Baru je lepas habis baca novel ni.. memang sangat2 best.. suke sangat dengan jalan cerita dia.. dan dah semestinye.. novel keluaran kaki novel ni ending akan selalu yang hepy2 je.. tu yang best.. hahahha... walau dalam ceritanye ada perasaan geram dan sedih jugak.. memang best laa...
ni sinopsis jalan ceritanye.. di CNP dari KAKI NOVEL
Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?
cam best je jln cite...nak carik lah nnti.hehe.
BalasPadamsalam ina...besh kan cite nihh..kalau nak chat dgn hanni ramsul nih awak boleh pergi kat radio 0n9 nih http://www.kubi.gomofm.org/
BalasPadamselalu jugak die on9 ..id die pembunuh berseri.. :)hari tuh die buat contest...so dpt la 1 novel ni
Safiyyah : bagi saya.. memang best cerita ni... macam2 bentuk emosi rasa masa baca.. memang tak sabar sangat2 nak habiskan.. hehehhe..
BalasPadamdan paling penting.. banyak pengajaran yang dapat dari novel ni... hehhee..
Chikadakbiru : wslm chika.. betul betul betul.. sangat best... bila part sedeh tu.. siap leleh air mata lagi.. hehehe...
BalasPadamooooo yeke.. thanks.. nanti leh la try jenguk2 kat sana.. hehehe...
tahniah ina...
BalasPadammum to be.. wlcome to the club...
saya da follow blog awak.. follow saya ye..
BalasPadamhttp://www.muhammadshahputra.blogspot.com
http://www.farishahfashion.blogspot.com
terima kasih..^nurza shah^