Lama dah tak masuk umah ni.. 4/10 hari tu saya mula berkampung di unit rawatan rapi bayi (SCN), Hospital Kajang. Pagi khamis tu terima panggilan dari Hospital minta room in. berat adik dah 1.65kg. adik dah keluar dari inkubator. Alhamdulillah.. sangat hepi dapat panggilan dari nurse pagi tu..
Siap2 packing baju2 semua, kemas2 sikit rumah.. tengahari terus ke hospital.. pertama sekali saya di ajar bagi adik minum.. memang sangat payah.. kekok pun ye.. nak pegang baby kecik tu. bagi adik minum pakai syring. berpeluh2 jugak lah.. takut dia tersedak.. hehhee.. malam tu adik masih di NICU lagi. doktor belum nak lepas kan adik, sebab cara saya bagi adik minum belum menyakinkan doktor lagi.. hehehe..
malam tu timbang.. seingat saya masa bagi adik minum pukul 3pagi nampak penimbang sudah tersedia dekat bilik tu.. setiap minit saya berulang dari SCN ke NICU. sebab nak tau berat adik terkini.. hhehee.. puas berulang alik.. pukul 6pagi bagi adik minum lagi, terus timbang adik. berat dah 1.75kg. suke2 hati ni..
Saya dapat bersama adik pada pagi sabtu pukul 2pagi.. tetiba nurse datang kejutkan saya dari tido.. hantar adik.. tgk2 adik dah ade kat sebelah dalam baby coat.. sepanjang malam tu saya tak tido.. asyik tgk je muka adik.. bahagia rasa hidup.. 4 bulan saya menanti saat2 bersama dengan adik.. syukur alhamdulillah.. puas pagi tu saya peluk cium adik.. hehhe..
Alhamdulillah, hari pertama sampai je nampak dah ade keserasian dangan 3 ibu baby tu.. masuk tghmalam.. bergelak ketawa.. nampak macam satu kepala pulak.. terasa macam duduk kat asrama la pulak.. yelah.. sebab dok rancang bersembang bergelak ketawa.. maklumlah.. nama je dok hospital.. tapi sihat2 belaka.. yg sakit baby je.. tapi baby maklumlah.. tak terganggu pun dengan suara riuh rendah ibu2 mereka.. tido saje keje mereka..
Satu pengalaman yg sangat memedihkan hati.. pagi tu terasa badan adik panas.. nurse datang cek suhu adik.. 39.4c.. saya lap2 badan adik.. sekali terperasan jarum drip branula kat tangan dia, urat dah membengkak. terus cakap ngan nurse. nurse cek2 tekan2 adik nangis kuat2. sah memang dah bengkak dan sakit. nurse tolak adik bawak gi doktor. 10 minit adik kembali tanpa branula di tangan. nurse kate, dah bengkak, doktor dah cabut, kejap lagi nak cari line baru. saya?? mengangguk saje..
2jam lepas tu nurse datang ambil adik nak masuk line, sebab sejam lagi akan nak masuk kan antibiotik, setengah jam kemudian nurse datang bawak adik dan berkata, tak dapat lagi line, doktor suruh rehat dulu. petang karang carik lain. saya hanya memandang adik yg masih dengan sisa2 tangisannya.
petang dalam pukul 4, nurse datang lagi, ambil adik, sepatutnye antibiotik masuk pukul 3 tadi.. 4.45pm nurse datang bawak adik balik dan berkata yg sama, masih tak jumpe line lagi. urat semua dah tak terima. saya belek2 kaki tangan adik yg ditampal kapas dan selotip. nampak darah2 disebalik kapas. Ya Allah adik, seksanya adik. hampir nak menitis air mata. tapi saya kene kuat untuk adik. pujuk2 adik kata adik kene cepat sihat. nanti doktor dah tak cucuk2 adik lagi bila adik sihat.
pukul 9 malam. doktor pulak datang.. "puan, saya ambil baby ye.. nak cari line.. antibiotik pukul 3petang tadi, tak masuk lagi.." saya?? angguk lagi ntah keberapa kali sambil memandang adik di bawa pergi..
sejam kemudian, nurse datang bawak adik, cepat je saya bertanya.. "dapat dah line?'
"belum lagi puan", jawab nurse pendek dan berlalu pergi.
saya belek2 lagi kaki tangan adik yg berselotip kapas berdarah.. waktu tu adik dah tertido. mungkin terlalu penat menangis menahan sakit.
pukul 11malam.. doktor kejutkan saya dari tido..
"puan, saya nak minta izin untuk cukur rambut baby ye.. saya terpaksa cari line kat kepala.. urat kat kaki dan tangan semua dah tak boleh. "
saya yang masih mamai2 mengantuk hanya memandang adik yg sedang nyenyak tido.
"mesti dekat kepala jugak ke doc?" saya bertanya.
doktor mengangguk dan berkata, "dari siang tadi kami berusaha cari kat tangan dan kaki, tapi tak boleh."
"yelah", jawab ku pendek. dalam hati dah sebak, kat tekak pun dah terasa kembang, air mata nak jatuh ku tahan sambil memandang adik. lenanye tido dia.
"adik, adik kuat ye sayang, cepat sihat. cepat keluar dari sini. selagi adik kat sini selagi tu la adik akan terus sakit" bisik saya kat telinga adik. nampak adik tersenyum dalam tido nyee..
sepanjang malam saya tido sambil peluk adik. sampai ke subuh, sambung balik tido saya peluk adik.. tetibe dalam pukul 8pg doktor kejutkan saya.
"puan, saya nak ambil baby. nak cari line. antibiotik dah banyak dos tertinggal ni. mintak izin nak cukur rambut baby ye"
saya cium2 dua belah pipi adik, letak adik dalam baby coat. doktor usap2 kepala adik sambil berkata " kesian nye dia ni. maaf ye adik, saya terpaksa cari line kat kepala kamu" dan bawa adik pergi.
setengah jam lepas tu dengar la suara tangisan adik. lain sangat bunyi nye.. mungkin kesakitan kat kepala ni berganda dari kat tangan dan kaki kot.. kuat sangat dan lain dah suara dia..
Setengah jam kemudian, datang nurse sorang baby coat adik. pedih sangat hati melihat jarum drip branula dah ade kat kepala adik. adik tengah tido dengan linangan air mata yg masih membasah kat pipi dia. sedih pedih hati ini, tapi ibu tak mampu buat apa2.
setiap saat saya begitu menjaga line tu. sangat susah nak mengangkat dan memegang kepala dia bila nak bagi susu dan nak bersihkan diri dia. takut sangat terkena bende tu.. 2 hari kemudian masa nurse nak masukkan antibiotik, adik menangis sekuat hati. saya tanya nurse. dia sakit ke? nurse jawab sepatutnye tak? saya hairan sangat sebab sebelum ni dia tak pernah nangis, tapi hari ni kemain lagi nangis nye. saya cakap kat nurse. adik sakit tu. sebab sebelum ni dia ok je tak nangis bila antibiotik masuk. nurse periksa dan tekan2 kat kawasan jarum tu, makin kuat dia nangis. bile perhati betul2. memang nampak bengkak kat area telinga dan mata. nurse kata, "aah la.. dah bengkak kamu punye telinga ni adik", sambil membandingkan kedua2 telinga dan mata adik. nurse terus bawak adik jumpe doktor.
15minit nurse datang kembali bersama adik tanpa line di kepala. hati ni berdebar. nurse kata, "dah bengkak dah. nanti doktor cari line baru". itulah benda yg paling saya takutkan. mane lagi la tempat diorg nak cucuk lagi ni..
Masa tengah siap2 kan susu adik, doktor datang nak ambik adik. tapi saya mintak untuk bagi adik minum dulu. lepas selesai, doktor pun datang semula. saya kata kat doktor, cari kat tangan ngan kaki dulu ye. doktor mengangguk dan tersenyum.
Agak lama jugak kali ni saya rasa..takut sangat kalau kene cucuk kat kepala lagi. bila dengar bunyi baby coat di tolak.. cepat2 saya berlari ke adik. nurse yg bawak. "dapat kat mana?", laju je saya bertanya.
"selamat dapat kat kaki dia", jawab nurse sambil tepuk2 adik. lega rase hati ni walau risau jgk. yelah.. adik tu aktif.. kaki nye asyik menyepak sana sini.. harap2 dapat la bertahan. ade 3 hari lagi ubat antibiotik dia.
Begitu la kesukaran yang di tempuh baby sekecil tu. sayu je hati. itu belum setiap malam akan ambil darah untuk cek paras gula. kalau tak memuaskan, akan repeat beberapa jam kemudian. cek garam dalam darah pulak lain caranya.. semuanya menyakitkan.
Setelah hampir 2 bulan saya di SCN, akhirnya adik dan saya dibenarkan pulang. Walaupun doktor pakar belum yakin sepenuhnye untuk adik dibawa pulang. saya diberi penerangan dan penjagaan yg rapi dalam menjaga baby pramatang ni. saya ditanya berkali2 oleh doktor pakar, sama ada saya yakin dan berani atau tidak menjaga adik di rumah. antibiotik dan ubat penting adik dah selesai semua. kalau kat hospital, memang tak de apa yg mereka boleh buat. cume untuk melepaskan adik pulang ke rumah, doktor kene pastikan keyakinan yang tinggi ibubapa dalam menjaga baby pramatang. doktor minta saya fikir sedalam2nya. kalau masih ade keraguan dan ketakutan, saya tidak dibenarkan membawa adik balik rumah. kerana adik banyak kompilasi dan masalah. bila2 aje akan ade kes kecemasan yg memerlukan keberanian saya untuk berhadapan.
saya termenung dan terfikir sambil merenung adik di depan doktor pakar dan 2 doktor kanak2. perasaan berbelah bahagi. saya perlu tanggung apa2 yg akan terjadi bila bawa adik keluar. dalam masa yg sama saya tak sanggup melihat kesakitan adik di cucuk setiap hari. tangan dan kaki semua kat bahagian urat berbekas kehitaman di cucuk branula.
ibu kene kuat.. ibu kene berani. sampai bila adik nak duduk kat sini. dengan penuh keyakinan saya menyakinkan doktor pakar yang saya boleh menjaga dia di rumah. doktor tersenyum. mungkin faham apa yg saya fikirkan. saya diberi penjelasan masalah sebenar yg dihadapi adik. selama ni tak sepenuhnye yg saya tau.
Adik punye masalah di mana saluran jantungnye masih belum tertutup sepenuhnya. memang bayi pramatang yg lahir saluran itu belum di tertutup.. tetapi dia akan tertutup dengan sendiri.. lain dengan adik.. sudah 4 bulan usia dia.. saluran itu masih terbuka walau sudah dibantu dengan ubat. rawatan selanjutnya di IJN.. semoga dipermudahkan segalanya..
selain itu, ade punye masalah hati di mana kuning dia masih ade dalam darah lagi. sikit sebanyak memberi kesan pada hati dia.. berikutan terlalu bergantung pada pada banyak ubat, adik juga dikesan punye masalah tulang. bacaan garam dalam darah juga tinggi. dan lain2 yg saya sendiri tak berapa nak faham. terlalu banyak penyakit dalam istilah perubatan ni yg memeningkan kepala. memang sangat tak faham.
Adik juga dibekalkan dengan 10 jenis ubat.. fuhh.. berpeluh saya tengok ubat2 tu.. takut pun ade.. heemmm.. kene la ibu jadi nurse kat umah.. tentukan ubat2 adik.. risau pun ye jugak.. tapi kehidupan harus diteruskan.. insyaallah.. semoga adik sentiasa dibawah lindungan dan peliharaan-Nya..
Heemm.. banyak lebar dah entry kali ni.. itu pun beberapa hari punye draf ni.. nak taip direct memang tak boleh la.. next entry insyaallah tentang kehidupan adik diluar... lawatan adik cek up ke hospital lain... susah juga adik nak sesuaikan hidup nye di luar ni..
Kepada yang banyak mendoakan kesihatan adik, saya ucapkan berbanyak terima kasih.. saya masih memerlukan doa kawan2 untuk kesihatan dan keselamatan adik lagi. Jasa baik dan keikhlasan hati semua. hanya Allah yang dapat membalasnya.. terima kasih banyak2..
auntie intan doakan adik dianugerahkan kesihatan yang baik. In shaa Allah doa kami mengiringi adik sepanjang masa..Ameen.sayang adik!
BalasPadam@intanfirdaus247
BalasPadamAmeen Ameen Ameen.. terima kasih ye..
ala ciannya adik..skip,skip saya baca tang adik kena cucuk tu..tak snggup nak baca..byknye ubat adik kena amik..semoga adik cepat2 sihat yea..nnti ibu & ayah bawak jenjalan.. :D
BalasPadamInsya Allah adik kuat :)
BalasPadamSemoga terus diberi kekuatan dari Nya kepada mama & baby, dan sentiasa di bawah lindungan & rahmat Nya..
@aquagugurl
BalasPadamameen.. is sha allah.. terima kasih fieza..
Moga Allah beri kesihatan yang baik pada adik dan juga Ina... Sayu je hati baca time adik menangis2 tu... kita yang kena cucuk jarum pun sakit... ini pulak baby kan?berulang2 kali lak tu..
BalasPadamasslm ina..menitis air mata mama bca entri ni..teingat kembali masa arwah anak mama kat NICU dlu...mama pham sgt perasaan ina..sedih sgt bila tgk anak kita yg kecil tu kena ccuk tiap hri..dan tiada apapun yg mmpu kita buat tuk tolong dia...law bleh nak sgt..biarlah kita je yg tnggung semua rasa skitnya..mama doakan adik cpat sht dan membesar bagaikan juara..doa mama sntiasa mengiringi adik..ina pun mesti kuat tau .supaya adik pun kuat.rasa nak sgt kiss pp adik...buat pengubat rindu ngan arwah anak mama..>>happy sgt adik dah dpat kluar dri spital<<..
BalasPadamRindunya akak kt ina..tertunggu2 update blog..maisarah bby yg kuat,sbb dia ada ibu yg kuat jg..insyaAllah,semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik buat bby maisarah dan ina serta suami..suka sgt tgk mata dia..bersinarrrr..comel..
BalasPadamSmg adik membesar dgn sihat n selamat....Smg ina juga diberi kekuatan untuk terus menjaga adik sehingga smbuh... Take care.
BalasPadamtabahkan hati & kuatkan semangat yer ina demi adik..tak tertahan air mata baca entry ni, wiyah bangga ngan ina dpt mengharungi semua ni, in sha allah semga adik cepat sembuh & membesar ..semoga adik sentiasa berada di bawah lindungannya amin
BalasPadamnina anak awak makin tembam la pipinya....takpe baby cepat naik badan..sabar ye..
BalasPadamlame tunggu kabar adik.. menitik air mate.. nanti bile adik makin kuat.. boleh la aunty jumpe adik..
BalasPadammenangis saya bila baca part amek line kat kepala tu..awak memang tabah..saya sentiasa doakan adik sihat sepenuhnya...
BalasPadamSalam kak ina,
BalasPadamSy da 2 3 hari baca coretan kak ina berkenaan adik maisara, sy baru ni bersalin anak pramatang juga,6bulan berat cuma 700gram, usia anak sy aqil danish baru masuk 9hari hari ini..
Doc kata Aqil masih x stabil, 2 3 hari lepas air kencing aqil ada darah, Alhamdulillah start semalam kuning je kencing dia..doc cakap lagi aqil mungkin ada tertelan darah waktu sy bersalinkan dia dulu sebab bila doc tarik tiub sambungan ke paru2 dia ada darah beku..doc explain baby mcm ni bnyk komplikasi..baby maisara ada x mcm tu awal2? Sekarang baby aqil still guna ventilator..dan tekanan darah aqil naik turun, begitu juga oksigen aqil,
Kak ina, leh add fb x nanti? Tnie nak tau lebih lanjut berkenaan penjagaan bayi pramatang n share pengalaman akak..xpun add whatsupp pun boleh kdg fb sy x dpt detect..tq tau share blog ni, adik maisara mesti da besar skrg kan? Semoga adik maisara membesar dgn baik mcm bdk2 normal lain kan..doa kpd anak sy aqil danish juga ;)
Fb:Tnie Tiniey (0195193140)
tersentuh ati ni. sy pn menghadapi pengalaman yang sme.. lahirkan bayi pramatang pd usia kandungan 26 mggu dgn berat anak 850 gm..
BalasPadamSy jg berpengalaman y sama melahirkan anak pramatang...hati sedih tidak terkata,sekarang masih lg di nicu.....
BalasPadamSalam kak, sy br lahirkan baby kembar 28 minggu.. Abg brt 1.41, adik brt 1.3...mereka masih di NICU... Blh x add fb dayuefish utk sy prepare diri nk menjaga mereka jika dh dpt keluar nnti...
BalasPadamSaya nak add awak kat fb.. tu.. tapi tak boleh pun.. tak de keluar nama tu dekat search..
PadamSy pon lahirkan baby prem 32week berat 1.6 kg...skang berat bru nek 1.87....sedih.....
BalasPadam