Followers

Selasa, 25 Disember 2012

Cerita HIDA Scan adik

11 dec lalu adik ade appoinment HIDA Scan kat HKL.. berikutan kuning adik yang berpanjangan. tinggi tahap kuning adik sampai mencecah 180 baru2 ni.. doktor jangka saluran hempedu adik ke usus tersumbat.. Hati adik pun sudah membengkak besar..

Pagi 11 dec tu start pukul 2 pagi adik kena puasa.. Bila adik dah puasa tu, adik kena ditempatkan kat depan, untuk di monitor oleh doktor dan nurse.. maka nyee malam tu, ibu bole tido sepuasnya dengan lenanya.. lalalalalalalalalalalala...

Dalam pukul 5.30 pagi, saya tersedar dari tido, teringat lak kat adik.. rase nak sambung balik, tapi kesian pulak.. pergi la jenguk adik kat depan jap.. sampai je depan tengok adik.. alalalalala... kesiannye la sungguh ngan si kecik ni... tak abes2 dia hisap jari dalam tido nye.. lapar sangat nampaknye.. ye la adik kuat minum.. tetibe kene puasa mane la bolehnye dia tu.. hehhee..


Rase nak tengok adik kejap je.. bila dah tengok adik gitu, rase kesian pulak.. tido antara sedar dan tidak je.. ngantuk + lapar.. kesian kesian kesian.. lama ibu dok dodoi adik kat situ, tanpa sedar, nurse tegur suruh ibu bersiap, dah pukul 6.30 pagi dah.. nanti ambulans datang.. terus ibu gi bersiap2.. pukul 7.15pagi, nurse datang panggil kate ambulans dah sampai..


Adik sebelum pergi tu dah diberi ubat ape ntah.. tapi bole membuatkan adik tido.. sebab takut nanti adik mengamuk time scan di jalankan.. sampai HKL dalam pukul 8 lebih camtu. ikut sekali pergi 2 orang nurse dan sorang doktor..


Sampai je sana, ayah dah siap sedia menanti.. hehehe.. doktor daftar kan nama adik.. lepas tu tunggu menunggu la sampai nama adik di panggil. nama adik di panggil pada jam 11 pagi.. yang kelakarnya waktu tu, ubat yg dorg bagi untuk adik tido tu pun dah abes.. adik dah start bergerak.. semua risau jugak.. dengan keadaan dia yang lapar berpuasa tu, semua pun akan menjangkakan adik akan mengamuk sakan nanti..



Masa nak letakkan adik kat tempat scan tu, jenuh ibu memujuk adik. adik dah mula nak nangis dah.. bila adik dah berjalan masuk.. nampak mata dia melilau ke sana ke mari.. bila bende alah tu mula merapat kat badan dia.. ala2 cam sandwich lak tu.. nampak dah ketakutan kan wajah nye.. tapi dia tak nangis.. tak tahu la agaknye sebab terlalu takut buat dia tak nangis kot..


Scan ni dibuat selama 4 jam.. rehat kejap2.. tapi selamat la sepanjang scan ni adik langsung tak meragam.. senyap je dia.. seolah2 dia tau kenapa dia disitu. semua nye berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik dari adik.. hehehe...



Tengok muka adik tu kesian tak.. nampak dia takut kat dalam tu.. tapi apa nak buat dik.. ibu ngan ayah hanya boleh tengok je adik.. dekat jam 5 petang, baru siap semuanya.. semua pun rase lega.. penat dah bertapa kat sini.. hehehhee.. berdesup nurse call driver ambulans kate scan dah siap.. nak balik dah ni.. kekeke...

Jam 5.45 petang, kami pun sampai kembali ke Hospital Kajang.. haaa lega dah.. terus saya bagi adik minum.. adik minum dengan sangat la laparnye.. berbuka ye adik.. hehe..

malam tu adik lajak minum pukul 9.. ngantuk sangat dia.. meh tgk gaya adik tido meh..



Tengok tu.. dasyat tak.. kesian dia.. letih sangat waktu tu.. sehari tak berehat..

Alhamdulillah.. keputusan HIDA Scan adik tu, kate hati adik berfungsi dengan baik..

Kami masih buntu tentang kuning adik yg masih tinggi dalam darah.. kepada yang baca entry ni, nak berkongsi petua nak hilangkan kuning, boleh tinggalkan komen ye.. adik kene buat Operation jantung di IJN secepat mungkin.. tapi disebabkan kuning yang tinggi, mereka tak nak buat takut masa meraka bius akan membahayakan adik.. kami sangat buntu, dah macam cara ikhtiar nak hilangkan kuning, tapi tak berjaya lagi.. TIA..

Khamis, 20 Disember 2012

~ Berkampung di Unit Rawatan Rapi Bayi ~

Lama dah tak masuk umah ni.. 4/10 hari tu saya mula berkampung di unit rawatan rapi bayi (SCN), Hospital Kajang. Pagi khamis tu terima panggilan dari Hospital minta room in. berat adik dah 1.65kg. adik dah keluar dari inkubator. Alhamdulillah.. sangat hepi dapat panggilan dari nurse pagi tu..

Siap2 packing baju2 semua, kemas2 sikit rumah.. tengahari terus ke hospital.. pertama sekali saya di ajar bagi adik minum.. memang sangat payah.. kekok pun ye.. nak pegang baby kecik tu. bagi adik minum pakai syring. berpeluh2 jugak lah.. takut dia tersedak.. hehhee.. malam tu adik masih di NICU lagi. doktor belum nak lepas kan adik, sebab cara saya bagi adik minum belum menyakinkan doktor lagi.. hehehe..

malam tu timbang.. seingat saya masa bagi adik minum pukul 3pagi nampak penimbang sudah tersedia dekat bilik tu.. setiap minit saya berulang dari SCN ke NICU. sebab nak tau berat adik terkini.. hhehee.. puas berulang alik.. pukul 6pagi bagi adik minum lagi, terus timbang adik. berat dah 1.75kg. suke2 hati ni.. 

Saya dapat bersama adik pada pagi sabtu pukul 2pagi.. tetiba nurse datang kejutkan saya dari tido.. hantar adik.. tgk2 adik dah ade kat sebelah dalam baby coat.. sepanjang malam tu saya tak tido.. asyik tgk je muka adik.. bahagia rasa hidup.. 4 bulan saya menanti saat2 bersama dengan adik.. syukur alhamdulillah.. puas pagi tu saya peluk cium adik.. hehhe..

Rupe2nye kehidupan di sana bersama adik, sangat2 mencabar hati ini. kalau selalu saya bersedih bila tgk kaki tangannya bercucuk branula.. tapi bila di sini, saya dapat mendengar tangisan kesakitan dia. pedih rasa hati. saat yg paling di takuti.. bila duduk2 di katil melayan adik.. datang doktor berkata " puan, saya nak ambil darah baby ye.. " "Puan, saya nak masuk line kat baby ye".. apa respon saya?? sambil tersenyum dan mengangguk.. doktor berlalu bawa pergi adik.. beberapa minit lepas tu, dengar la suara adik menangis menjerit kesakitan. ibu di katil, pura2 tersenyum seronok bersembang dengan ibu2 lain. kat wad SCN tu, diasingkan baby pramatang dan normal.. baby pramatang cuma ada 4 katil je dalam satu masa..


Alhamdulillah, hari pertama sampai je nampak dah ade keserasian dangan 3 ibu baby tu.. masuk tghmalam.. bergelak ketawa.. nampak macam satu kepala pulak.. terasa macam duduk kat asrama la pulak.. yelah.. sebab dok rancang bersembang bergelak ketawa.. maklumlah.. nama je dok hospital.. tapi sihat2 belaka.. yg sakit baby je.. tapi baby maklumlah.. tak terganggu pun dengan suara riuh rendah ibu2 mereka.. tido saje keje mereka..

Satu pengalaman yg sangat memedihkan hati.. pagi tu terasa badan adik panas.. nurse datang cek suhu adik.. 39.4c.. saya lap2 badan adik.. sekali terperasan jarum drip branula kat tangan dia, urat dah membengkak. terus cakap ngan nurse. nurse cek2 tekan2 adik nangis kuat2. sah memang dah bengkak dan sakit. nurse tolak adik bawak gi doktor. 10 minit adik kembali tanpa branula di tangan. nurse kate, dah bengkak, doktor dah cabut, kejap lagi nak cari line baru. saya?? mengangguk saje..

2jam lepas tu nurse datang ambil adik nak masuk line, sebab sejam lagi akan nak masuk kan antibiotik, setengah jam kemudian nurse datang bawak adik dan berkata, tak dapat lagi line, doktor suruh rehat dulu. petang karang carik lain. saya hanya memandang adik yg masih dengan sisa2 tangisannya.
petang dalam pukul 4, nurse datang lagi, ambil adik, sepatutnye antibiotik masuk pukul 3 tadi.. 4.45pm nurse datang bawak adik balik dan berkata yg sama, masih tak jumpe line lagi. urat semua dah tak terima. saya belek2 kaki tangan adik yg ditampal kapas dan selotip. nampak darah2 disebalik kapas. Ya Allah adik, seksanya adik. hampir nak menitis air mata. tapi saya kene kuat untuk adik. pujuk2 adik kata adik kene cepat sihat. nanti doktor dah tak cucuk2 adik lagi bila adik sihat.

pukul 9 malam. doktor pulak datang.. "puan, saya ambil baby ye.. nak cari line.. antibiotik pukul 3petang tadi, tak masuk lagi.." saya?? angguk lagi ntah keberapa kali sambil memandang adik di bawa pergi..

sejam kemudian, nurse datang bawak adik, cepat je saya bertanya.. "dapat dah line?'

"belum lagi puan", jawab nurse pendek dan berlalu pergi.

saya belek2 lagi kaki tangan adik yg berselotip kapas berdarah.. waktu tu adik dah tertido. mungkin terlalu penat menangis menahan sakit.

pukul 11malam.. doktor kejutkan saya dari tido..

"puan, saya nak minta izin untuk cukur rambut baby ye.. saya terpaksa cari line kat kepala.. urat kat kaki dan tangan semua dah tak boleh. "

saya yang masih mamai2 mengantuk hanya memandang adik yg sedang nyenyak tido.

"mesti dekat kepala jugak ke doc?" saya bertanya.

doktor mengangguk dan berkata, "dari siang tadi kami berusaha cari kat tangan dan kaki, tapi tak boleh."

"yelah", jawab ku pendek. dalam hati dah sebak, kat tekak pun dah terasa kembang, air mata nak jatuh ku tahan sambil memandang adik. lenanye tido dia.

"adik, adik kuat ye sayang, cepat sihat. cepat keluar dari sini. selagi adik kat sini selagi tu la adik akan terus sakit" bisik saya kat telinga adik. nampak adik tersenyum dalam tido nyee..

sepanjang malam saya tido sambil peluk adik. sampai ke subuh, sambung balik tido saya peluk adik.. tetibe dalam pukul 8pg doktor kejutkan saya.

"puan, saya nak ambil baby. nak cari line. antibiotik dah banyak dos tertinggal ni. mintak izin nak cukur rambut baby ye"

saya cium2 dua belah pipi adik, letak adik dalam baby coat. doktor usap2 kepala adik sambil berkata " kesian nye dia ni. maaf ye adik, saya terpaksa cari line kat kepala kamu" dan bawa adik pergi.

setengah jam lepas tu dengar la suara tangisan adik. lain sangat bunyi nye.. mungkin kesakitan kat kepala ni berganda dari kat tangan dan kaki kot.. kuat sangat dan lain dah suara dia..

Setengah jam kemudian, datang nurse sorang baby coat adik. pedih sangat hati melihat jarum drip branula dah ade kat kepala adik. adik tengah tido dengan linangan air mata yg masih membasah kat pipi dia. sedih pedih hati ini, tapi ibu tak mampu buat apa2.

setiap saat saya begitu menjaga line tu. sangat susah nak mengangkat dan memegang kepala dia bila nak bagi susu dan nak bersihkan diri dia. takut sangat terkena bende tu.. 2 hari kemudian masa nurse nak masukkan antibiotik, adik menangis sekuat hati. saya tanya nurse. dia sakit ke? nurse jawab sepatutnye tak? saya hairan sangat sebab sebelum ni dia tak pernah nangis, tapi hari ni kemain lagi nangis nye. saya cakap kat nurse. adik sakit tu. sebab sebelum ni dia ok je tak nangis bila antibiotik masuk. nurse periksa dan tekan2 kat kawasan jarum tu, makin kuat dia nangis. bile perhati betul2. memang nampak bengkak kat area telinga dan mata. nurse kata, "aah la.. dah bengkak kamu punye telinga ni adik", sambil membandingkan kedua2 telinga dan mata adik. nurse terus bawak adik jumpe doktor.

15minit nurse datang kembali bersama adik tanpa line di kepala. hati ni berdebar. nurse kata, "dah bengkak dah. nanti doktor cari line baru". itulah benda yg paling saya takutkan. mane lagi la tempat diorg nak cucuk lagi ni..

Masa tengah siap2 kan susu adik, doktor datang nak ambik adik. tapi saya mintak untuk bagi adik minum dulu. lepas selesai, doktor pun datang semula. saya kata kat doktor, cari kat tangan ngan kaki dulu ye. doktor mengangguk dan tersenyum.

Agak lama jugak kali ni saya rasa..takut sangat kalau kene cucuk kat kepala lagi. bila dengar bunyi baby coat di tolak.. cepat2 saya berlari ke adik. nurse yg bawak. "dapat kat mana?", laju je saya bertanya.

"selamat dapat kat kaki dia", jawab nurse sambil tepuk2 adik. lega rase hati ni walau risau jgk. yelah.. adik tu aktif.. kaki nye asyik menyepak sana sini.. harap2 dapat la bertahan. ade 3 hari lagi ubat antibiotik dia.

Begitu la kesukaran yang di tempuh baby sekecil tu. sayu je hati. itu belum setiap malam akan ambil darah untuk cek paras gula. kalau tak memuaskan, akan repeat beberapa jam kemudian. cek garam dalam darah pulak lain caranya.. semuanya menyakitkan.

Setelah hampir 2 bulan saya di SCN, akhirnya adik dan saya dibenarkan pulang. Walaupun doktor pakar belum yakin sepenuhnye untuk adik dibawa pulang. saya diberi penerangan dan penjagaan yg rapi dalam menjaga baby pramatang ni. saya ditanya berkali2 oleh doktor pakar, sama ada saya yakin dan berani atau tidak menjaga adik di rumah. antibiotik dan ubat penting adik dah selesai semua. kalau kat hospital, memang tak de apa yg mereka boleh buat. cume untuk melepaskan adik pulang ke rumah, doktor kene pastikan keyakinan yang tinggi ibubapa dalam menjaga baby pramatang. doktor minta saya fikir sedalam2nya. kalau masih ade keraguan dan ketakutan, saya tidak dibenarkan membawa adik balik rumah. kerana adik banyak kompilasi dan masalah. bila2 aje akan ade kes kecemasan yg memerlukan keberanian saya untuk berhadapan.

saya termenung dan terfikir sambil merenung adik di depan doktor pakar dan 2 doktor kanak2. perasaan berbelah bahagi. saya perlu tanggung apa2 yg akan terjadi bila bawa adik keluar. dalam masa yg sama saya tak sanggup melihat kesakitan adik di cucuk setiap hari. tangan dan kaki semua kat bahagian urat berbekas kehitaman di cucuk branula.

ibu kene kuat.. ibu kene berani. sampai bila adik nak duduk kat sini. dengan penuh keyakinan saya menyakinkan doktor pakar yang saya boleh menjaga dia di rumah. doktor tersenyum. mungkin faham apa yg saya fikirkan.  saya diberi penjelasan masalah sebenar yg dihadapi adik. selama ni tak sepenuhnye yg saya tau.

Adik punye masalah di mana saluran jantungnye masih belum tertutup sepenuhnya. memang bayi pramatang yg lahir saluran itu belum di tertutup.. tetapi dia akan tertutup dengan sendiri.. lain dengan adik.. sudah 4 bulan usia dia.. saluran itu masih terbuka walau sudah dibantu dengan ubat. rawatan selanjutnya di IJN.. semoga dipermudahkan segalanya..

selain itu, ade punye masalah hati di mana kuning dia masih ade dalam darah lagi. sikit sebanyak memberi kesan pada hati dia.. berikutan terlalu bergantung pada pada banyak ubat, adik juga dikesan punye masalah tulang. bacaan garam dalam darah juga tinggi. dan lain2 yg saya sendiri tak berapa nak faham. terlalu banyak penyakit dalam istilah perubatan ni yg memeningkan kepala. memang sangat tak faham.

Adik juga dibekalkan dengan 10 jenis ubat.. fuhh.. berpeluh saya tengok ubat2 tu.. takut pun ade.. heemmm.. kene la ibu jadi nurse kat umah.. tentukan ubat2 adik.. risau pun ye jugak.. tapi kehidupan harus diteruskan.. insyaallah.. semoga adik sentiasa dibawah lindungan dan peliharaan-Nya..

Heemm.. banyak lebar dah entry kali ni.. itu pun beberapa hari punye draf ni.. nak taip direct memang tak boleh la.. next entry insyaallah tentang kehidupan adik diluar... lawatan adik cek up ke hospital lain... susah juga adik nak sesuaikan hidup nye di luar ni..



Kepada yang banyak mendoakan kesihatan adik, saya ucapkan berbanyak terima kasih.. saya masih memerlukan doa kawan2 untuk kesihatan dan keselamatan adik lagi. Jasa baik dan keikhlasan hati semua. hanya Allah yang dapat membalasnya.. terima kasih banyak2..

Isnin, 1 Oktober 2012

HULBA AL-KHISHBUN



HULBA AL-KHISHBUN menggabungkan 7 jenis herba-herba dari Tanah Arab yang bertindak untuk merawat :

1) Membersihkan rahim dan organ dalaman akibat dari keguguran dan pembedahan.
2) Darah haid yang tidak lancar.
3) Sengugut yang teruk.
4) PCOS
5) Mengecutkan CYTS & FIBROID
6) Telur tidak matang
7) Tiada telur
8) Tiub Filofio tersumbat

Sesuai untuk suami dan isteri

harga : RM50 + Kos Pos (rm5 - semenanjung / rm7 - Sabah/Sarawak
sms/wassap : ina 014-713 7311


SK AL-KHISHBUN


RESEPI RAHSIA KESUBURAN DARI TANAH ARAB


SK AL-KHISHBUN merupakan gabungan istimewa Susu Kambing Terpilih, Bijirin Habbatus Sauda' dari Syria yang telah dipanggang dengan madu, Serbuk Bunga Kurma dari Ladang Kurma Madinah dan campuran herba dari Tanah Arab.

Bertindak merawat :

1) Menambah hormon.
2) Mengentalkan sperma.
3) Merangsang Rahim.
4) Memanaskan organ pembiakan.
5) Menjaga keseimbangan dan normal tubuh.
6) Membaiki saraf kelamin
7) Memulihkan tenaga batin

SESUAI UNTUK SUAMI ISTERI

harga : RM60 
sms/wassap : ina 014-713 7311

CAFE AL-KHISHBUN


CAFE ARAB UNTUK KEKUATAN LELAKI


Gabungan Kopi Arabicca dan herba-herba campuran dari Tanah Arab yang dirumus khas untuk kaum lelaki yang telah berkahwin sahaja.

Bertindak merawat :

1) Merangsang dan memanaskan organ pembiakan.
2) Membaiki saraf kelamin.
3) Memulihkan tenaga batin.
4) Memekatkan sperma.
5) Mengekalkan tenaga dalaman.
6) Rawatan mati pucuk.
7) Penyakit 'dingin seks'.

AMARAN : HANYA UNTUK LELAKI SAHAJA

harga : RM60
sms / wassap : ina 014-713 7311

Ahad, 30 September 2012

XTVT ujung minggu

Macam2 plan xtvt minggu ni.. padat lagi memenatkan.. hehehhe.. pagi2 sabtu tu seawal 7pagi dah keluar rumah.. pergi mane?? pergi pasar.. dah lama tak gi membeli belah barang dapo.. dah kehabisan dah.. nak gi pasar mana?? nak beli barang basah kat pasar borong selayang.. nak gi beli barang kering kat NSK selayang.. haaa.. macam la kat kajang ni takde pasar.. sampai ke selayang nun soping nyeee...

Sampai sana singgah brekfes dulu.. gi brekfes kat Tuu.. dia Pak Tam kat selayang tu.. ni dah kali kedua en. centa hati bawak brekfes kat situ.. memang terbaik menu dia.. nafsu makan tu terbahagi2 jadinye.. tak tahu nak makan ape.. semua nak.. hahahaa.. last2 amek nasi lemak ngan lauk paru je.. haaa.. semput2 nak abes kan.. nasi cedok sendiri.. tak beringat letak dalam pinggan.. hehehe.. Memang sampai ke petang kenyangnyeee.. 

Lepas tu terus pergi NSK.. shoping tak tahu berapa jam.. tak tgk jam pun terus ke pasar basah lak.. shoping2 beli ayam ketam sotong ngan ikan je.. terus keluar.. pastu gi UIA gi anta SK Al-Khishbun dan Hulba Al-Khishbun..  Dah anta tu gi pulak stokis amek stok baru..lepas tu terus balik umah.. sampai umah dah pukul 12.15pm.. terus keluarkan barang2.. barang2 basah terus sumbat je dalam petiais.. mandi siap2 nak gi hospital jumpe buah hati kami..

Sampai2 je dia tgh nangis.. sebab nak nyusu.. alahai.. walhal bila tanya nurse katenye baru je bagi.. ish ish ish.. adik dah kuat nyusu dah sekarang.. setiap 2 jam kene bagi dia susu.. dia dah minum 21ml.. lepas nurse dah bagi susu kat adik, adik pun tido.. ibu ayah pun keluar dari hospital..

Terus pergi ke pej pos hentian kajang. pos kan SK dan hulba ke Taiping.. selamat takde org.. masuk2 terus je ke kaunter.. setel semua terus ke Old Town Bangi pula.. anta SK, Hulba dan Cafe al-khishbun.. thanks sudi beli.. lepas tu terus bergegas ke nilai 3.. mula2 ingat nak anta set al-khishbun tu ke nilai.. tu yg terus cadang nak gi nilai 3.. mase kat spital kol 1 lebih tu, dapat sms kate jumpe kat bangi saje.. tapi dah sebab plan nak ke nilai 3.. jadinye pergilah jugak.. hehehe..

Tujuan gi nilai ni sebenarnye nak beli kain untuk buat sarung bantal adik.. al kisah lama dah mencari. pergi ekonsave kat prima saujana tu takde yang berkenan.. mahal ke main.. pastu gi nagoya dalam tesco kajang tu pun.. takde yg menarik.. mahal leh tahan.. tu yg wat keputusan nak gi nilai tu.. takut kang tangguh2 terus tak sempat nak buat..

Puas jugak berjalan2.. berkenan gak kat ade satu kedai tu.. mak ai... sekali tanya harga berapa.. semeter rm19.90.. terbuntang mate daku di buatnye.. aduhaii.. terus keluar.. aiyooo adik.. tak kan le nak pakai kain mahai cenggitu kot.. jalan jalan lagi.. masuk 1 kedai ni.. kain corak bunga2 je.. org kedai tu kate.. sekarang ni bunga2 je ade.. kartun dah tak jual lagi.. bila daku tanya kartun takde ke? hehehe.. dia tambah lagi.. ambik la bunga ni.. u pergi mana2 pun tak jumpa kartun punya.. sekarang dah tak keluar corak kartun.. aduii.. takpelah.. pusing2 lagi.. lenguh kaki dah ni.. sampai la jumpe jugak 1 kedai ni.. semeter rm4.90.. corak kartun.. tapi ikutkan tak la menarik sangat.. tapi kene jugak beli dari takde.. sebab jam dah pukul 4 lebih.. nak kene balik dah ni.. takut tak sempat nak gi tengok adik pulak.. terus la beli kain tu...hehehe..



Ok la kan.. hehehehe.. tak tahu dah nak pilih lagi.. bila dah banyak2 tu.. macam2 mahu.. ish ish ish... sabtu ni baru nak gi anta balik melaka, jahit.. sebab sample bantalnye dah buat masa adik dalam perut lagi pun.. kat umah mak ade stok kekabu.. saya suh mak buat bantal kekabu tu untuk adik.. bila adik dah lahir terus tak de mase nak balik kampung dan nak carik kain untuk buat sarung nye pulak.. 

Masa ondaway nak balik tu.. minyak lak kehabisan.. ingat nak ikut highway LEKAS je.. carik2 stesen minyak.. dan isi minyak nampak pulak papan tanda besar M.. ish ish ish.. terus je masuk kat drive thru M tu.. ngeee.. my centa hati oder set samurai.. daku pilih dabel cis bege jee.. heeemmm.. bantai le dalam kete.. ikut highway plus.. sampai spital dekat kul 6 petang..

Adik baru lepas nyusu.. seronok la dia sembang2 ngan ayah.. pastu terus dia tido.. kami pun balik umah... lepas maghrib sambil layan doreamon.. centa hati hayut.. aduii.. kate nak gi uptown.. dengar2 dah dengkur kepenatan jee.. ish ish ish.. daku dah tgk dia terlelap.. terus buka petiaias.. kemas2 barang2 pasar tadi semua.. cuci2 ayam ikan ketam sotong bagai.. setel semua kemas dapo.. tgk2 cam dah 10 lebih.. kejut2 dia.. nak gi uptown dah.. lemau sangat katenye.. terus suruh dia buang sampah, pastu masuk je la tido.. pengsan awal le kitorg malam semalam..

pagi tadi pas subuh tido balik.. ish ish ish.. kepenatan tersangat.. kol 9 lebih daku tersedar.. terus bangun.. sidai kain baju yg semalam sebelum tido daku suruh mesin basuh membasuh.. kekeke.. siap2 makanan untuk tghari terus.. sebabnye pas tgk adik nanti, centa hati kene gi keje pulak.. jadinye pukul 11 menu tengahari sudah terhidang..

menunyee... taarrraaaa..

Sambal Kupang

Sup Wantan

Sotong Goreng Tepung

Telur Dadar


Jadinye pukul 11 kami dah bersarapan + lunch sekali.. hehehe.. lepas makan.. siap nak pergi pej pos.. nak pos sk al-khishbun ke sarawak.. ondaway tu dapat lagi sms kate nak sk al-khishbun juga.. selamat bawak lebih.. pergi pej pos.. tgk2 takde org pulak.. terus pos kan yg sarawak tu.. sambil tunggu yg sorg lagi sms.. jalan2 la dulu kat tesco.. bosan pulak duduk je kat kerusi pej pos tu.. hehhee.. jalan2 dalam tesco tu.. terjumpe la mende ni.. ape lagi.. beli laaa..


hehehe.. nampak comel je.. ternampak masa jalan2 kat ruangan baby.. ingat nak cari puting untuk baby prem kot2 ade jual.. nampak pulak bantal kiut miut ni.. hehehe.. rm9.90 je pun.. 

Beli sekali ngan nenas.. ingat esk nak masak nenas.. beli 2 barang.. tapi punye la beratur panjang berjela.. sabo je laa.. sekali dapat sms yg nak beli sk al-khishbun dari kedah tu.. terus my centa hati gi pos kan sementara daku beratur membayo.. ish ish ish...

Dah siap semua terus ke hospital.. sampai dalam pukul 1petang.. adik baru pas minum.. nampak cam takde mood.. rase badan panas.. tanya nurse.. nurse kate demam.. semalam adik nangis je.. nurse bedung adik dalam inkubator tu.. terus hari ni adik demam.. huhuhuu.. boleh ke dalam inkubator yg panas tu dibedung? tambah panas la jadinyee... sabar je laa.. mintak2 adik demam ni berat tak turun laa.. cepat la demam adik baik.. sedih betul hati ni... huhuhuuu..

Sabtu, 15 September 2012

~ Hari Ke 95 Adik ~

Hari ni adik berusia 95 hari.. dah 3 bulan adik masih lagi di dalam inkubator.. Dah 3 minggu dah adik dengan berat 1.3kg.. tak naik tak turun.. risau tau ibu ngan adik.. setiap kali nak gi tgk adik.. mesti ibu dok berangan2 bila tanye nurse je berat adik berapa.. nurse tu akan jawab lebih dari ibu jangka.. dan sebelum ibu masuk je kat bilik adik..ibu berangan2 nak tgk adik dah keluar dari inkubator tu.. tapi mesti frust dan kecewa adik masih lagi dok lepak dalam balang cermin.. bila tanye nurse berat adik.. masih statik nombor tu la yg ditulis.. kecewa dan sangat2 sedih.. tapi takpelah.. janji keadaan adik dalam tu baik2 je..

Dalam minggu ni bila ibu datang tengahari adik dah tak pakai cpap tu.. doctor off kan untuk beberapa jam.. suka ibu tgk adik.. adik pun sangat gembira nampaknye bila hidung dan kepala bebas gitu.. pempes berhasil banyak pun adik tak nangis kan.. suke je ajak ibu main2 dalam tu.. senyum2 lagi.. kalau hidung adik bertekup cpap tu.. susahnye adik nak senyum.. muka masam je.. kalau ade hasil kat pempes tu.. mula menangis maraung tak berenti..

Tengahari tu pun.. ibu tgk kuku adik dah panjang.. tengok mood adik baik je.. syok adik sembang2 ngan ayah.. ibu pun potong la kuku adik.. aduii.. susahnye.. dah la mate ibu ni rabun.. adik lak dalam cermin tu.. susah nak fokus ngan tepat.. ish ish ish.. lebih 10 minit jugak ibu berusaha potong kuku adik.. selamat berjaya.. hehehe..

Lagi satu.. hari tu masa nak beli pempes adik dah abes.. ibu ternampak baby oil johnson's baby untuk massage punye.. beli yg kecik sekali.. pastu balik umah ape lagi.. ke you tube la nak tgk cara2 massage newborn.. dapat la ibu beberapa teknik.. Keesokannye nye ibu dtg ngan ayah.. ibu ckp nak buat spa la kat adik.. tgk adik releks je dlm tu.. wah.. semangat ni ibu nak praktikan ape yg ibu tgk cam dlm you tube tu.. tapi susah jgk.. yg video tu sume baby kat luar.. ni adik kat dlm tu.. dengan posisi ibu kat sisi.. susahnye..

Takpe.. ibu cube.. sapu badan adik.. adik senyum lagi.. urut2 tangan kanan.. adik dah stat tarik2 tangan.. pergi tangan kiri.. muka adik dah kerut2 sambil tepis2 tangan ibu.. aik.. spa lum abes lagi la adik ni.. ayah dah gelak2 dah.. baru nak gi kat kaki kanan.. dua2 kaki adik sepak tangan ibu.. muke dah nak nangis.. aiikkk.. sabar ja la adik ni.. dalam you tube kate massage baby leh wat baby releks dan tenang.. ibu tgk adik stress pulak.. hahaha.. ape la adik ni.. bila ibu lepas je adik.. adik buat mulut muncung kat ibu.. pastu pandang ayah senyum.. heeemm.. adik pakat ngan ayah nak kene kan ibu ek.. ok takpe.. nanti yark suh ayah tuka pempes.. ibu takmo tuka.. huhuhuuuu..

Begitu lah gelagat adik.. yelah.. adik dah besar kan.. dah pandai itu.. dah pandai ini.. tapi kesian.. keadaan adik tu membataskan untuk adik nak ber itu dan ber ini.. Adik cepat la naik berat badan.. sekarang ni memang tengah tunggu berat adik naik je.. dapat keluar dari inkubator tu.. syukur alhamdulillah.. 


Kepada yang terjenguk blog saya.. terbaca entry ni.. saya mohon tolong doakan kesihatan dan kesembuhan Intan Nur Maisarah.. Kepada yang mendoakan.. terima kasih banyak2.. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan hati anda semua..

~ Susu Untuk Adik ~

Disebabkan tgk berat adik statik je 1.3kg dah 3 minggu.. saya berusaha untuk memperbanyakkan balik susu badan.. sekarang ni sekali pam atau perah memang akan dapat 1oz tak pun 1/2oz je tiap 3 jam pam tu... tak tahu la kat mana silapnye.. dulu masa dalam pantang boleh dapat 3oz jugak setiap sesi.. tapi sekarang 1oz pun payah..

Adik dan di topup ngan formula prem sebab masalah yang berlaku bulan yg lepas.. nanti ade masa saya citer kat entry lain.. insyaallah.. saya dapat agak susu merundum terus tu masa hujung puasa.. sebab mungkin dah kekurangan air dan makan kot.. pastu sambung raya.. heemm.. memang tak sempat la nak mengepam..

Sampai satu hari hospital call suruh hantar susu.. berjam2 marmet 1/2oz pun tak dapat.. geram betul rase.. dulu marmet je.. sebab dulu pernah beli breastpump.. lepas keluar wad.. susu memang tak nak keluar langsung.. saya ni festime hape pun tak tahu.. memang takde persediaan apa2 pun.. yelah.. bersalin diluar jangkaan.. suami gi beli pump pureen manual.. pakai tak bape jam.. patah handle dia.. pastu gi beli lagi..pakai dalam satu hari patah jugak.. ayoooo.. saya ganas sangat ke.. ke tak reti gune sampai patah gadai gitu.. susu nye tak keluar2 jugak.. last2 perah je pakai tangan.. dapat sikit berkejar suami gi anta NICU susu tu.. huhuhuuu.. gi tukar balik pump tu.. dapat pump baru.. patah jugak.. hadoiii... memang daku yg ganas kot.. hahahahhaa... 

Sejak tu memang dah tak pakai pump.. perah je pakai tangan.. senang rase.. tapi bila dah merundum dum dum yg sangat dasyat ni.. hospital pun dah call mintak susu.. terpaksa la gi jugak cari breastpump.. konon2 nak kan kuasa penyedutan baby tu.. andaian daku je laa.. pastu mula la dok gugel sana sini mencari2 cara2 nak membayakkan susu.. semua org kate daku buat.. kecuali tang stress tu belum boleh lagi.. bila tgk susu keluar setitik2.. memang stress gila.. jgn suruh daku jgn stress ye.. memang sangat stress.. lagi disuruh jgn stress lagi bertambah2 stress..itu memang diluar kawalan.. hahaahhahhaa...


Ok.. citer pasal breastpump tu.. pusing punye pusing kat tesco.. jumpe la benda alah ni.. memang daku tak kan sentuh dah manual punye.. kesian dia nanti nak berhadapan dgn keganasan yg daku lakukan terhadap kawan2 beliau dulu... saya pilih la pureen batery ni... harga dia rm89.90 kat tesco..

Ok bawak balik.. cuci cuci cuci.. saya pun mula operasi.. ohmakngaiii.. sakit ke main.. keluarnye idok.. saya picit pakai tangan baru keluar.. takpe2.. sabar2 dan tahan buat lagi.. tahan je la sakit.. sikit je kot permulaan.. aduii.. berkurun tunggu dia keluar setitik setitik setitik.. bila perah ngan tangan lagi banyak... huhuhuuu.. tapi takpelah.. pakai je laa.. nak buat andaian konon2 baby yg hisap kan.. huhuhuhuuu... pengetahuan cetek..

Gugel2.. ramai jugak yg pakai pureen batery ni.. diorg kate ok je.. ke saye ni yg bermasalah kot.. hahahaha.. tak serasi agaknye.. gune batery pun asyik cepat habes je.. last2 suami gi cari adapter.. rm9 kot kalau tak silap.. tak ingat lah pulak.. haaa.. puas sikit.. tapi tu la.. 1oz.. 1/2oz je dapat.. huhuhuhuuu... 

Gugel2 lagi.. cari info pasal milkbooster pulak.. opss.. sebelum tu.. jgn bagi idea suh wat pp eh.. memang setiap hari 3 kali saya buat pp tau.. tapi hasil pembacaan saya kata.. kalau buat pp pun kesan nye akan ambil dalam seminggu dua.. ok.. kite tunggu...

pasal milkbooster pulak.. ESP pun dah minum.. beli 2 botol.. satu beli kat member satu lagi kawan suami yg bagi.. hasilnye.. ntah lah.. belum lagi kot.. minum air rebusan longan???

ok alkisah mencari longan kering.. jalan2 kat kajang hari tu lalu satu kedai ubat cina ni.. mintak dia longan kering.. 

"ada ada", katanya..
"nak sepekat", balas daku..
"mau yang mana? paket kecik rm5.. atau yang besar sekilo punya", katanya lagi.
"kecik sudah lah", balas ku lagi..
"Mau buat apa?" soal beliau..
"Mau tambah susu.. boleh ka?" jawab ku serius.. mula rase suspen kot2 dia nak kempen benda lain..
"hooo.. mau tambah susu badan ka?kalau mau tambah susu ambil yang ini.. ini elok.. banyak campuran". katenye lagi..
'adui.. ni yg malas ni', kate ku dalam hati..
"Taknak lah.. takut tak boleh minum je tu", kateku sambil memandang sepaket akar kayu yg bercampur macam2 tu..
"Ini halal punye.. kite takde campur2 yg tak elok, ini semua kayu2 org melayu minum" terus terangnye dengan sungguh.
"eh bukan.. maksud saya, saya yang tak boleh nak minum air akar kayu ni.. tak boleh nak telan.. pahit", tekakku dah mula rase kembang terbayang2 nak minum air tu nanti..
"boleh2" terus je dia amek dah bungkus..

kesemuanya rm12.. ish ish ish.. lain yg nak beli.. lain yg dapat.. sabau je laa.. balik je umah.. terus rebus2 segala2nya akar kayu tu.. ade juga beberapa biji kurma dalam tu.. rebus2 dan minum.. banyak kali jugak la minum air tu.. buat dalam 3 hari.. hasilnye.. heeemmm.. same jeee... huhuhuuu.. gambar tak sempat nak snap.. balik2 terus rebus je tak menyempat..

ade jugak terbaca pasal air tin longan dan kurma tu.. tapi puas mencari tak jumpe pun.. keluaran terhad ke hape.. huhuhuuu...

lagi satu berikutan pump pureen tu.. dalam search pasal breastpump.. banyak jugak jumpe blog org yg gune unimom mezzo.. daku pun search2.. last2 terbeli la online.. hahahahha... hari ni bank in.. esok dapat tak.. teruja daku nak mencube..


Tarraa.. akhirnya.. mungkin ini kot yg serasi dengan ku.. tak sakit pun rase.. tapi agak melenguhkan la tangan.. sebab manual kan.. hehehe.. tapi syok tgk susu keluar laju je.. tapi memang susu badan ni kurang kot.. cepat je kering.. huhuhuhuuu... dalam 10 minit tu dapat 1oz.. pastu benti dah.. huhuhuuuu...

semalam gi redah gi giant sorang2 dalam pukul 10.30malam tu.. gi carik jugak longan kering.. Alhamdulillah.. jumpe jugak.. selamat ada.. sepeket tu dalam rm7 lebih kot.. tak perasan lah.. pastu kurma merah pun ada.. saya angkat jugak.. pastu terpandang halba serbuk tu.. pernah baca leh tambah susu.. saya angkat jugak.. jalan2 jumpe maggie asam laksa.. saya angkat jugak.. oppsss.. yg ni takde kene mengena..




Yang ni sedang direbus... dah selesai pun minum pagi tadi.. ALhamdulillah.. selepas 2 jam minum sesi pump tadi.. menggunakan unimom mezzo.. dalam 10 minit.. dapat 2oz.. syukur alhamdulillah.. dengan izin-Nya.. semoga dapat bertahan dan akan lebih bertambah banyak lagi rezeki ini untuk buah hati kesayangan kami tu.. amin..

Isnin, 10 September 2012

~ Alahai Adik ~

Tadi tengahari gi tengok adik.. sampai agak lambat sket sebab jalan kete agak banyak la pulak hari ni.. nak cari parking punye la satu hal.. hari ni pun tak tahu la kenapa.. sangat padat org dok park kete sana sini.. macam tak tersusun.. dari satu line gi park 2 line.. daku ni dah la bawak kete rase macam bawak kontena.. aduii.. memang mencabar minda betul laaa.. kang tergesel tersagat kang sape yg nak kene tanggung.. sape nak kene jawab.. haku jugak.. walhal diorg tu yg letak kereta ikut suke hati remaja ke warga tue ke ntah lah... kalau dah bukan tempat parking tak payah la parking.. menyusahkan org lain nak lalu je.. daku memang hangin.. senangkan diri sendiri tapi menyusahkan org lain.. sampai kan satu laluan paking kene block sebab kete ni pegi paking double kete lain dah tak boleh nak lalu.. makanya byklah kekosongan paking kat dlm tu tak terisi.. menci2... daku pusing2 sampai 6 kali jugak lah.. dari kejauhan daku nampak sorg pakcik ni jalan.. daku ikut je la belakang pakcik ni.. alhamdulillah.. 20minit berlegar2 dalam kesusahan jalan sempit (sebab kete dah letak ikut suke hati) itu.. daku dapat jugak parking.. 

Tengok jam dah 12.44pm.. terus tak pandang kiri kanan dengan kelajuan yang maksimum daku menghayun kaki ke Unit Rawatan Rapi Bayi (SCN)... terus masuk dan terus menuju ke adik..

Sekali lagi jantung ku macam nak jatuh tgk adik dalam tu.. Ya Allah adik.. kenapa jadi macam ni.. daku tengok dia dah terkeluar dari 'katil' dia.. tinggal kepala je dalam tu.. seluruh badan dia kebawah.. oksigen dia.. topi dia semua tinggal kat atas.. daku tgk mesin denyut jantung dia.. oksigen dia normal 100%.. denyut jantung dia macam keadaan biasa 150-165 perminit.. heeemm.. daku cepat2 basuh tangan.. tgk sorg nurse dan sorg doktor sibuk ngan sorg baby ni.. mungkin baru masuk kot.. 

Dalam pada basuh tangan tu mata mencari2 lagi kelibat nurse.. terus daku panggil dah tunjuk ke adik.. terus nurse tu datang.. tapi nurse tu bukan jaga bilik tu.. tapi dia betul kan la jugak adik.. nurse tu pakai kan balik oksigen.. lepas tu punye la dia mengamuk menangis tak henti tolak2 oksigen dia..

Alahai adik.. kenapa la macam ni.. puas ibu tenangkan adik.. pujuk adik.. adik sangat mengantuk.. tapi paksa mata tu tak nak tido.. lama2 tido jugak.. tapi dengan syarat tangan sebelah ibu atas kepala adik.. tangan sebelah lagi atas dada adik sambil usap2 pipi adik.. bila ibu angkat je tangan, adik bukak mate terus nangis balik.. berjam jugak ibu dok melongok depan inkubator adik tak gerak2.. kebas2 tangan ngan kaki ni ha tak gerak2.. dan cam patung rasenye.. dok statik je.. takut adik bangun dan nangis.. 

hari ni berat adik naik sikit je dari minggu lepas.. 1.35kg.. lambat nye adik.. tak sabar dah ibu ngan ayah nak adik keluar hospital.. takpelah adik.. lambat2 janji adik sihat ye sayang..

Nurse ngan doktor pun asyik ngadu je cakap adik sangat lasak dan aktif dalam tu.. memang sangat baik.. tapi dgn keadaan adik camtu.. tak baik untuk adik.. adik kene rehat dengan cukup untuk membesar.. ibu tgk sekeliling.. baby2 lain semua tido senyap je dik.. adik je yg asyik nak main2 dalam tu.. lebih2 lagi kalau nampak muka ayah.. lagi la suka nak main.. goyang2 tangannye mintak ayah bagi respon kat dia.. bila buat tak tahu.. mula la buat muke muncung.. pastu nangis..

Adik cepat besar.. cepat sihat.. cepat keluar hospital.. nanti boleh la main2.. 18jam nak main pun takpe.. selebih tu ibu nak tido ye.. hehehehehhe...

Selasa, 4 September 2012

~ Set Kesuburan Al-Khishbun ~


Kehebatan SK Al-Khishbun terletak pada ramuan rahsia herba-herba kesuburan dari Tanah Arab yang pernah terkandung di dalam buku Ilmu Perubatan Sufi. Mengandungi serbuk bunga kurma yang digunakan sebagai herba penambah hormon dan mengentalkan sperma. SK bertindak untuk menyuburkan kembali rahim. 1 botol untuk kegunaan selama 1 bulan dan perlu diamalkan berpanjangan.


Hulba Al-Khishbun menggabungkan 7 jenis herba-herba dari Tanah Arab yang bertindak untuk membersihkan rahim yang menjadi punca kepada kesukaran mendapatkan zuriat. 1 botol untuk kegunaan selama 3 bulan.



Gabungan ini membantu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Herba Campuran Arab ini biasanya menjadi amalan para remaja arab yang akan berumahtangga. Menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin.

Cara penggunaan Set Al-Khishbun

  1. Minum SK Al-Khishbun 1 skop pagi sejam sebelum sarapan dan 1 skop malam sejam sebelum tidur. Bancuh dengan air suam SAHAJA.
  2. Makan 1/2 sudu kecil Hulba Al-Khisbun yang telah dicampurkan dengan madu atau buah kurma sebelum makan tengahari (waktu dhuha) 1 kali setiap hari.
  3. Banyakkan minum air masak bagi menstabilkan suhu badan.

PENTING : Produk ini tidak boleh diambil semasa waktu period atau ketika demam. Jika telah disahkan mengandung hendaklah berhenti dari mengambil produk ini..

SK Al-Khishbun merupakan makanan tambahan untuk kesuburan yang sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan. SK Al-Khishbun berasaskan susu kambing. 


Akan tetapi bagi pengguna lelaki yang tidak gemarkan susu maka mereka boleh mencuba Cafe Al-Khishbun untuk kekuatan dalaman dan kekuatan sperma. Cafe Al-Khishbun diformulasikan khusus untuk kaum lelaki sahaja kerana mengandungi campuran herba-herba untuk kekuatan sperma dan tenaga dalaman lelaki. Kaum wanita tidak dibenarkan menggunakan Cafe Al-Khishbun sama sekali. 

Akan tetapi bagi kaum lelaki yang menghadapi masalah kiraan sperma yang rendah maka mereka perlu mengambil SK Al-Khishbun dan bukannya Cafe Al-Khishbun.


Harga ;

SK Al-Khishbun = RM60
Cafe Al-Khishbun = RM60
Hulba Al-Khishbun = RM50


COD : Kajang
Kos Penghantaran Pos Laju;
Semenanjung = RM5
Sabah & Sarawak = RM7

Hubungi : 014-7137311 (ina)

psst.. meh like meh.. Page SK al-khishbun

Jumaat, 31 Ogos 2012

Hari Merdeka

Entry ni bertajuk merdeka.. tapi tak mo cerita pasal hari merdeka lah.. hehehe.. nak cerita pasal lain.. nak cerita pasal buah hati saye..

Ikutkan hari ni 31 OGOS 2012 adalah jangkaan hari saya bersalin.. tapi kehendak-Nya.. adik dah berusia 80 hari pada harini.. Alhamdulillah.. syukur.. urusan saya sangat dipermudahkan dalam kelahiran adik.. harapan saya semoga adik cepat sihat dan membesar dengan sempurna seperti bayi2 normal yang lain..

Pada usia dia 2 bulan setengah ni.. macam2 dah keletah dia.. pernah sekali dia menangis sangat2.. sampai meleleh air mate ni.. ibu dah cuak sangat2.. mesin denyut jantung dia pun dah bunyik sebab denyut jantung dia terlalu laju.. nurse tu cakap.. cube periksa pempes dia.. saye pun dok intai le.. dah le mate ibu dia ni rabun.. dok pulak dalam inkubator.. silau2 cahaya lagi.. kene fokus zoom zoom zoom baru nampak jelas.. huhhh.. ade bahan hasil rupenye.. dengan kesusahan kepayahan ibunye ni tukar la pempes.. aduii.. dah la pestime nak tukar pempes baby.. dah tu dalam inkubator tu boleh masuk 2 tangan je.. dari arah sisi pulak tu.. bersilang2 tangan saye dibuatnye.. tapi usaha jugak sampai berjaya walau agak kelakar jugak lah keadaan pempes tu terbalut kat dia..

Dah selesai tu.. dengan tak semena2 dia benti nangis.. dan tersenyum manis pada ibu dia yg berpeluh2 ni.. terus mesin denyut jantung dia pun senyap.. haii la adik.. sakit jantung ibu dibuatnye..

macam tu jugak kalau nurse tu terlambat bagi minum kat dia.. dia minum ikut tiub terus ke perut.. punye la menangis mengamuk dalam tu.. tarik2 oksigen dia.. lonjak2 kaki dia sampai badan dia kedepan.. terkeluar dari tempat dia.. gitu lah kerenah dia.. 

Sejak dia lahir selalu gi melawat mesti bersama ayah dia.. sampai habis pantang.. memang centa hati la yg bawak kan mase pantang.. habes pantang masuk bulan pose.. centa hati balik awal.. memang gi bersama jugak.. skrg centa hati dah stat keje cam biasa.. balik kol 6.. memang tak sempat la nak melawat.. dari damansara nak sampai ke kajang.. dengan jem lagi.. haaddoooo.. 

Jadinye saya sorg2 je la gi melawat dia.. asyik lah nangis.. asyik la ngamuk.. pujuk2 diam kejap.. nangis lagi.. walau pempes dah bersih.. walau sudah minum.. tak tahu la nape.. muka macam marah sangat je.. pegang sikit cam dia tepis je tangan saya.. takmo bagi pegang.. ish ish ish.. jenuh jugak ibu memujuk.. senyap kejap je.. pastu memberontak balik.. tadi ayah dia dtg.. dia boleh bukak mate besar pastu senyum2 ngan ayah dia.. huhhh... jeles tau ibu..   suke sangat bila ayah ade.. yelah.. ayah asyik nak memegang dia je.. ayah dia suke sembang ngan dia.. bila dia tido pun ayah dia kejut kan ajak sembang.. tu yg suke sgt ade ayah tu.. tak aci tau.. nanti yark suh ayah tukar ye..

Hari ni berat dia dah 1.3kg.. syukur sangat.. ikut jangkaan doktor hari tu.. berat dia 1.8kg dah boleh keluar.. tapi dengan syarat dia dah boleh bernafas sendiri.. tapi hingga kini dia masih perlukan lagi alat pernafasan.. harap2 sebelum berat dia 1.6kg nanti dia dah tak perlukan lagi.. kesian tgk dia.. sangat tak selesa dia pakai alat tu..

pinjam gambar dr. google
haaa.. macam ni rupenye alat pernafasan yg dia pakai sekarang.. dengan muka dia yg kecik tu.. benda ni cam terlalu besar je untuk kepala dia tu.. yg kat hidung tu pulak.. lubang dia lebih besar dari hidung adik.. heemm.. sejak lahir lubang hidung dia kene cucuk ngan lubang oksigen yg besar tu.. kembanglah lubang hidung adik.. hehehhee.. takpelah dik.. nak buat camne.. itu je yg boleh buat adik baik..

Semoga adik cepat sembuh.. semoga adik kuat.. semoga adik cepat sihat.. semoga adik membesar sempurna.. amin amin amin ya rabb...

Merawat Kesuburan Rahim


Nak kongsi satu lagi 'produk' baru.. Rabu lepas ada seseorang call saya bertanya tentang SK al-khishbun.. dan bertanya sekali tentang Hulba al-khishbun.. terus terang saya memang tak pernah mengunakan Hulba al-khishbun ni.. jadi saya tak boleh nak berkongsi akan keberkesanan dia pada diri saya.. dan rase dia.. 

Tapi rasenye tak salah kalau nak mencuba.. sebab kalau kite tak cube kite tak tahu kan.. kesannya pada tiap org pun tak kan sama.. tak semestinya orang itu berjaya kite akan berjaya.. dan tak semestinya org itu tak berjaya.. kite juga tak kan berjaya.. yang penting usaha dan tawakal.. betul tak?? hehehe..

Atas permintaan kawan kite dari pahang tu.. saya tunaikan.. dah selamat pun  pos pada dia SK al-khishbun dan Hulba al-khishbun semalam.. tapi rasenye dia akan terima pada hari isnin depan la kot.. memandangkan hari ni cuti dan esok sabtu pertama.. Saya doakan agar rezeki dia dipermudahkan dan semoga apa yang diimpikan akan tercapai dengan berkat usaha nya ini.. amin..

Andai pembeli dari pahang tu baca entry ni.. terima kasih ye puan shuhada kerana membeli.. kuatkan semangat dan semoga impian awak akan tercapai hendaknya..

Sedikit info tentang Hulba al-khisbun

Hulba al-khishbun menggabungkan 7 jenis herba2 dari Tanah Arab yang bertindak untuk merawat:-

1) Membersihkan rahim dan organ dalaman akibat dari keguguran dan pembedahan.
2) Darah haid yang tidak lancar
3) Sengugut yang teruk 
4) PCOS
5) Mengecutkan CYTS & FIBROID
6) Telur tidak matang
7) Tiada telur
8) Tiub Filofio tersumbat

Harga : RM50
Kos Pos Laju : RM5 (semenanjung) & RM7 (Sabah Sarawak)

pssstt.. meh like meh.. page SK al-khishbun

Jumaat, 24 Ogos 2012

~ SK al-khishbun kini kembali ~


Susu Kambing al-khishbun kini kembali.. kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba ber TTC dengan SK ni boleh lah hubungi saya.. call atau sms 014-7137311..

En. centa hati saya dah amek  10 botol stok baru tengahari tadi.. 4 darinya telah ada pemiliknya.. hanya tinggal 6 botol sahaja.. 

Harga sebotol rm60.. 

COD : KAJANG
Yang jauh2 seperti biasa.. en. posmen yang baik hati akan hantar kan.. hehehe.. Untuk kos pos laju.. Semenanjung : RM5 dan Sabah Sarawak : RM7..

pssttt.. meh like meh.. page SK al-khishbun


Khamis, 23 Ogos 2012

~ Raya datang lagi ~

Masih belum terlambat lagi saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat tetamu di Dunia Ina Haireina.. ade ke tetamu?? kot2 la kan kekalau ade.. selamat hari raya.. maaf zahir batin kot2 kalau ade post2 entry2 yg lepas2 ade menyakitkan.. menguriskan.. menterasakan...dan men men men sekawan dengannya.. kadang2 syok2 je jari jemari ni menaip.. tak sedar ade kekasaran bahasa di situ.. ampun dan maaf di pinta...

Raya tahun  ni biase2 je.. hari khamis malam sudah berada di rumah MIL.. memang ikut turn tahun ni raya pertama belah en. centa hati dulu.. Raya tahun ni memang tiada persiapan apa pun.. baju raya takde.. kuih raya takde.. macam tak de mood je.. ingatan sentiasa kat hospital.. Pagi2 raya mase dgr takbir raya.. sedihnye hati.. teringat baby sorg2 kat hospital.. tak dapat nak peluk cium dan pakaikan dia cantik2 di pagi raya.. sedaya upaya tahan air mata jgn jatuh.. mungkin rezeki untuk menjadi ibu belum sampai sepenuhnya.. tapi ok lah. pagi raya tu bz sket.. MIL ade buat laksa.. jadinye lepas subuh tu saye terus ke dapo tolong potong2 bahan2 laksa.. takmo la melayan perasaan sangat.. tapi adik ipar perasan jugak kot.. dia asyik tanya je.. "nape nampak sedih je dipagi raya??" saya sengih je laa.. huhuhuuuuuu...

Tahun  ni pun tak dapat nak balik Melaka.. sebab nye doktor baby dah pesan jangan jauh2 dari hospital.. takut ade emergency lambat sampai ke hospital.. Mak pun dah pesan awal.. kalau baby masih belum keluar hospital.. tak payah balik kampung raya nanti.. duduk je kat kajang tu.. takut apa2 nanti susah.. tak dapat cium tangan mak ayah raya tahun ni.. sedih lagi di situ.. huhuhuuuu..

Petang raya pertama tu pergi ke hospital dalam ujan lebat ya amat.. sampai tak nampak jalan.. tapi nak tgk adik redah jugak.. habes kuyup2 jgk la masuk wad petang tu.. pakai payung pun tak gune.. lencun jugak.. bila tgk je adik.. sedih semua hilang.. manis je muka dia petang tu.. bila ucap selamat hari raya kat dia.. mulut dia macam senyum2 sikit.. hahaha..perasan je ibu ni.. adik dah 2 bulan lebih.. banyak dah benda baru yg dia dah pandai.. pandai dah dia mengamuk bila kene pakai oksigen.. pandai dah dia buang oksigen dari hidung dia.. bising je nurse tu.. bila kene marah ngan nurse.. nanti dia kelip2 mate dia dan tak bergerak2..tangan dua2 lurus je ke bawah.. bila ibu tegur cakap "ala ciannye anak ibu kene marah.." mula la dia bergerak balik tolak2 oksigen tu dari hidung dia.. hehehe.. kelakar tgk keletah dia...

Dok umah MIL sampai raya ketiga je.. raya ketiga MIL balik kedah pulak.. kami pun balik la ke kajang semula.. raya kelima en. centa hati dah masuk keje balik.. tinggal lah saya sorg2 kat umah dan menjalani aktiviti seperti biasa.. tengahari je ke hospital.. petang je ke hospital.. tapi sekarang petang2 ujan lebat tul.. hhuuuuu...

heemm.. dah kot entry untuk hari ni.. lame dah tak hapdet.. ni hapdet sket je.. gambar raya?? takde sekeping pun gambar raya tahun ni.. baju pun pakai baju raye ntah tahun bile punye.. hehehe... besar harapan kami.. semoga raya aidiladha nanti adik dah keluar hospital.. dapat la beraya ke Melaka.. baru la ade keseronokan sikit bersama si kecik tu.. semoga adik cepat sihat dan besar ye.. cepat2 keluar hospital.. tak sabar ibu dan ayah nak bersama adik...


Sabtu, 11 Ogos 2012

~ 22 Ramadhan ~

Cepat je rasa masa berlalu.. hari ni dah 22 Ramadhan.. Minggu depan dah raya.. tapi macam tak xcited je nak sambut raya seperti tahun2 sudah.. selalunye kalau waktu2 gini banyak dah persiapan yang di buat.. ini ape pun takde lagi.. sabtu lepas je centa hati dan adik cat dinding kat depan.. itu pun tak siap.. sebab belum sempat siap dah nak kene pergi hospital.. jadinya tinggal sampai ke hari ni. terbengkalai.. 

Baju raya??? tak terfikir pun nak beli baju raya.. kalau 3-4 bulan dah beria2 dah berbincang raya ni nak pakai kaler ape.. kaler hijau pilihan centa hati.. tapi skrang macam malas nak pk.. nak gi shoping pun langsung tak terlintas di fikiran..

Kuih raya??? macam tahun2 lepas 4-5 jenis jugak beskut saya buat.. tahun ni??? heemm.. 3-4 bulan lepas banyak jugak plan nak buat beskut.. tapi skarang macam takde angin je nak buat.. jadinya plan hanya nak beli kerepek2 2-3 jenis je.. takut pulak kalau ade yg sudi beraya umah.. takde pulak hidangan nak dijamukan..

Sekarang apa yang ada dalam hati dan fikiran ni.. hanya lah baby yang berada di hospital tu.. hari ni dah 59 hari usia dia.. 59 hari masih di NICU.. tak tahu bila boleh keluar.. sedih rase hati memikirkan dia menjelang syawal ni.. memang sekarang hospital tu dah jadi rumah kedua saya dah.. hari2 ke situ.. bila keluar rumah je.. ke hospital lah tempat dituju.. takde ke lain punye..

Berharap sangat semoga adik cepat sembuh.. cepat besar.. cepat keluar hospital.. teringin sangat2 nak peluk cium dia.. dah 59 hari usia dia.. belum merasa peluk cium dia lagi.. 

Ok.. cerita pasal semalam.. panjang pulak intro pagi ni.. takpelah.. sementara menunggu subuh.. merepek2 kat sini jap.. heheh...

Semalam (jumaat) rasa masa tu singkat je.. lepas subuh terus tertido.. punye lah payah nak bangun.. mase centa hati nak gi keje pun.. dia dah nak pergi baru bangun.. hahhaa.. teruk sungguh.. lepas dia gi je keje terus sambung tido.. haaha.. tak tahu la ape punye mengantuk tah..

Sedar2 je dah nak tengahari.. kelam kabut bangun.. kemas2 umah sikit.. basuh baju sidai baju sapu sampah.. tup2 dah pukul 2 lebih.. terus masuk dapo buat inti samosa.. teringin nak makan samosa.. pukul 3 lebih baru siap inti nya.. terus gulung2 dalam kulit popia.. alkisahnye.. dah 3 kali gi giant.. nak beli kulit popia yang saiz besar tu.. takde pulak.. dah teringin punye pasal nak makan samosa beli la jugak kulit popia saiz kecik tu.. jadinye tak dapat la samosa 3 segi.. tergulung2 la jadinyee...


Haaa tengok.. ni la adik samosa.. yang bernama samoso... hehehe.. takpelah.. janji rasenye sama cam samosa.. kejap je dah abes.. tu.. hehe.. saya gulung2 je dulu.. pastu masuk dalam petiais dah nak buka baru goreng... baru sedap.. rangup2 gitu.. hehee..

Kejap je jam dah pukul 4 petang.. terus mandi2 siap2 nak gi hospital.. sampai hospital pukul 4.30 petang.. adik tido punye lah nyenyak.. sampai ibu datang pun tak perasan.. tapi nampak dia cam letih je.. nafas dia laju je.. tanya nurse yang jaga tu dia kata baby ok hari ni.. takde masalah.. baru je tido.. baru lepas ngamuk nangis katenye.. ok.. ibu tak kacau.. kesian tengok dia.. baru nak lena agaknye tu.. pukul 5.40 petang balik.. 

dalam perjalanan balik punye lah jem ya amat.. tak pernah lagi kot jem seteruk tu.. padahal dari hospital ke rumah dalam 10 minit je pun.. tapi semalam sampai satu jam sangkut dalam jem.. sabar je lah..

sampai je umah.. punyelah kelam kabut sedia kan menu berbuka.. tak kesuntukan masa tu.. masak pun yang simple2 je..


Sup ketam.. campak2 je pun.. selamat masa sebelum keluar tu dah keluarkan dia dari petiais.. sampai2 je dah elok cair dah pun.. cepuk je la dia dalam kuah sup mendidih tu.. heehe..


Daging masak merah.. mudah je.. tak sampai 10 minit.. tapi pastikan daging sudah direbus terlebih dahulu.. baru mudah dan cepat nak memasaknye..


Itu je juadah berbuka kami semalam.. simple kan.. tapi alhamdulillah.. sangat kenyang.. tu air jagung adik yang beli.. hehehe..

Ok.. subuh pun dah masuk.. sampai di sini je celoteh saye.. lepas ni nak tido.. lepas tu banyak aktiviti hari ni.. harap2 berjalan dgn lancar lah.. 

SK Al-Khishbun berehat seketika

Terima kasih kepada yang sudi call dan sms saya dan suami untuk pembelian Susu Kambing al-khishbun ni.. semoga segala impian kawan2 akan tercapai dengan usaha ini.. insyaallah dengan izin-Nya mudah2an..


Alhamdulillah.. dah 70 botol terjual dalam sebulan ni.. Ade yang cod ade yg di pos.. semuanya selamat sampai kepada tangan kawan semua.. 

Saya doakan SK ni serasi dengan kawan2.. dan ade kejayaan di situ.. Amin..

NOTA : buat mase ini saya hentikan seketika penjualan SK ni sempena persediaan menyambut syawal ni.. Insyaallah lepas seminggu raya baru operasi dimulakan.. tetapi bagi yg berminat dan mahu oder awal.. dialu2kan.. :))

Sila call atau sms : 017-3632642 (hairy) @ 014-7137311 (ina)


psstt.. meh like meh.. page SK al-khishbun