Followers

Selasa, 22 Oktober 2019

Akan Kembali BerBlog

Assalamualaikum...

Lama sangat dah tak memblog.. macam dah tak tahu je nak bercerita macam mana.. tengok list kawan2 dulu pun ramai yang dah tak aktif... ada yang masih aktif pun mesti dah lupakan ku kan.. hehehe.. tula.. lama sangat menyepi.. hampir 3 tahun tak aktif.. 

Selalu saja teringat2kan blog ni. Tapi tiada berkesempatan untuk menjenguk. Dengan ketiadaan PC nye.. Dengan lupa password nya.. Setelah sekian lama dapat jugak membuka blog bersawang ni...

Tapi asyiklah taip backspace taip backspace.. tak tahu nak mulakan macam mana.. cerita tu macam2 ade dah dalam kepala.. 

ok.. cerita dimulakan dari akhir2 post saya yang terdahulu.. mana yang pernah follow blog Dunia Ina Haireina ni pasti tau saya bermula dengan TTC (Try To Conceive). I am PCOS (Polycystic ovary syndrome) Fighter. 

Alhamdulillah pada nov 2011 saya berjaya conceive untuk pertama kalinya. Mana yang follow Dunia Ina Haireina mesti tau tentang baby yang dipanggil adik yang lahir pramatang 28 minggu dengan berat 700gram. siapa yang belum tahu atau nak tahu kisah adik boleh follow post2 yang lepas. 

Adik lahir tahun 2012. dan sehingga kini tahun 2019 adik masih lagi adik.. hehehe.. Cerita sedikit tentang adik.. Baby Premature 28weeks tu.. Sekarang adik dah 7 tahun. Dah bersekolah darjah 1. Alhamdulillah.. adik dah sihat dan menjalani kehidupan normal seperti kanak2 seusianya.. Walaupun diusia 7 tahun itu berat dia hanya 13KG. Adik tak nak jadi kakak ke?? hehehe... 

Sebenarnya pada tahun 2016 saya pernah mengandung tetapi mengalami keguguran pada 15 minggu.. Dan kemudian pada tahun 2018 sekali lagi dapat positif UPT tetapi rezeki masih tidak berpihak pada saya.. Saya bersalin pada kandungan memasuki 20 minggu dengan berat baby 300gram. Bintang-bintang syurga saya.. Alhamdulillah Syukur.. 

Masih berharap moga2 ada rezeki lagi untuk dapat baby.. Siapa yang baca ni doakan saya ye... 

Ok.. nak cerita apa lagi.. Okla sampai disini dulu.. nanti banyak2 cerita tak tahu lagi pulak nak cerita apa di next post.. ok sampai sini dulu..

Terima kasih.
Assalamualaikum.


1 ulasan:

Nak conteng2??? Sila laaa...