Followers

Khamis, 3 November 2011

~ Ayam Masak Kurma ~

Hari ni awal sket siap masak untuk makan malam.. Hujan2 ni angin rajin datang kencang pulak sekencang tiupan angin di kehujanan itu.. isshh.. ape merepek ni... 

Hari ni masak ayam kurma je.. belek2 kat petiais nampak pulak serbuk rempah kurma.. ntah tahun bila punye tah tengok terselit cantik je.. belek2 tengok xpired dia ada la dalam 3 bulan lagi.. terus terpk nak masak kurma.. kalau tak masak tu.. letak balik rempah tu.. alamatnye memang dah sampai ke xpired la tak bermasak.. hehehhe...

Tapi saya masak kurma ni letak cili kisar.. sebab nye nak kan rase pedas.. saya tak berapa nak masuk kalau makanan takde rasa pedas ni.. hehhee.. Suka macam tu.. suka tukar2 resepi.. yelaa.. selera dan citarasa masing2 kan berbeza.. ahahha...


AYAM MASAK KURMA
Bahan-Bahan
Ayam 6 ketul
6 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
2cm halia dihiris
1 paket rempah kari ( Kecil )
2 sb cili kisar
Setengah biji kelapa ( diambil santan)
1 biji bawang besar dibelah 4
2 biji kentang dibelah 4
2 biji tomato dibelah 2
Garam secukup rasa

Cara-cara
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
Bancuh rempah kurma dengan cili kisar, masukan kedalam bahan tumis, masak sehingga garing.
Masukan ayam. Kacau seketika.
Masukan santan, kentang.. masak sehingga ayam dan kentang empuk.
Masukan kan bawang besar, tomato.
Perasa dengan garam.
Siap.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak conteng2??? Sila laaa...