Followers

Khamis, 20 Oktober 2011

~ Andai Mimpi Itu Kenyataan Pasti.. ~

Pinjam Gambar en. Google

BAHAGIANYAAAAA...............


Bukaknya mata pagi tadi saya tersenyum bahagia.. Tak sabar nak kejutkan en. suami bangun nak cerita pasal mimpi tadi.. Saya mimpi saya melahirkan bayi.. Masa saya pegang saja bayi tu.. saya terus cek keseluruhan bayi tu.. Lelaki.. Muka dia saling tak tumbah muka en. suami dengan berlesung pipitnya.. dari ke kepala sampai ke kaki saya belek.. saya cium saya peluk terasa seperti betul2 berlaku.. teramat2 gembira dan bahagianya.. Dan pada seketika saya tersedar.. Masih lagi tersenyum gembira sebab masih terasa lagi bau dan panas2nya bayi tu dalam pelukan saya..

Sambil setereka baju suami.. saya tak henti menceritakan pada dia.. Kebahagiaan dan kegembiraan tak terkata.. Setelah puas bercerita dan bergelak ketawa.. Akhirnya saya tersedar itu hanyalah sekadar mimpi mainan tidur.. Dan tiba2 emosi cemburu menguasai diri saya.. Alangkah cemburunya saya pada 'orang' yang bakal merasai kegembiraan dan kebahagiaan itu. Sedangkan saya....???? Mata saya terus panas.. Terus saya rebah ke bahu suami.. Di situlah tempat berderainya air mata saya. 

Saya tak tahu kenapa hari ni saya lemah.. Mudahnya saya mengalirkan air mata di depan suami.. Selama ni saya berjaya tidak menampakkan air mata di depan dia hanya disebabkan anak. Tapi hari ni saya gagal. Gagal mengawal emosi.. Mungkin di sebabkan hari yang semakin menghampiri. Emosi cepat benar tersentuh.

Bukan saya menolak takdir.. Bukan saya menidakkan takdir.. Tapi perasaan yang satu ni.. Makin dijauhkan.. makin dia mendekat.. Ya Allah.. Kau buangkan lah perasaan ini jauh dari hati aku agar aku sentiasa redha dengan Qada' dan Qadar yang Kau telah tetapkan dalam hidup aku..

Saya tahu.. 'ada'nya dia pun kerana Allah... 'tiada'nya saya juga kerana Allah.. Mungkin belum sampai lagi rezeki saya.. Mungkin saya dan suami lebih baik berdua. Allah itu tau apa yg terbaik buat saya. Cuma saya yg tak tau dan sering meminta dengan penuh emosi.

Rapuhnya saya.. Lemahnya saya.. 

Kenyataan yang pahit itu adalah lebih indah dari mimpi yang mengasyikan

Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu

Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan

Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku disini engkau disana
Sayup jauh terpisah

Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu

Air mata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
Diakhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada tuhan

6 ulasan:

  1. sabar ina..mmg perasaan kita kdg2 blh jd sgt rapuh..menangis la bila perlu..

    ~suka rangkap kedua tu..sebab tu nama samaran dan url blog sy ada perkataan sinar,cahaya,dan langit indah..mmbayangkan pengharapan kepada yang SATU~

    BalasPadam
  2. Sinar... terima kasih... Kadang2 sudah cuba sedaya upaya untuk kuat..tapi tak mampu nak bertahan lama.. huhuuuuu..

    BalasPadam
  3. pssttt::
    saya paham::
    sebab sy pon penah mimpi preggy...
    hepi sangat , tak terkata perasaan tu:::

    kita merasakan hal yg sama kan kan kan....
    Insyaallah=)))

    BalasPadam
  4. semoga mimpi menjadi kenyataan.. amin... :)

    BalasPadam
  5. kak, semoga Allah murhkn rzki utk akk ye... ^_^
    segala-gala yg DIA tentukan ada hikmahnya.. ^__^

    BalasPadam

Nak conteng2??? Sila laaa...