Followers

Khamis, 27 Oktober 2011

~ Bebelan Tengah Malam ~

Tak tahu nak conteng2 apa pun kat blog ni malam ni.. tapi dari tadi dok bukak new post ni.. tak terconteng2 pun.. Saje nak melayan perasaan memalam gini kan.. En. suami tak balik lagi.. Nak tengok tv pun cam takde mood jek.. dok online depan pc ni pun.. hari ni line cam lembab semacam jek.. ujan kot.. ntah lah.. 

Alaa.. kalau nak dok depan pc ni.. takde boring nye pun.. macam2 boleh buat.. banyak tempat2 menarik boleh mencuci mata.. tak pun dok singgah2 banyak rumah terbuka.. dapat juga merehat2kan minda dan tekanan emosi yang menganggu.. hhuurmmm...

Biase la kalau dok sorg2 gini.. kadang datang la hangin jiwa kacau tu.. issshhh... menganggu betul... Tapi rasenye sejak dah menglibatkan diri dalam dunia pemblogkan dan jugak berforum dekat RH ni.. Jiwa ni dah semakin tenang la sikit.. Insyaallah.. Cuba untuk belajar menjadi tenang dan setenangnye..

Susahnye saya.. ada org lain lagi yang susah dari saya.. peritnya saya.. ada orang lain yg lagi perit dari saya.. pedihnye saya.. ada orang lain yang lagi pedih dari saya.. tergurisnya saya.. ada org yang lebih terguris dari saya.. sakitnya saya... ada orang lain yang lebih sakit dari saya.. kecewanya saya.. ada orang yang lebih kecewa dari saya... 

Dan yang penting.. satu perkara yang saya belajar.. jangan meminta orang untuk memahami kita.. kerana tak kan ada orang yang dapat memahami melainkan hanya orang yang mengalaminya sahaja yang memahami..

Adeehhh... ape la ayat tunggang langgang macam ni nih.. isshh.. kepada pakar2 bahasa atau juru2 bahasa yang tersinggah di blog saya atau terzoom patah perkataan saya di entry ini.. tolong buat2 tak nampak sahaje.. kerana ini hanya lah kertas conteng yang dah di ronyok2 yg akan di buang.. tak de kene mengena dgn sesiapa.. hanya sekadar conteng contengan sementara menunggu kekasih hati saya pulang.. yeeee...

~ Tergugat Dgn Lempeng Cik Tikah ~

Pagi tadi jalan2 pusing.. terjengung dapor cik tikah.. cik tikah buat lempeng la.. teringat2 lempeng cik tikah.. dan jadinye saya pun ber lunch kan lempeng la hari ni.. hehehhe...


alahai...lempeng ku nak pose jugak lah.. hehehe...
Makan dengan sambal kentang semalam.. MMmmmMmm.. sedapnyeee... cewah puji2 diri sendiri la pulak.. hahahha.. kenyang suda..tapi bahan2 nye suma tepung garam dan air saje.. telo takde laa.. kehabisan stok..


Nak resepi dari cik tikah??? sila la intai2 kat SINI.


Terima kasih cik tikah.. sebab memberi idea yg baik untuk menu tghr saya.. hehehe...

~ PERLU KEEEEEEEEEEE???? ~

PERLU KE KAMU BEGITU??

PERLU KEE????

PERLU LA BAGI YANG ADA!!!

KAMU TAKDE DOK SENYAP2 YE... <---- huurrrmmmm BOSAN.. PERLU KEEEEEE????!!!!

Selasa, 25 Oktober 2011

~ Karipap Karipap Cinta ~

Opss.. pinjam tajuk ye.. hehehe.. Hari ni ujan je... kejap ujan.. kejap benti.. kejap ujan.. kejap benti... haaa.. ni ujan balik dah.. Tau2 je la kalau ujan2 ni.. cacing2 dalam perut ni asyik nak mintak makan je.. isshhh.. berat pun dah semakin naik dah ni.. makan tetap jugak makan.. hehehhe...

Tadi dok kemas2 dapo.. simpan bawang yg baru beli terjumpa la pulak beberapa bijik kentang dok tergolek2 dlm bakul bawang tu.. Baru teringat awal bulan hari tu ade beli kentang kat NSK.. baki2 masak hari tu.. terus la kat kepala nak buat karipap..

Aiseh.. dah le tak penah buat karipap.. hari tu ada la buat sekali.. keras cam batu.. hahahha...tulaa.. sebelum kawen dok ngan mak.. tak nak belajar... sekarang dah kawen..dok sendiri.. semua pun tak tahu... sape yg bersalah??? awak jugak... mMMmmm.. 

Tapi takpe.. agak menjadi jugak la karipap cinta saya kali ni.. hehehe.. barang2 pun sgt2 simple.. ye laa.. guna ape ade aje kat umah.. takde rencah bagai pun... 

Taarraaaaaaaaaaaaaaaa...
Hehehhe.. begini le rupe bentuk karipap2 cinta ku... Nak resepi ke?? isshh.. malu la nak bagi tau.. memang sehabes simple ni.. 


Bahan-Bahan untuk kulit
4 cawan tepung
3/4 air
3/4 minyak panas
Garam secukup rasa


Cara-cara:
Sebatikan dulu tepung dengan minyak panas dengan sudu atau senduk..
Setelah tepung dan minyak sekata tak berketul2.. Masukkan air sikit demi sikit uli sehingga menjadi doh.

Bahan-bahan untuk Inti
5 biji bawang merah - cincang2
3 biji bawang putih - cincang2
1 sb serbuk kari - dibancuh dgn air
2 biji kentang - potong dadu
1 sb serbuk pati ikan bilis
garam secukup rasa
Air sekadar mengempukkan kentang

Cara-cara:
tumis bawang sehingga garing.
Masukkan rempah kari.. masak sehingga garing.
masukan kentang, air, pati ikan bilis.. masak sehingga kentang empuk..
perasa dgn garam. masak sehingga pekat tidak berkuah..


Mudahkan??? tak sampai 1 jam pun saya membuatnya...hehehhe... Goreng 8 ketul je baru.. selebihnya nanti en. suami nak balik baru goreng... hehehhe.. ok.. daaaaaaaa...



Isnin, 24 Oktober 2011

~ Sangat Indahnyaa... ~

Hari ni keje asyik dok ngadap pc jek.. isshh.. keje umah tak buat lagi ni... aiihh.. bila angin kus kus datang... memang le liat je nak buat keje umah.. tapi memang selalunye liat pun.. kekekke.. takpe.. mase kan panjang.. hehehhe...

Hari ni jalan2 jenguk2 intai2 ke rumah2 ke dapo2 ke teratak2 kawan2 jee.. sambil2 tu bermensyuarat tingkap kat forum RH dan Chat FB.. keh keh keh.. Begini le aktiviti hari2.. wwieeeeeee.. seronok kee??? 

Jalan2 tadi.. jumpe la ni kat FB tadi.. Copy Paste je kat sini.. Untuk peringatan bersama dan yang paling penting untuk peringatan diri sendiri.. sangat2 touching bila membacanya.. jom kawan2 mana yg tak baca lagi.. jom hayati dan fahami..

Kredit dan sumber dari FB seorg kwn... bila dah paste tak jumpe la pulak mane link dia.. sori ye kepada tuan punya hakmilik.. saya mohon copy paste kat sini..huuuuuu..

Gambar sekadar hiasan
apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.



Gambar sekadar hiasan

Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...
Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Pada keluarga,
yang tidak menghargai isteri mereka
suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala tambahan ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa

Ahad, 23 Oktober 2011

~ Kisah Cawan Yang Cantik ~




Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Wah! Inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berkata-kata.

"Terima kasih kerana tertarik denganku. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak.

Tetapi orang itu berkata, 'Belum!' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang kali. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, 'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Akan tetapi, sangkaanku meleset. Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!'

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku", aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berdekatan kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan terjerumus ke lembah dosa. Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati kerana Allah sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan. Tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan akhirat kelak. 

Sumber : Copy Paste Dari FB

Khamis, 20 Oktober 2011

~ Andai Mimpi Itu Kenyataan Pasti.. ~

Pinjam Gambar en. Google

BAHAGIANYAAAAA...............


Bukaknya mata pagi tadi saya tersenyum bahagia.. Tak sabar nak kejutkan en. suami bangun nak cerita pasal mimpi tadi.. Saya mimpi saya melahirkan bayi.. Masa saya pegang saja bayi tu.. saya terus cek keseluruhan bayi tu.. Lelaki.. Muka dia saling tak tumbah muka en. suami dengan berlesung pipitnya.. dari ke kepala sampai ke kaki saya belek.. saya cium saya peluk terasa seperti betul2 berlaku.. teramat2 gembira dan bahagianya.. Dan pada seketika saya tersedar.. Masih lagi tersenyum gembira sebab masih terasa lagi bau dan panas2nya bayi tu dalam pelukan saya..

Sambil setereka baju suami.. saya tak henti menceritakan pada dia.. Kebahagiaan dan kegembiraan tak terkata.. Setelah puas bercerita dan bergelak ketawa.. Akhirnya saya tersedar itu hanyalah sekadar mimpi mainan tidur.. Dan tiba2 emosi cemburu menguasai diri saya.. Alangkah cemburunya saya pada 'orang' yang bakal merasai kegembiraan dan kebahagiaan itu. Sedangkan saya....???? Mata saya terus panas.. Terus saya rebah ke bahu suami.. Di situlah tempat berderainya air mata saya. 

Saya tak tahu kenapa hari ni saya lemah.. Mudahnya saya mengalirkan air mata di depan suami.. Selama ni saya berjaya tidak menampakkan air mata di depan dia hanya disebabkan anak. Tapi hari ni saya gagal. Gagal mengawal emosi.. Mungkin di sebabkan hari yang semakin menghampiri. Emosi cepat benar tersentuh.

Bukan saya menolak takdir.. Bukan saya menidakkan takdir.. Tapi perasaan yang satu ni.. Makin dijauhkan.. makin dia mendekat.. Ya Allah.. Kau buangkan lah perasaan ini jauh dari hati aku agar aku sentiasa redha dengan Qada' dan Qadar yang Kau telah tetapkan dalam hidup aku..

Saya tahu.. 'ada'nya dia pun kerana Allah... 'tiada'nya saya juga kerana Allah.. Mungkin belum sampai lagi rezeki saya.. Mungkin saya dan suami lebih baik berdua. Allah itu tau apa yg terbaik buat saya. Cuma saya yg tak tau dan sering meminta dengan penuh emosi.

Rapuhnya saya.. Lemahnya saya.. 

Kenyataan yang pahit itu adalah lebih indah dari mimpi yang mengasyikan

Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu

Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan

Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku disini engkau disana
Sayup jauh terpisah

Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu

Air mata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
Diakhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada tuhan

Rabu, 19 Oktober 2011

~ Taugeh OooOOo Taugeh

Pagi2 lagi dah sibuk2 nak bersiaran.. ingat nak kemas kebun kat luar.. tapi tengok hujan rintik2 pulak.. demam pun tak baik lagi.. malas pulak nak berujan.. tu yg terus tercongok depan PC ni.. hehehehe... 

Hari tu sembang2 dengan rakan2 RH.. ada la tercerita pasal taugeh ni.. Saya pun apa lagi.. dah memang tak boleh dengar pasal benda baru.. mesti tak sabar2 nak cuba.. saya pun apa lagi..terus menjalankan xpiremen saya dalam pembuatan taugeh.. ecececce..

Hari pertama kacang hijau direndam dalam air.. Selamat la ada stok kacang hijau kat umah.. laju je la buatnya.. hehehe..
Hari ke-2 kacang hijau yang direndam semalam tu.. dah mula keluar ekor dah.. hehe.. 
Ni dah hari ke-3 usia taugeh.. daun pun dah tumbuh kat kepala dia.. urat2 pun dah panjang.. tapi saya ayik lupa nak bagi dia minum air.. dia jadi kering sikit.. 
Yang ni selepas siap dibersihkan.. baru masak separuh je.. seperuh lagi simpan.. hehehe.. 

Kawan2 taknak try buat taugeh ke?? senang lagi mudah.. tapi jgn la jadi cam saya.. asyik lupa nak bagi dia minum.. terbantut la kebesaran dia..hhehe.. taugeh ni pun banyak jugak khasiat dia.. meh saya share kan kepada kawan2 khasiat2 taugeh yg saya dapat dari Berita Harian Online ni ye.. Jom Baca..

Khasiat Taugeh Mampu Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,
JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari

Sumber Dari : BERITA HARIAN


Selasa, 18 Oktober 2011

~ Donut Dan Kucing ~

Panas badan pun tak surut2 lagi. Batuk dah sedikit kurang dah. Kepala pulak pusing2. Adoiyai... Tension la di buatnya. Seboleh2nya tahan sedaya upaya tak nak telan ubat panadol ke, uphamol ke, ubat selesema ke, ubat batuk ke, ubat tahan sakit ke... tak nak tak nak.. rasanya dah terlalu banyak ubat yang ditelan dalam tempoh setahun ni.. cukup-cukupnya. Tonggang air cap badak je la jawabnya. huhuuuu..

Petang tadi tak semena2 teringin pulak la nak makan donut. Intai2 kat dapo semua bahan2 ada. Wah bahagianya.. mendonatla jawabnye petang tadi.. Ni kali ke-2 buat donat. Tapi memang dah lumrah saya gitu. Kalau buat pertama kali mesti jadi, Masuk kedua kali. agak kureng la jadinya. huhuuuu.. Nyampah betul tau. Takpelah. Boleh la nak dibawak masuk mulut beberapa ketul.. hahahha.. Taarraaaaaaaa...

Hahhaa.. Tak berapa nak cantik la donut ni. Saya pun ada masalah jugak dalam bab2 nak membentuk kuih ni. kalau buat kuih tak guna acuan. memang la ada yang besar, ada yang kecik, ada yang lebar, ada yang panjang, ada yang pendek, bak kata berbagai rupa jenis bentuk dan saiz la.. malu kalau nak di hidangkan kat orang. hahaha..

Tapi ada jugak peminat2 donut.. Tak caya??? meh tengok ni.. saya dok sibuk godek2 kat dapo tu.. intai kat tingkap.. haaa.. berderet mengadap saya.. malu pun ada jugak.. jom layan...
Yang ni yang pertama saya perasan dulu kehadiran dia. Dia tengok je.
Yang ni yang kedua sampai. Ni ada rupa sikit2 macam Opie kucing kesayangan saya tu. Kadang2 kalau tersalah pandang ingat Opie.. hehehhe..
Dua ekor lagi datang. hahaha.. keje saya pun makin lambat dok sibuk melayan kucing2 ni semua. hahaha..

Kucing Oren tu datang pulak. Dia la kucing yang paling besar daripada kucing2 lain tu.. muka pun ada sedikit garang.. Tak caya??
Ada macam muka garang tak?? hahha.. Macam muka kesian pun ada.. mata pun sepet jek kan..
Ni lagi. terteleng pale dia tengok saya kat tingkap. isshh.. memang takde keje kan saya ni. nak masak ke nak klik klik klik kucing. saje. mengisi kekosongan masa lapang. hahha..


Lepas tu habislah cerita saya dgn kucing2 kat belakang umah ni.. saya kesian kat mereka. saya campak kan la segenggam makanan Opie buat mereka semua. Saya pun terus buat donut saya. siap je tgk dah takde dah kucing2 tadi. hehehe..


Lepas tu dalam pada saya syok makan donut sambil tengok tb. Saya macam rasa je diri diperhatikan. Saya menoleh melihat pintu yang sedikit terbuka. Ternyata tekaan saya tepat. Sepasang mata sedang asyik melihat saya menjamu donut.. eleeehh.. nak sikit la tu.. layan..

Hahha.. tengok tu mata dia.. menakutkan pulak sekali pandang.. isshh kucing ni.. Si Opie pulak dari pagi tadi tak balik2 makan.. Pagi tadi ada balik.. tapi dah masuk keluar pulak.. Tak sempat nak bagi dia makan.. Jap lagi orang nak tido mula la dia sibuk2 nak makan.. ishh Opie ni..


Oklah.. sampai sini saje bebelan saya pada hari ni..tata titi tutu...

Isnin, 17 Oktober 2011

~ Ketam Bercili Kentang

Assalamualaikum.... Hai kawan2... kawan2 apa kabar?? sihat ke?? saya tak berapa nak sihat la sejak beberapa hari ni.. mula2 demam.. pastu selesema.. dan sekarang batuk2 pulak..bangun pagi tadi suara dah serak2 ala2 ramli sarip pulak.. huhuuuuuu...

Sepanjang hari tadi saya dok lepak je.. takde buat apa2 pun.. takde mood nak buat keje.. dgn selesema batuknya.. aduiyaii... (hurrmmm alasan belaka je semua tu.. dalam erti kata sebenar malas) yesss.. 

Pukul 8 tadi baru la stat ke dapo.. intai2 bahan dalam petiais untuk makan malam ni.. al-maklum laa jap lagi en. suami nak balik.. agaknya kalau en. suami balik pukul 2 3 pagi..pukul 1 pagi agaknya barula terhengeh2 nak masak.. hehehe.. ish ish ish...

Meh nak tayang ketam saya ni.. hehehe...
Tapi tak nampak pulak ketamnye.. dah kene hempit2 ngan kentang ngan bawang tu.. hehehe..

~Ketam Bercili Kentang~

Bahan-Bahan

5 ekor ketam
2 biji kentang ( dihiris)
1 biji bawang besar (1/2 dikisar , 1/2 dihiris)
4 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
4 sb cili kisar
3 sb sos cili
1 sb sos tiram
air asam jawa
garam secukup rasa
serbuk kunyit

Cara-cara
Ketam di gaul dengan garam dan kunyit.
Goreng ketam hingga masak. Ketepikan.
Goreng kentang hingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
Masukan air asam.. tunggu hingga mendidih..
Masukan sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam.
Masukan bawang hiris. Masak sehingga bawang separuh layu.
Masukan ketam dan kentang yang telah digoreng tadi.
Kacau biar sekata.
Siap.

Sangat2 ringkaskan masakan saya.. Memang saya selalu masak yg sangat2 ringkas pun setiap hari.. Kalau nak yg berkuah bersantan bagai.. kene tunggu hujung minggu la jawabnya.. atau pun bila en. suami ada kat umah.. hehehhe..

Pada sesiapa yang teringin nak mencuba tu.. sila laaa.. hehehe...

Ahad, 16 Oktober 2011

~ TERSENTAK SEKETIKA ~

Hari ni saya buat puding roti lagi.. hehe.. tapi terlebih air.. terlembik la pulak..sayang nak buang air susu tu.. curahkan je.. maunye roti2 tu tak terapung.. bila dah masak.. bahagian bawah tu tak mo melekat ngan bahagian atas... hahahha.. 

Takde apa menarik pun aktiviti hari ni.. en. suami keje hari ni.. saya dok umah ape lagi.. tetap dengan aktiviti harian saya laa.. berchat kat forum RH ngan cari info2 terbaik ke seluruh dunia.. hahahha...

Pssst... pagi tadi en. suami saya sebelum gi kerja pun.. sempat tegur saya.. isshhh.. asyik berforum je la keje dia.. hahahha..

Dalam pada saya menjelajah satu dunia.. saya terjumpa satu blog ni. terdiam seketika saya membaca salah satu entry dia. Ya Allah.. sungguh hebat dugaan dia.. Saat membaca entry dia.. air mata saya tak putus2 mengalir.. begitu kuat dan tabahnye dia.. Saya tahu dan terlalu yakin.. saya tidak sekuat dan setabah dia.. Nak baca klik SINI dan SINI

Semoga saya juga terus tabah dan kuat menghadapi dugaan-Nya..
‎~ Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangi dirimu... Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah mahu menguji dirimu... Jika doamu tidak dimakbulkan... maka itu adalah sesuatu yg terbaik buatmu.. Sesungguhnya Allah tahu ape yg terbaik untuk hambanya.. ~

Khamis, 13 Oktober 2011

Semalam Hari Ini Dan Esok

Hari ni rasa semangat pulak nak mengupdate blog ni. Hehehe.. Tapi takde citer menarik pun. Saje je nak menghabiskan masa sementara menunggu mesin basuh menyiapkan kerja nya. Semalam saya tak tau nak masak apa untuk malam. bukak petiais ada ayam. Ayam lagi. sebelum semalam pun ayam jugak. waaa.. bagi bertambah banyak lah lemak dah badan ek.. Asyik berayam je. Nak tengok rupa masakan kita semalam. hahahha.. tak malu. sape yang nak tengok tu. sape lagi. saya sendiri la tengok. untung2 my laling ucuk anjee curik2 tengok kat opis dia. Opss.. haaa kantoi.. buat ape tu.. cakap bos.. ishh.. melalut lagi.. baik la.. taraaa...
Ni la menu makan malam kami sekeluarga.. saya ngan en. suami jaa.. hehhe.. tak tau la nak  bagi nama resepi ni ape.. masak cincai je.. semalam jugak en. suami belikan saya roti.. dah bape hari dah asyik teringat2 je roti cokolat.. sebab dah lama pun tak makan.. haaa.. dia pun bela la semalam roti cokolat yg saya nak tu.
Haa.. sekali 4 dia beli.. Opss.. dalam gambar ada 3 jaa.. 1 dah masuk dalam pewot saya.. kekeke.. isshh.. itu pun nak keco.. saje je nak melalut2 kat sini.  Ni kan dunia saya.. kikiki.. 

Ishh.. lambatnye mesin basuh ni wat keje.. ada lagi 32 minit lagi.. apa saya nak merepek lagi ni.. emmm.. ok2.. hari ni saya kene wat keje banyak sikit.. kene kemas umah.. dah bape hari tak kemas umah.. demam tak larat.. (alasan je tu sebenarnya) hehhe.. esok dah nak gi hospital.. Pukul 8 appoinment.. tapi ntah2 pukul 11 pun masih tak dapat jumpa doktor lagi.. tak tau la esok camne pulak.. tunggu dah lihat je la.. harap2 esok dapat la result yg ok dan tidak mengecewakan.. 
Ok lah.. sementara nak tunggu mesin basuh tu berkerja ada lebih saya saya basuh pinggan dulu.. lepas tu terus je  emmm.. lepas tu nak wat pe lagi ek??? haaa.. nak issshhhh.. banyak nye keje saya... hahhaa...tapi saya masih lagi dok depan pc ni.. menaip dan terus merepek.. Memang syok kan berada depan PC ni.. hahahha... Ok laaa.. tata titi tutu...  berjumpa lagi di lain masa.. Oppss.. dapat makan kek pun sedap jugak kan.. beby ucuk anjee... esok lepas gi spital gi secret resepi nak tak??? HAhhahaha... DAaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Rabu, 12 Oktober 2011

BLOG KENE REMOVED????????????

Tadi buka blog ok je.. siap masuk blog lain siap berkomen bagai.. pastu terus sign out.. bila taip je link kat add tu.. terus keluar page ni...
Haaaa.. tak puas hati lagi ni.. try lagi 4 5 6 7 8 kali.. tetap keluar page yang sama jugak.. uwaaaaaa... tak boleh jadi ni... Ini tidak adil... try bukak gmail... pun same.. tak boleh jugak... Aikkk.. gmail pun kene deleted????  sabar sabar..Off pc dulu..agaknye pc problem kot.. gi mandi dulu... rileks dulu..   bagi en. Opie makan dulu... Ok.. bukak pc balik... haaaaa.. tak bolih jugaakkkkk.... huuuuuuu sedihnye... nape tak leh ni... sudah tak kan boleh dapat lagi ke blog kesayangan saya ni???http://matcuoi.com  Takpe.. bertenang... bertenang.. slow2 cari jalan menyelesaiannye... mesti ade caranye.. cuba la tanya2 kat en. google... kot kot en. google sedia membantu...http://matcuoi.com  dan akhirnye saya mendapat kembali blog kesayangan saya ni... Owwhhh.. sampai hati diremovedkan nye blog saya ni.. huuuu tau la blog saya ni tak cantek.. tapi jangan la remove2kan nye... cian saya...  Ni la teman saya di kala en. suami pergi keje... hehheehe.. sekian...

Selasa, 11 Oktober 2011

Mana Mak?

Mana Mak


Untuk kita sama2 menyelami perasaan seorang yang bernama Mak, Ibu, Umi, Mummy, Mama.....



Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak
tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?” Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.” Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, “Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

SAYA SAYANG MAK SAYA