Followers

Jumaat, 11 September 2015

Cubaan Menjahit Baju

Kisah sebenarnya saya dah lama tengok baju2 mcm gini orang dok share2 kat fb tu. Teringin sangat nak pakai. hehe. tapi macam tak yakin je kalau badan ni pakai. ok ke.. cantik ke. 

Dan saya paling lemah kalau beli baju readymade. memang selalu tak sesuai. boleh masuk tak situ, ketat kat sini.. elok kat sini.. ketat kat sana.. haishh.. memang susah. kalau nak beli baju online tu lagi la tak boleh. sedangkan baju depan mata pun ade je tak kene.. itu la sebabnya saya gigih nak buat baju sendiri.. kikiki...

Tibe2 terdetik idea buat kat adik dulu. kalau ok baru buat kat saya. takde la sayang dan bazir kain kan.. hehehe.. mula la projek saya memunggah kain2.. last2 jumpa kain pario yang berzaman punya. Dulu2 boleh la pakai.. skrg nak pakai mcm tak sesuai je lagi kain pario ni.. kikiki..

Dah jumpe apa lagi.. mulala projek saya.

Saya mula ambil ukuran adik. punya la sukenya kalau kite dok ukur2 dia tu, dia tau la ibu nak buat baju dia. hehehe.. Ambil ukuran panjang bahu ke tangan untuk lebar dan tinggi ambil untuk labuh baju.. lepas tu lipat dua. dan guna kapur kain buat bulatan 1/4.

Bila dah potong dia jadi gitu haa... lengan ikut suke nak  besar mane. hehee..
Ni bila dah bentang. Buat leher macam baju kurung je. senang dan mudah. hehe.. 
tarraaa.. dah siap dah.. kelepet je bawah ngan tangan tu.. tunjuk kan si buah centa sorang tu bukan main seronok la sangat.
kat bahagian dalam.. buat gini je. itulah dia bila takde mesin jahit tepi. susah sangat nak menjahit kalau takde mesin jahit tepi. kalau jahit simple2 gini boleh la buat kelim betawi gini je. kalau banyak bahagian tu memang susah la haa..

Bila la nak dapat mesin jahit tepi idaman ku itu.. huhuhu... verangan je la.. 

Ahaaa... itu aje.. sangat senang dan cepat membuatnya.. ok.. dah boleh cari kain untuk buat baju untuk diri sendiri pulak.. kikikiki...

1 ulasan:

Nak conteng2??? Sila laaa...