Mee kering kasar goreng ala2 mamak
dari dapur dunia ina haireina
(Untuk 2 orang makan jek)
Bahan2
4 Keping Mee kering kasar
4 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 sk serbuk pati ikan bilis
2 biji telur
1 biji lobak merah hiris2
2 keping isi ayam di potong dadu ( di goreng kunyit + garam separuh masak)
1 sk kicap cair
2 sb kicap pekat
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
garam
Cara2 memasak
Mee Kering kasar di rebus sampai lembut tapi jgn sampai terlalu lembut.. nanti nak masak dia jadi benyek..toskan airnye..
Cili padi, bawang di kisar kasar..
Panaskan minyak... tumis bahan2 kisar sampai naik bau..
Masukan lobak merah.. biar sikit empuk..
Masukan serbuk ikan bilis, segala sos dan kicap, garam..
Masukan telo.. ayam dan masukan mee.. gaul bagi semua rencah sekata dengan mee.. siap...
Mudah je kan... Tak sampai 20 minit pun.. makan lagi la tak sampai 10 minit.. opsss... hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nak conteng2??? Sila laaa...