Followers

Jumaat, 23 Disember 2011

~ Kuseru Rindu Itu ~

Baru je lepas habis baca novel ni.. memang sangat2 best.. suke sangat dengan jalan cerita dia.. dan dah semestinye.. novel keluaran kaki novel ni ending akan selalu yang hepy2 je.. tu yang best.. hahahha... walau dalam ceritanye ada perasaan geram dan sedih jugak.. memang best laa...

ni sinopsis  jalan ceritanye.. di CNP dari KAKI NOVEL

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

Khamis, 22 Disember 2011

~ Cuti2 ~


fUH... FuHHH... Fuuhhhhhhhh!!!!!!!!! Tiuu-tiup sikit habuk2 dan segala sawang2 ni.. dah lama dah tak singgah umah ni.. banyak sawang2 terlekat.. hehhee..

Alhamdulillah... pukul 3.30 petang semalam selamat sampai ke damansara. Perjalanan yang memakan masa hampir 6 jam dari kedah.. aduuhhhhhhh penat masih terasa lagi.. 

Terus pagi tadi badan rase2 nak demam.. ni pun selesema dah berkunjungan dah ni.. pening2 pun dah ade.. tekak pun dah perit2.. huhuhu.. dah la kain baju melambak2 berbakul2 tak berbasuh lagi.. Maklum 5 hari kat sana.. baru basuh 1 mesin tapi dari pagi tadi sampai sekarang ujan tak benti2 lagi.. haru... mane la nak ku sidai kan kain2 baju tu semua.. 

sampai kampung petang sabtu tu.. hari ahad.. berjalan satu hari.. pergi ke padang besar.. ape lagi.. shoping leeee.... kekkeke... takde maknenye.. saya tengok aje orang shoping yek... beli sikit2 je.. hahahahha..

Maklum laa.. first time saya jejak kaki ke situ.. memang rambang mata la jadinye.. macam jakun pun ade jugak... semua nak.. nak itu.. nak ini.. selamat la ada en. centa hati yang melayan kerenah bini dia ni yang dah macam pelancong asing.. pergi ramai2.. dengan mak mertua... mak2 sedara.. sepupu sepapat semua.. tapi akhirnye semua berpecah.. saya ngan mr. centa hari ke lain.. mak mertua ngan mak sedara.. ke sana.. ayah mertua ke lain pula.. sepupu2 adik ipar ke lain.. tak ke haru jadi nyeee... hahhahaa... tak tahu ntah bila masing2 berpecah...

Dan yang penting.. saya dah dapat kan Kuah rojak Mak Bee tu.. hahhaa.. ape laaa.. kat sini pun ade daaa... tapi kat sana murah sikit kot.. hehhe.. tapi epal hijau nye belum dapat lagi... huhuhuhhu...







Jumaat, 16 Disember 2011

~ Jeruk Pulak ~

Mintak en. google jeruk

Hari tu rojak buah.. ni jeruk pulak.. eeeiiiiiii laaaa tekak ni kan... macam2 laaa... yang tak boleh tu la yang dia nak nak nak nak sangat....

ni mesti effect clomid dah mai dah ni... tekak rase pahit2 nak2 mende2 yg masam je.. mmMMMm... terliur dah ni....

dok rengek dengan centa hati.. nak rojak... no no no no... dia kate... nak jeruk?? lagi laaa panjang no nyeeee... huhuhu...

last2 dia kate makan epal hijau cicah kuah rojak mak Bee je laa.. mMMMmm... boleh laaa... esok nak balik Kedah... boleh la borong kuah rojak Mak Bee... kekekke....


Boleh laaa... epal hijau dangan kuah mak bee pun boleh laaa... harap2 dapat la esok... kikikikiki....

Khamis, 15 Disember 2011


Sangat2 Bosan... bosan.. dan Bosan... Tak tahu nak buat apa... MMMMmmmMM... Jap lagi nak masak.. suami OTW nak balik baru nak masak.. malasnye saye hari ni... mMMMMmm...

Sekian..

Rabu, 14 Disember 2011

~ Nak Rojak Buah ~



Rojak Buah.. Pinjam Gambar En. Google..

Tengahari ni dengan tekak yang pahit2 ni... kepala ting tong... mata nampak banyak bintang bintang... tekak teringin pulak rojak buah.. dah berkali2 telan air liur ni... terus mintak en. google belanje rojak buah.. terus je dia bagi ni.. mmMMMm.. lagi la bertambah2 terliur.. cuma membayangkan rasenyeee.. perrhhhhhhhh.... 

Ok... cukup.... tak perlu berangan banyak2... sekarang saya sedang berpantang dan dipantangkan untuk memakan makanan yang terlalu pedas2 dan masam2 selain burger mekdi prosperity.... aarrggghh.. sangat sedih... 

Sekian..