Followers

Jumaat, 28 Ogos 2015

Mood Bercuti di hari bekerja

Tak semena2 tiba2 mood hendak pergi bercuti meronta2. Dah la dalam tengah2 bulan pulak tu.. aduh.. maklumlah lama tak pergi bercuti.. hehehe.. 

Setiap malam saya dok la mengugel tempat2 best dan yang penting yang kos tak banyak.. Mula2 plan nak pergi Gold Coast Morib.. pernah pergi sekali dulu memang sangat seronok. Anak seronok berendam kat water theme park dia.. ibu seronok berendam kat jakuzi private gitu.. hehhee..

Tapi kali ni plan pergi 2 family. dengan family adik encik centa hati. Yang penting pergi ramai boleh la save bajet sikit. maklumlah nak pergi tengah bulan kan.. tapi kalau dah kata pergi bercuti memang tak lah nak save sangat pun.. huhu..

Plan last minute.. Percutian 3 hari 2 malam. hari isnin - rabu. hari bekerja. hehe. kami sepakat memilih Port Dickson tempat percutian.. Menginap dekat mana? nanti saya cerita kat entry akan datang pasal tempat tu ye.. hehehe...

Kami pergi 1 kete.. senang.. kongsi2 duit minyak.. cut kos di situ.. hehe.. makan pun kami masak2 dari rumah untuk makan lunch lepas check-in tu.. saya masak nasi putih + ikan masak kicap + sayur campur + telur dadar .. Biras saya masak ayam masak kunyit + sambal udang petai.. kami makan lunch membawa ke malam.. jimat kan.. hehehe...

Gerak dari kajang pukul 12 tengahari sampai sana pukul 1 lebih.. try pergi kaunter check-in, diorg bagi check-in awal. pukul 1 lebih dah dapat masuk bilik.. syiookk..

Esok paginya saya masak nasi goreng.. opss.. biras saya bawak periuk nasi.. kami main masak2 kat situ.. sshyyy... hahaha..

Hari ke dua baru pergi jalan2 singgah makan cendol kat famous cendol power. memang terbaik la cendol dia.. takde gambar.. tak sempat nak snap gambar..


Gambar mereka berdua ni je ade.. hehhe.. kat sini makan cendol, coconut shake, goreng pisang, cucur udang, keropok lekor. memang sedap2 semuanya.. lepas tu order nasi ayam untuk adik ipar dengan budak kecik berdua ni. memang sedap. opss.. ibu rase sikit.. hhehe..

Malam tu balik main masak2 lagi.. biras masak nasi putih telur dadar ngan sardin. Pagi esok saya masak nasik goreng lagi.. hehehe.. Berjimat la jugak.. hehe.


Hari ke 3 baru jejak kaki ke pantai.. sangat lengang. takde orang pun. Selalu pergi nak pilih tempat pun susah. ni ikut la nak buat apa pun. memang takde orang pun.


Geram je tengok air tengah pasang. jernih je air dia.. tapi sebab masa sampai tu pukul 2 mcm tu.. memang tak la nak bermandi2an kat situ kan.. panas2 tu.. rugi2.. heheh..

Lepas tu kami jalan2 kat bandar PD. lepas tu pergi muzium tentera port dickson.




Tak banyak pun gambar yang dapat ambil.. susah dah sekarang nak ambil gambar si buah cinta tu. nak lagi ade geng lagi la susah.

kami gerak balik dari PD pukul 5 petang. Sampai Kajang pukul 6 lebih. Semua duduk kat umah saya dulu sebab tetiba buat plan nak pergi fun fair kat bukit angkat pulak.. hehhe..

Lepas maghrib bergerak gi makan dulu kat Restoran Perantau dekat sg ramal. Lepas habis makan baru ke fun fair.

Kat fun fair tu memang la tak boleh nak berjimat.. adoi doi doi...




Anak2 semestinya seronok. Bapak2 pun seronok jugak. encik centa hati dengan adik dia main kereta langgar tu dengan buaian pusing melayang2 tu haa.. ntah ape la name dia.. mak2 nye pulak ngikut je la.. hahaha..

Sampai umah balik dah pukul 11 malam lebih.. memang la sangat penat.. tetibe kan nak pergi bercuti last minute.. haaa.. gitu la dia.. apa2 pun memang sangat happy.. in shaa allah.. next entry saya cerita pasal tempat penginapan pulak.. 

2 ulasan:

Nak conteng2??? Sila laaa...