Saya fikir2 kat mana tempat yang best. sebab kami pun jarang pergi bercuti memang susah la nak fikir2 tempat yang best. Saya bukak website groupon tengok mana2 tempat yang 'murah'. hehe..
Pilihan saya mesti ade jakuzi / bathtub untuk saya dan water theme park atau kolam renang untuk si buah centa. Survey punya survey punya survey.. akhirnya saya pilih primaland PD resort. kat situ ade water theme park. mesti seronok si buah centa main air nanti. dia pun memang dah lama menyebut2 nak mandi kolam.. nak mandi kolam.. nak mandi kolam. tak pe lah walau takde jakuzi ke bathtab untuk ibu.. wuwuwuwuw...
sebab pergi 2 family saya pilih bilik yang ade 2 bilik tidur. kos pun nampak lagi murah dari pilih bilik sorang sefamily. 18hb8 hari selasa tu saya pun terus beli 2 voucher groupon tu untuk 2 malam. dalam hati was2 jugak sebab macam singkat je waktu nak booking bilikkan sebab kami pilih nak pergi isnin minggu depannye. tapi bila fikir hari bekerja mesti takde orang nye kan mesti boleh punya la.. hehe.. mandai2 je..
lepas dah beli voucher tu terus call resort tu. dia suruh email voucher groupon tu. saya pun email hari selasa tu jugak. sampai hari rabu takde reply pun saya terus call balik tanya. Petang tu baru dia confirmkan hari dan bilik booking. waahh.. bunga2 rasa hati.. terus wasap biras bagi tau siap sedia minggu depan kite pegi bercuti. haha.. semangat 2 orang biras ni lebih anak2 sbb diorg tak tahu apa pun kan. kalau tau mesti la lagi seronok.
Hari isnin pukul 12 tengahari kami bertolak dari kajang. sebab check-in pukul 3. tengok2 pukul 1 lebih dah sampai sana terus ke lobi. mereka bagi check-in awal.
Gambar bilik tak terfikir pun nak snap hari tu.. hehe.. ade 2 bilik tidur ber aircond, 2 bilik air, peti sejuk, pemanas air, meja makan 2 kerusi, tv, sofa kayu.
Pemandangan dari bilik kami. Tenang, sunyi lagi mendamaikan. Sesuaikan untuk bercuti. hehehe..
Lepas makan tengahari, solat zuhur, rehat2 jap, terus ke bawah sebab budak2 kecik dah tak sabar. mak2 pak2 budak lebih lagi tak sabar. 4 tiket dewasa dah termasuk dalam voucher groupon. anak2 kecil berdua ni percuma je.
Sebelum sampai ke kolam ni nampak la pulak jaring ni.. sibuk la si buah centa nak masukkan bola ke dalam jaring. bersungguh2 gitu.. Bila bola dibaling melantun kebelakang dia punya ketawa berdekah2. lawak la sangat.
Susah sangat sebenarnya nak ambil gambar si buah cinta ni. mood teruja masuk air tu susah sangat nak kawal. seronok sangat la..
Ibu pun terover seronok jugak.. hahaha.. alaa.. sekali sekali kan.. bukan dapat selalu. lagi pulak memang takde org langsung. cuma kami ber 7 tu.. apa lagi. enjoy sakan la.. ini tempat kami yang punya.. muahahaha...
Sangat suka main kat air terjun ni.. tapi si buah centa takut. "air ujan keras" dia kate. "sakit kepala adik".. hehhe...
Selain Gelongsor air kat kolam budak tu.. Gelongsor ni pun jadi kesukaan si buah centa. tapi yang ni dia naik ngan encik centa hati. punya la seronok pusing2. hehhee.. saya naik ni 3 kali je huuu.. seram campur gayat. hehe.. si buah centa berkali2 naik.. sampai je bawah dia ajak ayah dia naik lagi. sampai bawah dia ajak naik lagi.. hahaa.. yang tak daya nak naik tangga ke atas tu la yang penat.
Sangat seronok main air. 3 hari main air.. puas la si buah centa. sebab balik ni takde dah dengar dia sebut2 nak mandi kolam lagi. hehhee...
Memang seronok la pergi sini bagi orang2 yang tak suke bersesak ramai2. bnyak juga kolam air dia.. tapi sebab hari takde orang dia cume bukak yg tempat kolam budak tu ngan kolam terjun ni..
Tapi saya pergi ni hari orang bekerja la.. kalau hujung minggu atau waktu cuti umum.. tak tahu la camne.. ramai ke tak orgnya.. hehe..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nak conteng2??? Sila laaa...