Followers

Khamis, 4 September 2014

Cerita Yang Lepas

Assalamualaikum.. 
Lama sudah tak menjenguk blog ni apentah lagi mengupdate cerita baru. Ingatan tu memang sentiasa ada je melekat kat blog ni tapi masa yang bersesuaian tu yang takde.. bunyik macam sibuk sangat je kan.. ehehehe..

Bulan puasa hari tu memang sibuk sangat. siapkan tempahan baju. Alhamdulillah.. murah rezeki ramadhan ni ramai yang menempah baju. ade yang dekat2 anta kat umah.. yang jauh2 main pos2.. tu yang sibuk sgt siapkan yg pos sebab takut lambat2 pos nanti tak sampai pulak sebelum raya. 

Raya tahun ni kami beraya di kedah belah cinta hati. turn beliau tahun ni.. ngeee.. hari ahad kami bertolak dari kajang. Alhamdulillah jalan lengang je.. kami keluar rumah lepas subuh. sbb sehari sebelum tu mil balik dari damansara ke kedah 14 jam perjalanan. tengok kat fb pun rata2 status semua jalan jem. tu yg ahad tu sesudah subuh kami bertolak. rupanya jalan clear je.. 7 jam dah sampai.. hehehe..

Raya kelima balik kajang.. raya keenam balik melaka pulak.. raya ke lapan balik kajang balik. sebab isnin tu buah cinta kami ade appoinment jantung kat hospital serdang. ade result negatif lagi menyedihkan isnin tu. nanti saya akan ceritakan di lain entry. 

Gambar2 raya?? lagi seperkara yang amat2 menyedihkan.. kami bergambar sakan pagi tu.. tup tup tup petang tu memori kad henpon saya korup.. uwaaaa... sangat sedih.. memang takde 1 gambar pun yang terselamat. saya pun tak upload kat fb.. tak anta wasap mane2 gamba.. mmg hilang mcm tu je.. mmg takde mood lepas tu.. hahaha.. poyo je tak?

yelaa.. saya dah berangan dah nak bergambar sekeluarga.. nak frame kan besa2.. sedondon bertiga gitu.. mau tak sedih.. ni dah abes raya dah memang tak de pun amek gambar lagi.. tau je la cinta hati tu nak pakai baju melayu hari raya pertama je.. lepas tu memang terperuk je la baju tu.. ade rezeki nanti raya haji pakai laa... huuuuu.. sedih sedih sedih..

saya ade terima beberapa wasap yang bertanya kabar kami.. sebab dah lama saya tak update blog.. hehehe.. terima kasih.. alhamdulillah kami seperti biasa.. baik2 aje..

heemmm... adik sekarang ni kene demam campak.. hari ahad hari tu mula demam.. demam suhu tinggi 3 hari.. ahad tu dah bawak klinik bila suhu 38.7c.. tapi suhu tetap tinggi sampai pagi rabu.. kami bawa ke kecemasan hospital kajang pukul 3 pagi bila suhu dia dah 39.5c..

petang rabu tu terus dah tak demam. malam mula naik bintik2 kat muka. pagi tadi dah penuh badan.. belum sampai kaki lagi.. huuuu.. sabar je laaa.. 

doakan adik cepat sembuh ye.. kesian dia bila tgk cermin dia cakap "huhh nak nomel lah" [huhh tak comel lah].. hehehhe... 


Ni gambar ahad lepas. pergi kenduri kawen dua pupu centa hati.. sangat teruja dia nampak kolam.. hehehe... baju tu saya jait sehari sebelum nak gi kenduri.. tapi bila basuh dia jadi senteng pulak.. kain dia mengecut rupenye.. sabo je laa.. 


Ni aje gambar raya.. hari ke 3 kot.. takde mood nak amek gamba sbb geram dengan henpon tu...


heemm.. oklah.. panjang pulak entry ni.. hehehe... terima kasih yg sudi membaca.. :)

Selasa, 17 Jun 2014

Majlis Hari Jadi Adik.


Ahad lepas ada buat makan untuk adik. Buat kat umah mil. buat sekali doa selamat untuk menyambut puasa.  majlis doa selamat berjalan dengan lancar. tapi tapi tapi majlis hari jadi ade kelam kambut dan tersekat2 perjalanannya.. hahaha.. adoi sabo je la..


al-kisahnya masa orang surau datang untuk baca yasin saya pun terus bawak adik pergi mandi. malas nak siap kan dia awal2 takut dia panas dengan baju tu.. baju diatas.. lepas dah siapkan adik, bacaan yasin pun masih belum abes lagi. adik dah mula rengek2.. "buuu nak tito.. nak tito". owh sudah.. tapi ramai la layan dia cube nak hilangkan rase ngantuk dia tu. sampai dah abes bacaan yasin. bila org2 semua dah keluar pergi menjamu selera. saya pun bawak la dia ke depan untuk potong kek.



sekali dia buat aksi nak tido depan kek tu. sambil tarik2 baju suruh bukak. 
tengok kening dia berkerut2.. aduhai.. tok nye dah gelak2 dah.. suruh bawak dia gi tido dulu.. saya pun bukak la baju dan tidokan dia.. tapi tau la bila dengar bunyi suara budak2 main2 dia pun bangun.. tak jadi nak tido. bila nak sarungkan baju tadi tu.. dia xnak dah.. aduh aduh aduh.. 

selamat la saya ada bawak baju gaun spare dia.. baju gaun beli tahun lepas mase dapat jemputan ke hari pramatang. pakai la dia baju tu.. dia ok lagi..


Tengok.. dengan ibu baju lain.. dengan ayah baju lain.. aduhai anak.. acara potong kek diteruskan.. selepas sejam lebih tertunda. budak2 pun dah ramai yg balik. tinggal la bape kerat je anak2 jiran dan sepupu dan dua pupunya.. hehehe..



itu pun.. aduhai.. jenuh menyuruh.. dia beriya2 tak nak.. nak tito.. nak buka baju.. heeemm.. apa pun tak boleh.. hehehe..



dah potong kek.. berebut pulak nak makan kek dengan sepupunya..



ini je gambar2 yg sempat diambil.. sebab lepas tu dia ngamuk lagi nak bukak baju.. tak nak pakai baju tau.. hahaa.. last2 pakaikan baju t-shirt lubang2 je laa.. hahaha.. org pun tak kenal dia birthday girl.. org yg tak birthday lagi comel2 pakai baju.. kikikiki.. 

sabo je la budak sorg ni.. semalam pergi cek kat KKIA di usia 2 tahun 3hari... beratnya 6.6kg tinggi 68cm.. huhuhu.. ibu sengeh je la.. janji sihat.. syukur dah.. kikikiki..

terima kasih yg byk bagi ucapan birthday adik di FB.. pada tetamu yg sudi datang terima kasih.. yang sudi bagi hadiah terima kasih juga.. dan ramai jugak bagi angpau kat adik.. terima kasih banyak2. 

Khamis, 5 Jun 2014

Gum Arabic / Al-Manna


================================
Adakah Anda atau ahli keluarga anda mempunyai penyakit ini 
================================
1.Sakit buah pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum dialisis) 
2. Sakit bengkak buah pinggang 
3. Kencing kotor 
4. Buasir 
5. Cirit birit 
6. Kolesterol tinggi 
7. Sembelit 
8. Diabetis 
9. Gout 
10. Berdiet kerana ia tinggi kandungan fiber 
11. Batu karang 
12. Lumpuh atau stroke 
13. Kanser prostat 
14. Menguatkan antibodi melawan pelbagai penyakit 
15. Tekanan darah tinggi

KELEBIHAN GUM ARABIC Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat memulihkan dan menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. 

Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Gum Arabic juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.

Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal sakit gout, sembelit, buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izin Allah Ta'ala.

HARGA : RM180 (percuma pos dan shaker)
BERAT : 1 Kg

=====================================================
Cara pembelian SMS /WHATAPPS/CALL 017-3632642
=====================================================

Selasa, 3 Jun 2014

adik nak masuk 2 tahun

alhamdulillah.. masuk bulan jun.. menghitung hari untuk adik menambah usia ke angka 2. syukur alhamdulillah.. terlalu cepat masa berlalu.. besar dah anugerah terindah ibu ini..


gambar ni ambil minggu lepas. kat gold coast morib. alhamdulillah.. meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke5. syukur.. tahun lepas sambut kat pondok sebelah wad oediatrik, hospital kajang.. hehe..

susahnye nak update blog skrg ni. ni pun pakai henpon sambil berebut2 dengan tangan kecik ni haa.. hehe..

Khamis, 8 Mei 2014

Tempahan?

Sangat teruja dah berdebar2 bila dapat tempahan dari seorang kawan untuk buat baju kurung.. hehehe.. tapi gigih usahakan juga. kikiki..  alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. 












Kawan pun kata dia berpuas hati.. wuwuwu.. walaupun berdebar2 juga bila baju ni nak sampai ke tangan nya.. dan sekarang ni dia dah pos lagi 3 pasang untuk dijahit.. syukur... rezeki2.. kitorang main pos2 tau.. maklumlah jauh.. tempah jahit pun boleh secara online dah skrg ni.. kemudahan dah canggeh.. 

tempahan kedua untuk sicomel kawan adik.. mamanya tiba2 je nak tempah baju melayu.. fuhh.. dalam takut2 pun terima jugak.. dan dah siap dan dah anta juga kepada tuannya.. feedbacknye nak tempah lagi.. hahaha.. alhamdulillah...


Comel tak? Baju melayu teluk belanga.. untuk baby setahun lebih tapi berat 7kg.. macam adik jugak saiz badan nye.. masa buat ni ukur kat adik je.. hehehe.. baju melayu macam ni je la saya boleh buat.. yg cekak musang belum pernah buat lagi.. hehehe