Ayam Masak Serai Ala Tomyam
dari dapur ina hairiena
Bahan-bahan
4 ketul ayam di potong kecil2
10 biji cili padi (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 batang serai (dititik)
5 helai daun limau purut
1 Batang lobak merah
sedikit kobis bunga
1 camca sos ikan
1 camca sos tiram
1 sk pati ikan bilis
3 cawan air - kalau suka berkuah
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasak
Panaskan minyak, ayam di gaul dgn serbuk kunyit dan garam di goreng setengah masak.
Tumis bahan kisar bersama serai, daun limau purut, garam dan pati ikan bilis sehingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, lobak merah dan kobis bunga dan air untuk kuah.
Masukkan sos ikan, sos tiram. Kacau rata.Siap.
Mudah sangat2 kan... semuanya siap sebelum en. suami pulang... sampai je.. terus tanya.. "abang nak makan???" dia menjawab.. "mahu2"... waaa.. selamat semuanye.. kekekke...
Salam kenal..hehhee..hah bertenet jer..nasib sempat masak utk En suami.:)
BalasPadamSalam kenal juge buat nina... tulaa.. bole leka di buatnye bila dok ngadap pc ni.. hehehe...
BalasPadam