Followers

Ahad, 23 Oktober 2011

~ Kisah Cawan Yang Cantik ~




Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Wah! Inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berkata-kata.

"Terima kasih kerana tertarik denganku. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak.

Tetapi orang itu berkata, 'Belum!' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang kali. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, 'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Akan tetapi, sangkaanku meleset. Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!'

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku", aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berdekatan kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan terjerumus ke lembah dosa. Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati kerana Allah sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan. Tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan akhirat kelak. 

Sumber : Copy Paste Dari FB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak conteng2??? Sila laaa...