Hari isnin hari tu, lepas mandikan adik pagi tu terus je saya nekad tak nak pakaikan dia pempes. Selalu sangat tangguhkan tangguhkan tangguhkan, ntah bila akan boleh. Jadi memang terus pagi tu cakap kat dia, "adik. hari ni tak pakai pempes tau. adik nak kenc**g ke nak ber*k ke pergi bilik air tau".
Adik cam blur blur jugak. Nampak mcm dia tak selesa tak berpempes pun ada. tapi saya biarkan aje.
Hari pertama (isnin)
Setiap saat saya teringat saya akan tanya dia..
"adik nak kenc**g tak?"
"adik nak ber*k tak?"
"adik rasa nak kenc**g ke nak ber*k ke cepat2 cakap ngan ibu tau."
haaa gitu la antara ayat2 saya sepanjang hari pertama tu sampai dia naik bosan dan naik angin. hahaha..
tapi sepanjang hari tu sekali je dia membuang air kecil kat belakang kerusi. sebabnye saya pun tak pasti la. tapi sebelum tu memang dah tanya dia, dia jawab tak nak, tapi dia membuang jugak kat situ. huhuhuhu.
tidur siang saya pakaikan pempes. bila bangun memang ade basah kat pempes dia.. fuh selamat kalau tak kene jemur tilam pulak.. kikiki..
tidur malam pun saya pakaikan pempes.. tak berani amek risiko basah tilam.. huhuhu..
Hari kedua (selasa)
Hari ni saya kurang sikit bertanya dia. takut dia bosan dan naik angin macam semalam. hehe.. saya macam agak2 je. saya tanya dalam sejam ke dua jam gitu.
tidur siang semestinya saya pakaikan pempes. tapi sebelum tidur saya suruh dia pergi membuang air kecil dulu. bangun je tidur, tengok pempes dia kering. hehehe.. bangun tidur terus je laju dia gi bilik air.
tido malam juga saya pakaikan pempes. hehehe..
Hari ketiga (Rabu)
Hari ni saya dah kurang tanya dia. sebab saya sibuk menjahit jadi kurang fokus sikit kat potty training si kecik ni.. hehe.. tapi dia sendiri yang bagi tau nak membuang air kecil atau besar.
tidur siang hari tu saya terlupa nak pakaikan dia pempes. Tapi sebelum tidur saya dah suruh dia membuang air kecil dulu. Mujur dia tak membuang atas tilam. hehe. Bangun je tidur terus berlari ke bilik air.
Tidur malam pakaikan pempes. Ade basahan lagi kat pempes dia.
Hari keempat (khamis)
Saya langsung tak tanya dia apa2. Dia sendiri yang bagitau nak ke bilik air. Lulus.
tidur siang tak pakai pempes.. lulus. huyee.
tidur malam mesti pakai pempes. Basah lencun. huhuhu..
Hari kelima (Jumaat)
Sama macam semalam. Dia sangat berdikari. Bila sampai masa terus ke bilik air sendiri.
Tidur siang tak pakai pempes dah. Ibu dah yakin. hehehe.. Tapi sebelum tidur memang akan suruh dia pergi bilik air. dan bila bangun dia sendiri akan ke bilik air. Lulus.
Tidur malam mesti pakai pempes. Ibu tak yakin sebab sepanjang potty training pempes basah lencun bila bangun pagi.
Tapi bila bangun hari keenam pagi tu pempes dia kering. Bangun je terus ke bilik air. hehehe.. Lulus la jugak. hehee..
Hari ke Enam (sabtu)
Siang seperti biasa, dia sendiri pandai bagitau. ibu pun dah tak sibuk lagi hal kecil besar dia. kikiki..
Tidur siang tanpa pempes pun dah lulus. Dia terjaga dari tidur terus bagitau nak membuang air kecil.
Tidur malam pun lulus tanpa membuang air kecil. bangun pagi keesokkan dia membuang. pempes ibu masih terus pakai lagi waktu malam sebab takut juga dia terbuang air kan.
Dah dia tidur sekatil haa.. kalau dia membuang air tak pasal bergelumang bertiga dengan air tut dia.. kikikiki... makanya memang kene pakai pempes.. tapi dia dah lulus.
hari ketujuh (ahad)
Berjaga waktu siang - lulus
Tidur siang - lulus
Tidur malam - lulus
Result potty Training
Berjaya dengan cemerlang.
Huyeee.
Alhamdulillah. Anak ibu boleh. Ibu je yang tak berapa yakin. tapi nah itu resultnya. hehee.. kalau masih tangguh2kan tak tahu la sampai bila dia berpempes gitu.
3 tahun 3 bulan - Adik dah bebas lampin pakai buang. Ok. tahun depan boleh pergi sekolah.. hehehe... besar dah anak ibu rupenya dalam tak sedar.
hoyehhhh..yakin boleh..tahniah sarah..berjaya tanpa pampers..dah save sikit bajet disitu kan, ibu..hihi..
BalasPadamhehehe..
Padamalhamdulillah..
terima kasih untie fieza. hehehe..
tula fieza.. dapat la jimat sikit kat pempes tu haa. hehehe...
yeayy gud job adik!besar sangat dah iye tu..
BalasPadamInshaALLAH msti blh..
BalasPadam