Followers

Rabu, 19 Oktober 2011

~ Taugeh OooOOo Taugeh

Pagi2 lagi dah sibuk2 nak bersiaran.. ingat nak kemas kebun kat luar.. tapi tengok hujan rintik2 pulak.. demam pun tak baik lagi.. malas pulak nak berujan.. tu yg terus tercongok depan PC ni.. hehehehe... 

Hari tu sembang2 dengan rakan2 RH.. ada la tercerita pasal taugeh ni.. Saya pun apa lagi.. dah memang tak boleh dengar pasal benda baru.. mesti tak sabar2 nak cuba.. saya pun apa lagi..terus menjalankan xpiremen saya dalam pembuatan taugeh.. ecececce..

Hari pertama kacang hijau direndam dalam air.. Selamat la ada stok kacang hijau kat umah.. laju je la buatnya.. hehehe..
Hari ke-2 kacang hijau yang direndam semalam tu.. dah mula keluar ekor dah.. hehe.. 
Ni dah hari ke-3 usia taugeh.. daun pun dah tumbuh kat kepala dia.. urat2 pun dah panjang.. tapi saya ayik lupa nak bagi dia minum air.. dia jadi kering sikit.. 
Yang ni selepas siap dibersihkan.. baru masak separuh je.. seperuh lagi simpan.. hehehe.. 

Kawan2 taknak try buat taugeh ke?? senang lagi mudah.. tapi jgn la jadi cam saya.. asyik lupa nak bagi dia minum.. terbantut la kebesaran dia..hhehe.. taugeh ni pun banyak jugak khasiat dia.. meh saya share kan kepada kawan2 khasiat2 taugeh yg saya dapat dari Berita Harian Online ni ye.. Jom Baca..

Khasiat Taugeh Mampu Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,
JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari

Sumber Dari : BERITA HARIAN


2 ulasan:

  1. suke mkn taugeh mentah..krup..krup..rangup & manis je..tp xpenah buat sendiri lg..blh la cuba..dh ramai tgk org lain buat..

    BalasPadam
  2. Betul2.. Cuba la buat... hhehehe... mudah saje... Tiga hari je dah boleh makan.. hehhehe..

    BalasPadam

Nak conteng2??? Sila laaa...