SUMBER CNP DARI : SINAR HARIAN
TAMPIN – Seorang ibu muda dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Tampin, di sini semalam atas kesalahan dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dan membuangnya dalam kawasan semak 22 November lalu.
Tertuduh, Nurul Izzati Syazwani Zulkarnain, 23, dari Taman Indah, di sini dan mempunyai dua orang anak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh mendirikan rumahtangga pada 9 November 2007 kini dalam proses penceraian dengan suaminya sejak 2009. Bagaimanapun, Mac lalu, tertuduh berjumpa dengan suami dan melakukan hubungan seks beberapa kali pada masa tersebut.
Pada bulan sama, tertuduh melakukan hubungan seks dengan rakannya sebelum disahkan mengandung April lalu.
Di kemudian bertindak menyembunyikan kandungannya sehingga November lalu kerana gusar bapanya mungkin membuangnya dari keluarga.
Berdasarkan fakta kes juga, pada 22 November lalu, antara 2 pagi hingga 7 pagi tertuduh mulai berasa sakit hendak bersalin sebelum melahirkan bayi tersebut atas katil dalam biliknya.
Tertuduh kemudian memasukkan anaknya itu ke dalam beg merah jambu dan beg tersebut dimasukkan ke dalam beg kerjanya berwarna hitam. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada semasa itu anaknya masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Kira-kira 10 pagi hari sama, tertuduh yang bertugas sebagai kerani operasi sebuah kolej pergi kerja dengan membawa beg hitam terbabit, manakala plastik hitam mengandungi kain dipenuhi darah serta cadar ke dalam tong sampah tempat kerjanya.
Manakala, beg hitam yang mengandungi bayi itu terus disimpan di sebelah tepi kaki kerusi dalam tempat kerja sehingga 5 petang.
Sebaik sahaja tamat kerja sekitar 6 petang, tertuduh pergi ke kawasan semak di Batu Belang dan membuang anaknya dengan cara menterbalikkan beg merah jambu berkenaan sehingga anaknya terjatuh ke dalam semak serta membuang beg merah jambu itu di lokasi sama.
Pada hari sama, ibu tertuduh menjumpai tompokan darah atas tilam tertuduh dan terdapat bau tidak menyenangkan.
Kerana tidak berpuas hati, ibu tertuduh memanggil anaknya itu pulang sebelum dihantar ke klinik yang kemudian mengesahkannya sudah mengandung.
Kes berkenaan dirujuk ke Hospital Melaka dan pemeriksaan mengesahkan tertuduh telah melahirkan anak menyebabkan doktor yang memeriksa tertuduh membuat laporan polis 26 November lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zahid Ahmad.
NOTA KAKI : Perlu ke kau buat macam tu kat baby tu... kalau tak nak bagi kat orang la weiii.. sepatutnye kau yang bersalah tu yang dibuang kat semak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nak conteng2??? Sila laaa...