Lama dah tak update blog ni.. Takde mood je rasa nak mengupdatenye.. bukan ape.. takde cerita apa yang best pun.. Mood sepanjang beberapa hari ni pun macam tak keruan je.. macam2.. bercampur2... Ada ketika rasa hepi.. ada ketika rasa sedih.. ada ketika rasa sayu.. ada ketika rasa suka.. bermacam2 emosi.. sebab tu malas nak update blog.. takut terkeluar perkataan2 atau ayat2 yang tak sepatutnya..
Maklumlah.. bila perasaan dikuasai emosi.. kadang2 otak pun tak mampu nak berfikir secara waras.. apa yg dirasa itulah yang diluahkan.. cara terbaik.. adalah simpan simpan simpan simpan dan simpan di hati sendiri.. Itulah yang dirasakan jalan yang paling terbaik..
Kalau dulu selalunye segala masalah diluahkan kat mak... tapi sejak mak dah pindah kat kampung ni... tempat nak meluahkan perasaan tu agak terbatas la sikit... nak telefon pun.. berapa minit la sangat nak bercakap.. paling lama pun lebih kurang setengah jam.. MMmMmm.. masa dah berubah.. kalau dulu boleh la berkepit 24 jam bawah ketiak mak.. tapi bila dah ada keluarga sendiri.. cara hidup pun kena la berubah... Kadang2 tu terasa la jugak.. sebab dari kecik sampai ke kawen hidup asyik dgn mak je.. kesana kemari dgn mak.. memang la terasa sangat2 bila berjauhan dgn mak... last balik hari tu masa raya lepas.. rase macam dah lama sangat je... rindu sgt2 kat mak ayah ngan adik2 kat kampung.. isshhh... touching la pulak.. huhuhuhu...
Selamat la ada en. suami yang memahami.. yang selalu sabar melayan segala kerenah isteri dia ni.. yang selalu menenangkan diri ini bila diserang kesedihan.. tak pernah sesaat pun dia mengabaikan saya pada setiap saat saya memerlukan.. dia la yang akan membuat saya ketawa di saat hati diselubungi kesedihan.. isshhh... touching lagi... huhuhu...
Oklaa.. taknak sedih2 lagi la.. tak baik untuk kesihatan.. hidup mesti sentiasa gembira.. dan redha dengan segala2nya itu yang penting.. sentiasa ingat, dekat kan diri dan berdoa pada-Nya.. pasti hidup akan tenang.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. An Nasyr: 5)
“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nak conteng2??? Sila laaa...