Followers

Rabu, 30 September 2015

Tips Fesyen Terkini Wanita Bertudung

Tips Fesyen Terkini Wanita Bertudung

Semakin ramai wanita bertudung yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Bagi wanita yang bertudung, penting untuk anda menyesuaikan sesuatu rekaan pakaian dengan imej bertudung agar kelihatan sopan dan tidak keterlaluan. Ekoran fesyen Muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian Muslimah moden, berikut merupakan beberapa tips fesyen terkini khusus untuk wanita bertudung;

1.      Pakai Outerwear
Jika anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan t-shirt kegemaran anda, always remember to put yourself an outerwear. Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti cardigan, blazer, kimono top, dan sweater. Bergayalah ikut kesesuaian gaya anda!

2.      Pemilihan Warna

Tentu sekali anda tidak akan pernah salah apabila memilih warna hitam. Ia bukan sahaja menjadikan tubuh anda kelihatan langsing, warna hitam juga membuatkan penampilan anda kelihatan elegan. Selain hitam, anda juga boleh memakai pakaian yang berwarna pastel dan earth colour.

3.      Menutupi bahagian pinggul

Kini terdapat banyak koleksi blouse Muslimah modern yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita. Penting untuk wanita bertudung memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.

4.      Loose
 Get loose tops. Anda boleh bergaya dengan koleksi blouse Muslimah dan kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan loose yang trendi. Koleksi blouse ini bukan sahaja sesuai untuk anda gayakan bersama seluar, malah amat menarik untuk dipadankan bersama koleksi skirts labuh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak conteng2??? Sila laaa...