Followers

Selasa, 17 Jun 2014

Majlis Hari Jadi Adik.


Ahad lepas ada buat makan untuk adik. Buat kat umah mil. buat sekali doa selamat untuk menyambut puasa.  majlis doa selamat berjalan dengan lancar. tapi tapi tapi majlis hari jadi ade kelam kambut dan tersekat2 perjalanannya.. hahaha.. adoi sabo je la..


al-kisahnya masa orang surau datang untuk baca yasin saya pun terus bawak adik pergi mandi. malas nak siap kan dia awal2 takut dia panas dengan baju tu.. baju diatas.. lepas dah siapkan adik, bacaan yasin pun masih belum abes lagi. adik dah mula rengek2.. "buuu nak tito.. nak tito". owh sudah.. tapi ramai la layan dia cube nak hilangkan rase ngantuk dia tu. sampai dah abes bacaan yasin. bila org2 semua dah keluar pergi menjamu selera. saya pun bawak la dia ke depan untuk potong kek.



sekali dia buat aksi nak tido depan kek tu. sambil tarik2 baju suruh bukak. 
tengok kening dia berkerut2.. aduhai.. tok nye dah gelak2 dah.. suruh bawak dia gi tido dulu.. saya pun bukak la baju dan tidokan dia.. tapi tau la bila dengar bunyi suara budak2 main2 dia pun bangun.. tak jadi nak tido. bila nak sarungkan baju tadi tu.. dia xnak dah.. aduh aduh aduh.. 

selamat la saya ada bawak baju gaun spare dia.. baju gaun beli tahun lepas mase dapat jemputan ke hari pramatang. pakai la dia baju tu.. dia ok lagi..


Tengok.. dengan ibu baju lain.. dengan ayah baju lain.. aduhai anak.. acara potong kek diteruskan.. selepas sejam lebih tertunda. budak2 pun dah ramai yg balik. tinggal la bape kerat je anak2 jiran dan sepupu dan dua pupunya.. hehehe..



itu pun.. aduhai.. jenuh menyuruh.. dia beriya2 tak nak.. nak tito.. nak buka baju.. heeemm.. apa pun tak boleh.. hehehe..



dah potong kek.. berebut pulak nak makan kek dengan sepupunya..



ini je gambar2 yg sempat diambil.. sebab lepas tu dia ngamuk lagi nak bukak baju.. tak nak pakai baju tau.. hahaa.. last2 pakaikan baju t-shirt lubang2 je laa.. hahaha.. org pun tak kenal dia birthday girl.. org yg tak birthday lagi comel2 pakai baju.. kikikiki.. 

sabo je la budak sorg ni.. semalam pergi cek kat KKIA di usia 2 tahun 3hari... beratnya 6.6kg tinggi 68cm.. huhuhu.. ibu sengeh je la.. janji sihat.. syukur dah.. kikikiki..

terima kasih yg byk bagi ucapan birthday adik di FB.. pada tetamu yg sudi datang terima kasih.. yang sudi bagi hadiah terima kasih juga.. dan ramai jugak bagi angpau kat adik.. terima kasih banyak2. 

5 ulasan:

  1. makin besar adik dah :-) Smg menjadi anak yg solehah...

    BalasPadam
  2. comelnyer kek adik...
    alhamdulillah..dah besar adik..
    suka tgk pic last..adik tersenyum..sgt2 comel..

    BalasPadam
  3. epi besday adik... :)
    semoga membesar dgn sihat.. :)

    BalasPadam
  4. 2 tahun da intan.. jadi anak solehah ye sayang.. nanti kite jumpe tau.. aunty nak sgt jumpe kamu..

    BalasPadam
  5. happy belated besday adik..terus membesar dengan sihat tau..comey sangat die dengan gaun pink tu..

    BalasPadam

Nak conteng2??? Sila laaa...