 adik dan beredar meneruskan kerja. Ternampak doktor pakar berlari2 anak ke katil adik dengan senyuman yang melebar.. dan tak beberapa minit katil adik dikerumuni dengan doktor2 MO dan HO.. semua gembira melihat adik. Sempena hari jadi adik yang pertama, Doktor2 sambut besday adik. Doktor2 nyanyikan lagu happy birthday. Tapi ibu yang kene tiup lilin. ibu yang segan silu tersipu2. adik muka selamber je takde perasaan. hehehe. Ramai yang sayang adik.. ramai yang mendoakan adik.. Alhamdulillah.. terima kasih kepada yang ikhlas hatinya. Hanya Allah yang dapat membalas. 


Bila adik dapat discaj. bermulalah cabaran sebenarnya saya sebagai ibu dalam menjaga adik sepenuhnya. saya rasa dalam sebulan adik balik saya tak de sangat buat kerja. masa saya banyak dengan adik atau boleh kata sepenuhnya.
Kalau adik tido memang tak boleh nak tinggal walau seminit. Asyik la tgk muka dia. Tak puas hati letak tangan kat dada dia. Tak puas hati dekatkan pipi dekat hidung dia. Tak puas hati juga cuit2 kaki dia. Bila dah bergerak baru rase lega dan boleh sambung buat keje umah. Tapi seminit lagi gi tengok adik balik buat bende yg sama.. hehehe 
Yela.. masa kat wad ada mesin SP02.. kat umah saya la jadi mesin SP02..
fuhh.. mmg dalam trauma seawal 2-3 bulan adik discaj dari hospital.. sangat takut. memang berjaga selalu.

Adik balik bersama ryles tube. memang sangat mencabar. perlu perhati selalu. pernah pukul 3 pagi adik tarik keluar ryles tube dia.. pukul 3 pagi kami bergegas ke hospital untuk pasang semula. umur adik 1 tahun 3 bulan baru off ryles tube. itu pun dia terpaksa pergi fisio untuk melatih menghisap dan menelan susu.



Bila dah Discaj wad banyak la jadual2 temujanji adik dengan doktor2 pakar.  Jumpa dengan Klinik Pediatrik, Hospital kajang.. Pediatrik Gastro, HKL.. Pediatrik kardio, Hospital Serdang, Occupational Therapy, Hospital kajang.. Klinik Diettion, Hospital kajang.. Klinik kesihatan, kajang.. Klinik Oftalmologi, Hospital Serdang.. Klinik ENT, hospital Serdang.. Banyakkan temujanji adik.. Masa awal2 adik keluar jumpa pediatrik setiap seminggu sekali. memang byk dlm sebulan tu berulang alik ke hospital. 

Setahun lebih adik hanya berbaring je. Tapi dalam berbaring pun boleh tahan lasak jugak. hehe.. bila doktor pakar kanak2 rujuk adik ke therapy baru la adik mula pandai satu per satu. adik mula pandai meniarap masa umur 1 tahun 3 bulan.. merangkak masa umur 1 tahun 4 bulan.. meniti dan memapah masa umur 1 tahun 5 bulan.. 1 tahun 6 bulan adik pandai berdiri sendiri tanpa sokongan.. 1 tahun 7 bulan baru adik pandai duduk. Adik berdiri dulu baru pandai duduk. selalu bila berdiri bila nak jatuh terus dia terlentang sebab tak pandai duduk. adik pandai berjalan masa umur 1 tahun 9 bulan. semua dia belajar dekat therapy. dekat rumah saya selalu latih dia dengan cara yang diajar oleh doktor terapi tu. terperanjat juga mereka sebab perkembangan adik sangat lambat tapi bila sudah mula ia sangat cepat. adik cepat belajar. Alhamdulillah.. kuat semangat si buah centa kami ni. gigih dia berusaha untuk bangkit.

Adik kat kelas terapi. Banyak perkara dia belajar. Adik discaj terapi masa umur 2 tahun.

Enam bulan pertama selepas adik discaj wad, saya memang kuarantin kan adik dari dunia luar. duduk kat rumah je. tanpa kunjungan tetamu. Saya betul2 jaga. takut sangat kalau saya tersilap langkah adik akan kene masuk wad lagi. untuk saya cukuplah setahun derita adik kat wad. sekarang masa untuk sihat dan mengecapi kehidupan sebenar. Bila umur adik 1 tahun 6 bulan.. baru saya bawak adik ke dunia luar. cuba2 bawa adik ke pasaraya tapi tak smpai 15 minit pun. bawak pun di hari waktu bekerja yg takde sesak orang. bila nampak ok saya mula bawa ke taman permainan. jauh dari orang ramai. dekat sini lokasi pilihan saya dekat tasik cempaka. kat situ luas. saya boleh pilih tempat yang jauh dari orang. 



Bila dia dah 2 tahun lebih baru saya bawa dia main gelongor ke buaian ke taman mainan. pergi makan kat kedai. tapi saya sangat la cerewet. ketakutan dan kerisauan 2 tahun yang lepas masih tak hilang lagi. Saya akan bawa sanitizer 24jam bersama saya. saya akan lap kerusi dan meja kat kedai makan sebersih2nya sebelum letakkan adik. saya akan lap gelongsor dan buaian kat taman mainan selicin2nya. baru bagi adik main. saya akan perhatian kanak2 yang berdekatan dengan adik sama ada sihat atau sedang batuk atau selesema. kalau ade antara mereka yang batuk atau selesema cepat2 saya akan jauhkan adik. dekat taman tu saya juga berlari2 di belakang adik. mata saya takkan hilang dari dia walau sesaat. saya tak tahu  la apa pandangan mata orang terhadap saya. tapi itu semua saya buat untuk intan permata yang diberikan pada saya. ade org kata saya terlalu cerewet. ade orang kata saya terlalu mengongkong anak. ade orang kata saya tak beri kebebasan sepenuhnya pada anak. ada orang kata saya terlalu obses. saya cuma abaikan saja. walau hati tersangat pedih. kalau la mereka yang berkata2 tu melalui perjalanan saya dahulu.. kalau lah mereka yang berkata2 tu anak mereka melalui perjalanan adik dahulu. mesti diorang akan faham situasi saya dan tak cakap mcm tu. takpelah. saya faham. 



Inilah perjanjian saya. Saya buat dan lakukan semampu dan sebaiknya hanya kerana Allah dengan menjaga amanah yang Dia berikan pada saya. 



Sekarang adik sudah 3 tahun usia dia. Mulut dah banyak. Sangat peramah dan suka tersenyum. Tapi garang juga orangnya.. hehehe.. Bila melihat dia sekarang seperti tidak percaya apa yang dia lalui dulu. Bila terfikir apa yang dia lalui dulu seperti tidak percaya dia jadi seperti sekarang. Dulu dia pernah di kata OKU. Allah.. perasaan seorang ibu hanya Allah je yang tau. Tapi naluri ibu saya percaya anak saya akan sihat seperti kanak2 lain. Saya percaya akan kuasa Allah. Yakin. Yakin. Yakin. 



Baju saiz Newborn yang masih dia boleh pakai hingga sekarang. Dah lebam kepam dah baju tu. hehehe.. Sekarang ni berat sudah 8kg dengan ketinggian 74cm. walau pandangan mata orang dia seperti baby umur 1 tahun. tapi bagi saya anak saya dah cukup besar. hehe.. syukur sangat2 dengan kesihatan dia sekarang. Allah izinkan untuk kami bersama2 meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.



3 tahun sudah berlalu.. masih terasa takutnya.. masih terasa gementarnya.. sangat trauma.. sangat fobia.. bukan sebab alahannya.. bukan sebab payahnya.. bukan sebab sakitnya.. bukan sebab pantangnya.. tapi sebab intan nur maisarah.
Saat melihat kepalanya sebesar buah epal. Saat melihat matanya.. saat melihat hidungnya. Saat melihat mulutnya yg kecil dimasukkan alat mesin jangka hayat (ventilator). Saat melihat lengannya sebesar batang pensil yang ada drip branula kanan dan kiri. Saat melihat jemari halusnya sebesar batang mancis mengamit2 seperti minta didukung. Saat melihat susuk badannya sebesar tapak tangan.. saat melihat kakinya yang kedua2nya juga berdrip branula. Dalam rumah kaca yang boleh masuk hanya tangan ibu. Dengan mesin jangka hayat berbunyi. Dengan mesin sp02 berbunyi. Dengan berdirinya mesin2 ubat yang pelbagai jenis. Dengan baunya.. dengan sunyinya. Allah.. masih segar terasa2 dan terbayang2 lagi. 

Keajaiban Allah. Kuasa Allah.. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.


bayi pramatang kami
Preemie 28weeker 700gram
Large PDA with uncontrolled heart failure
Direct hyperbilirubinamenia with hepatitis
Renal impairment
Anemia in prematurity
Rickets of prematurity
GERD (Gastroesophageal reflux disease)
Hypokalemia

Syukur sangat. Ramai yang mendoakan kami. Pada  seluruh kaum keluarga kami.. dimana2 saja. di Melaka hingga ke Kedah yang tak jemu2 mendoakan. Yang buat Solat Hajat dan bacaan yasin untuk adik di surau di kampung kat Melaka (Belah saya) dan Kedah (belah suami). 

Buat Mak, Ayah, Mak mertua, Ayah mertua, Adik beradik, Adik beradik Ipar, Biras, Sepupu2 kedua2 belah, Sedara-mara, jiran2, sahabat2, rakan2, kawan2, jauh dan dekat, yang kenal secara nyata dan alam maya, pembaca2 blog Dunia Ina Haireina.. terima kasih yang tak terhingga di atas segala doa2 dan sokongan kata2 semangat buat kami. 

Buat warga perubatan yang berusaha dan terus berusaha dalam merawat adik memang tak terucap dengan terima kasih jasa2 mereka. Doktor Pakar, MO, HO, Staff Nurse, JM, PPK dan lain2.. 

Bahkan makcik cleaner dan mak guard yang jaga kat wad SCN, hospital kajang pun turut dah jadi kawan. banyak bagi kata semangat. maklum2 lah berbulan2 duduk kat situ asyik muka ni je yang diorg nampak. kadang2 terhibur juga dengan keletah mereka yang sangat menceriakan.

Jutaan terima kasih buat warga perubatan di..

SCN, Hospital kajang.. (jun 2012 - feb 2013).
Wad kanak2 7B, Hospital kajang ( mac 2013 - jun 2013)
Wad 6D, Hospital Serdang dan PCICU, Hospital Serdang ( 1 jun - 10 jun 2013).
Klinik pakar kanak2, Hospital kajang. 
Klinik pakar kanak2 Gastro, HKL, 
Klinik pakar kanak2 kardio, hosp. Serdang. 
Klinik ENT, Hosp.Serdang. 
Klinik Oftalmologi, Hospital Serdang.
Institut Jantung Negara
Hospital Ampang
Occupational Therapy, Hospital Kajang


Terima kasih atas segala2nya.. jasa baik kalian2 hanya Allah sahaja yang dapat membalas.

Kekuatan Tidak Datang Dari Kemampuan Fizikal, Tetapi Ia Datang Dari Semangat Yang Tidak Pernah Mengalah.

Buat ibu2 baru yang anak dilahirkan pramatang, banyakkan berdoa, kuatkan semangat, terus berusaha, dan yang penting yakin akan KeajaibanNya. Bila berada di wad, kene selalu positif. Apa yang negatif jadikan dia sebagai positif. memang kite sebagai ibu dan manusia mudah rapuh, patah semangat, sedih, tapi cepat2 bangkit. Teruskan perjuangan. Pandang sekeliling sebab kite akan nampak ada orang yang lebih berat ujianNya dari kita. Jangan sesekali mengalah.

Ahad, 30 Ogos 2015

Rumah Terbalik Port Dickson

Sambung lagi cerita pasal cuti2 hari tu. hehe.. tetiba mood rajin untuk update blog pula dah datang. baik update cepat2. hehe..

Hari ke2 kami berjalan pula ke Rumah Terbalik Port Dickson. Selalu tengok orang dok post2 gambar kat facebook. Teringin juga nak pergi melihat sendiri. Semalam masa dalam perjalanan ke resort ada nampak signboad rumah terbalik ni. Jadi senang terus pergi je tempat tu.

Harga tiket masuk sini RM15 untuk dewasa. Untuk budak berdua ni tak kene bayar. kalau tak salah bawah ketinggian 90cm percuma.. kalau tak salah saya lah.. kalau salah maaf ye.. hehehe..


kat sini banyak juga ambil gambar. Orang yang jaga tu tolong ambil. Syok juga dalam ni. tapi si buah centa sangat ketakutan bila tengok semua benda terbalik. dia melekat aje sentiasa sampai asyik nak berdukung.


Kat sini pekerja sana tunjukkan demo macam mana nak posing dan cara ambil gambar. 


Memang susah nak ambil gambar si buah centa sebab dia memang peluk ibunya kuat2. bila bergambar dengan sibuah centa ni agak kaku sikit. hehe.. tapi ibu layan kan jee... kikiki..









Lawak pula tengok gambar ni.. memang si buah centa melekat aje... tak boleh nak berenggang langsung.. takut betul dia nampak semua perabot2 melekat kat atas.. hehehe..











Layan gambar2.. hehe.. 

Sejam lebih juga kami dok dalam ni. orang lain yang masuk lambat dari kami pun dah keluar, kami tak keluar2 pun.. kejap ke sana kejap ke sini. dah amek gambar tak puas hati, gi amek lagi.. haha.. sabar je laa..

Apa pun enjoy sangat dapat bercuti. 

Nak bercuti lagi tak tahu la bila. kene mula menabung balik. hehehe..