Followers

Jumaat, 8 Februari 2013

Perihal IJN Adik



Baru nak update cerite pasal TCA IJN adik hari selasa ( 5 feb ) hari tu.. Seawal pagi dah gerak dah.. sebab takut jalan jem dan susah nak dapat parking.. Selalu gi ngan hospital naik ambulans tak de la risau sangat.. ikut je dorg.. takde nak fikir jalan jem atau parking dah penuh kan..


Appoinment adik pukul 10.30pagi.. Sampai pukul 9.30pagi terus ayah ke kaunter pendafaran. amek no giliran. gi bayor deposit terus gi bilik 903 untuk timbang berat adik.. timbang2 berat adik 2.5kg.. Adik kalau timbang kat IJN ni, berat dia naik sikit.. walhal jumaat lepas timbang kat pakar kajang, 2.3kg je..

Dah timbang tu.. seperti biasa duduk la menunggu giliran.. berkurun jugak la.. kalau gi ikut hospital, sampai2 je tak yah tunggu giliran, dapat masuk terus.. hehehe.. takpe2.. sabar2.. adik pun tak meragam.. baik je.. tido je.. heemm.. kene dukung.. sedap la dia tido..

Pukul 11 baru no adik naik kat bilik 904.. berdebar2 jugak nak tahu apa pulak kate2 doktor hari ni..

Seperti biasa dan selalu la.. doktor akan tanya.. "baby macam mana?".. "baby ok ke dirumah".. "ada nampak penat?".. "ada nampak biru?".. "ada sesak nafas?".. "ada nampak luar biasa?" jawapan saya semua tidak.. huhuhuuu..

yelah.. sebab adik sekarang dah 100% minum ikut tiub.. memang tak penat macam selalu.. kalau dulu sebelum pakai tiub.. memang dia penat.. kejap dia hisap.. dia berenti.. tercungap2 termengah2.. sambung balik.. nak habiskan 50ml susu tu pun dalam sejam.. dgn peluh2 lagi.. kesian sangat.. diibaratkan macam kita berlari 3 pusingan padang.

Bila dah ber 'interbiu' tu.. doktor suruh baringkan adik.. scan tgk jantung dia.. kebesarannye lubangnye masih sama lagi.. adik baik sgt.. diam je masa doktor tu lalu2 kan alat scan+ jely tu kat dada dia.. sebelah tangan dia, pegang tangan doktor tu.. mate dia memandang la doktor tu tak lepas2.. pelik lak dia.. ape la org ni buat kat aku ni.. kekekeke..

Dah abes scan tu.. doktor tu pun dah print beberapa keping.. terus pergi bilik sebelah.. beberapa minit lepas tu.. datang doktor tu dgn sorg lagi doktor..

"keputusannya memang anak encik ni kene buat operation segera.. "

heeemmmmmmmmmm.. dah ku jangka.. memang itu la ayat akan keluar.. same seperti TCA yg lepas2..

"tapi masalahnye kuning dia masih terlalu tinggi. kene kene tunggu kuning dia turun dulu"

heemmmmmmmmmmm.. dah ku jangka jugak.. memang itu la jugak ayat akan keluar.. same jugak seperti TCA yg lepas2..

Kami balas dengan senyuman.. memang dah di jangka.. sebab TCA adik kat pakar hospital kajang, minggu lepas kuning dia naik ke 168 balik..

hati adik masih bengkak 6cm.. TCA lagi 2 bulan..

harap2 ade la sinar harapan kat situ.. harap2 kuning adik turun la bawah 100.. itu je yg membolehkan adik teruskan operation tu..


17 ulasan:

  1. kak ina.. akak da bawak adik ke perubatan alternatif? jumpe ustaz mintak air ke.. mintak doakan ke..

    BalasPadam
  2. terima kasih muumy adam.. warna warni kehidupan..

    BalasPadam
  3. fifi... ade bawak jugak.. gi ubat kampung.. homeopati pun gi jugak..

    BalasPadam
  4. semoga cepat sembuh ya adik...Aunty doakan semoga adik sihat seperti bayi lain juga...

    BalasPadam
  5. Semoga cepat sembuh ye adik
    Ina Haireina n suamai banyak2 bersabar ni semua dugaan dari ALLAH S.w.t

    BalasPadam
  6. Hi.baby sudah sihat?

    BalasPadam
  7. Hi.baby sudah sihat

    BalasPadam
  8. terima kasih semua..

    in shaa allah.. mudah2an.. cepat adik sihat..

    BalasPadam
  9. Hi.morning.bolehkah kongsi pengalaman?

    BalasPadam
  10. morning.. boleh saje berkongsi pengalaman bersama..

    BalasPadam
  11. Hi.my bb also hv hole at vsd.now three months aldry and refer ijn now.ur bb aldry do operations ?

    BalasPadam
  12. Ada kuning lg ye....

    adik...semoga cepat sembuh...acik doakan adik tau...

    BalasPadam

Nak conteng2??? Sila laaa...