Entry yg lepas ade cerita pasal adik admit lepas pergi TCA kat IJN. Doktor sahkan adik kene jangkitan kuman kat paru2. Lagi. Ok. Saya sudah bersedia untuk itu, memang adik kalau pergi TCA mesti akan demam. memang antibodi adik belum cukup kuat nak bercampur dengan org ramai.
2 minggu lepas tu adik muntah2 dan cirit birit.. doktor jangka adik terkena rotavirus. berikutan di wad juga adik bercampur dengan kanak2 lain. pernafasan adik semakin laju. dan lekuk bawah dada adik juga semakin dalam. doktor bagi adik oksigen nasal prong. dan terus di tempatkan di bilik asingan. untuk menghentikan jangkitan dan pulihkan penyakit yg ade pada adik. doktor takut kalau adik terus mendapat jangkitan dari pesakit lain.
Bila adik dah duduk dalam bilik ni.. kesihatan adik dah semakin ok.. adik pun dah semakin ceria. hasil ujian yg dibuat, adik tidak ade rotavirus. alhamdulillah. cirit birit dah takde.. muntah pun dah takde.. demam pun dah semakin kurang.. cume adik selalu demam di sebabkan urat bengkak dan kerap cucuk branula..
Ni la perkara yang paling saya tak suka dekat wad. dicucuk sana sini. lepas bengkak, cucuk lagi. dalam seminggu.. ade la dalam 4 kali tukar line ni.. sbb urat adik cepat bengkak bila masuk ubat.
Walaupun adik dah semakin sihat.. tapi nafas dia masih laju lagi. oksigen dari 1 liter naik ke 1 liter. lekuk bawah dada semakin dalam. pakar semakin risau. Untuk kesekian kalinya, doktor hubungi pihak IJN utk mengetahui status pembedahan adik. jawapan yg di terima adalah masih sama..
Tak boleh buat lagi sbb fungsi hati dan buah pinggang adik tidak berapa baik. risiko sangat tinggi. Pakar kanak2 menyuruh saya membuat pilihan. sama ada saya mahu teruskan menunggu IJN atau saya sanggup tanggung risiko yg tinggi untuk melakukan pembedahan adik.
1. teruskan menunggu IJN : pakar kata adik dah terlalu penat dan telah menunggu terlalu lama. walau pun dah pakai oksigen.. nafas adik masih laju .
2. ambil risiko teruskan pembedahan : risiko utk berjaya cuma 5%. kata pakar bius.. dengan bius boleh merosakkan hati dan buah pinggang adik yg tak berapa baik fungsinya.
saya berbincang dengan suami. kata sepakat di ambil. kami mahu merubah hidup adik.. setahun adik hidup dengan dunia hospital. tidak keluar kemana2. tidak pernah ke pasaraya, tidak pernah ke taman permainan.. ape ntah lah berjalan2 ke pantai atau berkunjung kerumah saudara mara.
Ia.. adik dah setahun... tapi adik beradik mak ayah saya dan suami tidak pernah jumpe dia. memang saya kurantin kan adik terus dari dunia luar. tapi adik masih lagi keluar masuk keluar masuk hospital.
keputusan di buat. Pakar memilih hospital serdang untuk merujuk kes adik. alhamdulillah.. syukur sangat2.. Hospital sedang terima kes adik.
1.6.13 - sabtu.. adik selamat cek-in kat wad 6D hospital serdang. transfer dari hospital kajang dengan ambulans.. hati berdebar2.. masih terfikir2.. adakah ini keputusan yang betul.
keesokannye hari ahad sesi menandatangani surat perjanjian.. dengan doktor pakar bedah.. senang sikit hati.. katenye risiko kurang untuk kes seperti adik. surat ditandatangani dengan senang hati. bila perjumpaan dengan pakar bius.. hati mula berbelah bahagi.. Risiko nye same seperti IJN. kate pakar bius. jangan meletakkan harapan untuk adik sihat. adik mungkin akan di ICU lebih sebulan. adik mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin hayat lebih sebulan. dengan bius mungkin akan merosakan hati dan buah pinggang adik.
Memang untuk pembedahan jantung adik ni nampak simple.. tapi disebabkan adik ada masalah hati dan buah pinggang membuatkan berisiko dengan ubat bius. hati kembali resah. surat ditandatangani dengan perasaan berbelah bahagi.
3.6.13.. Adik mula berpuasa pukul 6 pagi.. susah jugak nak ber'puasa'kan adik ni.. sebab perut dia dah di set kan setiap 2jam akan kenyang. walau dia dimasukkan air.. tapi dia tetap mengamuk nak susu.. resah gelisah jiwa ibu ni tengok adik.. tepat pukul 12.30 tengahari adik di tolak ke dewan bedah..
waktu ni perasaan tak tahu nak digambarkan macam mana.. jiwa dan hati berada sama dengan adik. yg ade terhuyung hayang cume la badan tanpa hala tujuan. terima kasih mama hakim yang sudi teman adik di saat2 adik dibawa ke bilik bedah. kurang sikit rase debaran di hati.
waktu dalam bilik bedah, ibu sorg je dibenarkan temankan adik sehingga adik tidak 'sedar'. sayu hati bila ibu nak bawa adik masuk dalam tgk ayah cium adik berkali. ibu sedaya upaya cube tenangkan perasaan. berjalan sambil dukung adik, ikut nurse ke bilik pembedahan adik.
Terasa sangat sejuk waktu tu. tak tahu la ekon bilik tu terlalu sejuk atau diri ni dah terlalu ketakutan. hati semakin berdebar2 bila doktor suruh baringkan adik. adik seperti biasa bila ibu mula menjauh, adik akan menangis. nurse2 dan doktor2 mula memulakan kerja untuk 'tidur'kan adik.
tenaga adik sangat kuat mengamuk dan kemudian beransur perlahan. doktor memberi izin untuk saya mencium adik.. adik dah 'tidur nyenyak'.. satu ciuman di kanan pipi sejuk adik. satu ciuman di dahi sejuk adik.. lagi ciuman saya tak sanggup.. saya tak nak ade air mate yg menitik di kulit adik. saya bisikkan di telinga adik. " adik kuatkan semangat.. ibu dan ayah tunggu adik kat luar".
dan terus pergi meninggalkan bilik bedah yg sejuk beku bagi saya. penantian satu penyeksaan. Pukul 5.30 petang adik di tolak masuk ke Pediatric cardiac Intensive Care Units (PCICU).
Bagai dihiris2 hati melihat adik. tapi saya harus kuatkan semangat untuk dia. adik dah mula sedar. dia menangis kehausan sambil menghisap jari. nampak dia terlalu lapar. tapi adik tak boleh diberi minum lagi. adik bernafas dengan bantuan mesin. adik lawan mesin. adik terpaksa diberi ubat tidur sebab adik kerap melawan mesin. kalau dulu ibu pedih hati tgk tangan kaki kepala adik dicucuk branula.. tapi disini leher adik dicucuk. demi kesihatan adik. ibu senyum pada adik. adik memandang sayu ibu. ibu tau. adik mintak susu. adik lapar. adik haus. ibu tanya nurse. bila adik boleh minum. tapi nurse kate belum boleh lagi. mungkin esk. dalam tak sedar berakhir sejam waktu melawat adik. berat hati ibu nak tinggalkan adik. esk pukul 12.30 tghari ibu dtg melawat adik lagi.
4.6.13- tepat pukul 12.30hari saya dan suami dah tunggu depan pintu PCICU. tk sabar nak jumpe adik. alhamdulillah syukur sangat. kuasa Allah. adik dah bernafas menggunakan oksigen nasal prong 3 liter. syukur bila adik dah tak perlukan lagi mesin hayat tu. tapi adik masih berpuasa. adik demam. masih mengamuk mintak susu. merajuk dengan ibu.
7.6.13 - adik dilepaskan ke wad biasa.. syukur alhamdulillah.. kuasa Allah mengatasi segalanya. adik dah minum dengan banyaknye.. adik dah kembali ceria dan aktif.. tapi ibu masih takut2 lagi nak dukung adik.
Hari pertama adik di wad. gembira hati ibu. dapat peluk cium adik balik. syukur Ya Allah..
Adik pun dah off oksigen. lega sangat hati ni bila doktor kate nak off kan oksigen adik.. sebab adik memang tak suke pakai oksigen ni. asyik la di bukanye saje. di tariknye saje.
10.6.13 adik di transfer kembali ke hospital kajang.. ya be da be du.. seronok hati ibu dapat balik kajang. memang tak dinafikan.. seronok lagi di serdang. tapi bak kata org.. hujan batu di negeri sendiri, ujan emas di negeri org. kan kan kan..
bukan ape.. kalau kat kajang kan..
haa tengok tu.. tengok tu.. en. centa hati boleh datang bila2 masa saje. setiap pagi time nak gi kerja.. dia dtg anto sapan. malam2 kalau lapar, en. centa hati leh belikan nasi.
kalau adik ngamuk, saya nak mandi. en. centa hati leh jaga adik jap sementara saya mandi. dekat serdang saya tak dapat semua ni.. muahahahahhaa...
Alhamdulillah syukur adik dah semakin sihat dan semakin2 aktif. terima kasih pada yg mendoakan adik. hanya Allah dapat membalasnye.. pada yg sudi kirim2 hadiah untuk adik tu.. terima kasih yg terhingga.
Alhamdulillah... Syukut adik semakin sihat...seronok tgk dia senyum :-)smg adik terus sihat lps ni...amin...
BalasPadamsyukur alhamdulillah.. aamiin.. terima kasih.. :)
Padamya Allah syukur...anis tumpang gembira ina..
BalasPadamterus membesar dengan sihat ye..lepas ni adik leh jumpe kawan2 dah...yeay ;)
alhamulillah.. in shaa allah.. terima kasih anis.
PadamSemoga adik terus menjalani kehidupan yg sihat pasni. Cian dia, kecik2 lagi dah diduga mcm ni. Nyata Allah sgt2 sygkan dia kan. Moga awak dan hubby terus tabah mengharungi ujian dan dugaan dari Allah ini.
BalasPadamTerus terang saya ckp, mmg saya akn nangis tiap kali awak update tentang adik. Xdpt bygkan klau saya di tempat awak.
In shaa allah.. mudah2an.. terima kasih safiyyah.. :)
Padamsaya pon menangis juge..semoga Allah mempermudahkan segalenye buat saudari dan adik. Awak ibu yg kuat..sgt kuat! Kagum!
Padamalhamdulillah adik smkin sihat..suka tgk dia snyum =)
BalasPadamalhamdulillah.. :)
Padamalhamdulillah...semoga adik sihat dan kuat...amin...
BalasPadamAamiin.. mudah2an... :)
Padamya Allah kesiannye tgk adik.. sampai lebam2... tp adik sgt kuat.. tetap tersenyum manis.. alhamdulillah..moga adik makin sihat ye..
BalasPadamAamiin...
Padamterima kasih...
alhamdulillah seronok tengok adik dah senyum...auntie sentiasa doakan yang terbaik buat adik..semoga ina dan suami tabah menghadapi ujian ni..cayang adik ketat2
BalasPadamalhamdulillah..
Padamaamiin..
terima kasih..
Syukur alhamdulillah..adik beransur sihat.. Saya sentiasa doakan semoga adik sentiasa sht selalu... Amin...
BalasPadamSuka bila tgk gmbr adk senyum tu.. :D
alhamdulillah..
Padamaamiin..
terima kasih..
Yani sentiasa doakan adik bertambah sihat, sayu tgk senyuman adik tu, rasa nak peluk-peluk je adik....doa Yani untuk Ina sekeluarga ye?
BalasPadamAamiin..
Padamterima kasih yani..
Sebak saya Ina..
BalasPadamTak tau nak cakap apa.
SesungguhNya kita tak pernah menjangka pelangi akan muncul bila-bila sahaja tanpa ada sebarang petanda. :')
Percaya pada keajaiban. Percaya pada ketentuanNya.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
:)
alhamdulillah..
Padambetul tu fa..
percaya pada-Nya.. Yakin pada-Nya.. itulah kuncinya..
In shaa Allah.. semua atas izin-Nya..
Alhmdulillah. Gembiranya dpt berita baik dr adik. Tahniah pd ibu bapa adik yg sgt2 sabar dan sentiasa positif utk adik...
BalasPadamAlhamdulillah..
Padamterima kasih..
nak nangis baca...adik sama kuat dengan ibu nya!!!MasyaAllah!Allahuakhbar...adik cepat2 sembuh..sihat!..aminnn
BalasPadamAamiin.. terima kasih noora..
PadamAlhamdulillah, harap adik akan semakin sihat dan kuat.. cepat sembuh yea adik.. Aamiin..
BalasPadamalhamdulillah..
Padamaamiin..
terima kasih..
kak ena.. nak nagis bace walaupun da tau hujung pangkal cerite ni.. adik memang kuat.. lagi tak sabar aunty nak jumpe..
BalasPadamterima kasih fifi.. in shaa allah..
Padammeh dtg umah meh..
hihi.. inshaAllah.. bile free nanti fifi contact akak.. boleh je.. tak jauh kan..
Padamok.. nanti bgtau.. tapi awal2 ye.. jgn nak dtg baru bgtau pulak..
Padamsori sgt2..lya bru tahu adik di operate,
BalasPadamalhamdulillah... adik dh selamat mjlani pmbedahan..
sedih sgt2 lya tgk keadaan adik.. tgk tngan kaki hbis bengkak..
dulu lya pon mcm tu..hbis tngan, kaki...sampai ke leher & celah kankang kena drip.. jd.. lya faham sgt apa y adik alami ni.. cuma.. adik terlalu kecil utk mgharunginya.. ini tndanya adik bayi y amat kuat.. sekecil ni, tp sgt kuat survive demi mak ayahnya..
x sanggup bace sampai abes..sebak...
BalasPadamsaya doakan yang terbaik untuk adik...
saya tau awak KUAT...
tenangnya hati bila tgk adik senyum ceria..adik setabah ibu dan bapanya.. :)
BalasPadam