Semalam adik pergi cek up Retinopathy of prematurity (ROP) dekat hospital serdang. Last dulu ade buat ROP bulan 10. Masa tu buat kat hospital kajang. adik masih di wad lagi. Ni bila dah keluar, diorg bagi appoinment suruh pergi sendiri ke Hospital Serdang.
Jadinya pagi2 lagi, kami dah berangkat ke Hospital Serdang. Pagi tak la pagi.. dalam pukul 7 juga gerak dari umah. Sampai je depan pintu besar tu.. tengok.. mak ai.. beratur kereta nak masuk.. festime pergi sini. tak tahu macam mane gaya nye lagi. kereta yg menunggu que nak masuk pun banyak.. yg dah tersedia ada kat parking pun penuh dah.. huhuhuu..
Masa nak amek pas pelawat tu.. terus je en. somi tanya guard tu Jabatan Oftalmologi. senang.. takde la nak tercari2 dgn kereta banyak ni. dia kate terus je sampai hujung ke klinik Pakar. kami pun dok la nengok signboard tulis klinik pakar. kang hujung2 kang tak tahu la hujung mane..
Bila nampak dah klinik pakar tu.. carik la pulak parking.. heemmm.. memang takde nye.. kete punye bersusun kat tepi2 jalan tu.. tetibe en. somi suruh turun kat depan klinik pakar tu. dia kate nanti takut parking jauh. nak jalan jauh panas2 kesian adik. daku terkial2 la baru nak bedung adik. amek beg adik. terus turun. dah turun tak tahu lak nak kemana. tak nampak pun org dukung baby. daku kalau sorang2 kat tempat yg tak biasa memang mati akal. tak tahu nak buat apa.
Daku pergi kat kerusi yg takde org.. area hujung2 nun.. memang kalau bawak adik sekarang ni.. kene lari jauh dari orang ramai. daku dok perati je org2.. org masuk ke mana.. kaunter punye la banyak.. ade 6-7 kaunter.. tak perasan cam tu la.. nak ke kaunter ke? tgk org2 yg ke kaunter semua nombor yang dah di panggil.. daku dok perati lagi org masuk ikut pintu besar tu kemana.. oOOOoo.. baru nampak diorg gi beratur amek nombor.. kekekeke..
Daku intai2 luar tak nampak pula kelibat en. somi.. ntah dapat ke idoknye parking. daku pk2 kalau tunggu nanti, takut lambat pulak dapat nombor.. makanya daku pun beratur la sama. terkial2 dengan tangan sebelah mencari surat appoinment tu. sampai je kaunter nombor tu.. tanpa banyak tanya, orang tu tekan nombor, dia suruh daku duduk dulu dan tunggu nombor panggil.
Daku gi la balik kat kerusi yg jauh tersisih dari orang ramai tu, baru je bape saat duduk, nombor daku dah di panggil.. aikk cepatnye.. oooo patutnye dorang asing akan nombor untuk baby dan warga tua.
Masa daku mendaftar nama adik, en somi pun sampai.. fuuhh.. lega rasa.. pas dah daftar dia suruh naik atas bilik 9.. Jabatan Oftalmologi ni.. ke kaunter pendaftaran lagi. tunggu dan tunggu.. dalam setengah jam.. nombor di panggil.. nombor lain yg ni.. tak pakai dah nombor yang kat bawah tadi.
terus ke bilik 82. jumpe doktor tu.. dia tanya serba sedikit tentang adik, dia nak titiskan ubat titis.. untuk besarkan anak mata. lepas 5 minit dia titis lagi. lepas tu dia suruh tunggu kat luar setengah jam. nanti dia panggil. masa kat luar badan adik dah mula panas. daku dah mula risau. adik memang gitu. kalau pakai ubat titis mata tu, mesti dia demam. daku risau takut2 bende lain terjadi. maklumlah time2 gitu. kalau kat SCN dulu takde la risau. doktor pakar ade je.
Dah setengah jam doktor tu panggil masuk balik. dia rase2 badan adik. terasa panas2 sikit. daku cakap dia kalau pakai ubat tu memang camni.. doktor tu pun kate.. memang kalau baby tak tahan boleh ade kesan. tu yang dia takut nak letak ubat tu banyak kat adik. lebih2 lagi kat laporan surat appoinment tu dah tulis penyakit2 adik2. risau jugak doktor tu, tapi dia kate tak boleh nak buat apa. memang kene bagi juga ubat tu untuk tgk anak mata dia.
Lepas dia nak tengok anak mata dah cukup kembang/besar. dia suruh keluar tunggu lagi. Bagi nombor baru pulak.. sabo je laa.. tunggu je laa.. lebih kurang sejam.. baru panggil masuk jumpe doktor lain. doktor tu tanya serba sedikit tentang adik. lepas tu dia suruh ikut nurse masuk bilik laser. daku masuk letak adik, pastu disuruh keluar. kejap tu doktor keluar suruh masuk amek adik, dan masuk balik bilik dia tadi..
Alhamdulillah.. syukur sangat2.. keputusannya mata adik normal.. perkembangan nya seiring dengan baby normal seusia dia 8 bulan. kate doktor untuk setakat hari ni keadaan mata adik normal.. walau lahir pramatang, tapi perkembangannya sama macam baby lahir normal. untuk dikemudian hari dia kata itu kemungkinan yang lain pulak. apa pun alhamdulillah. untuk hari ni mata adik ok. Next TCA setahun lagi.
Adik pun balik dah tak de mood. badan dah stat panas.. tapi malam tu lepas dah lap2 ngan air.. ok dah suhu badan dia..
Isnin ni adik ade appoinment ngan jabatan gastro, HKL pula.. debar2 rase..
salam kenal ina..
BalasPadamterima kasih sudi singgah blog akak..
dear, jaga baby elok2 yer..sabar byk2..
dah follow awk yer.tq
salam kenal kak wanie.. kakak ke ni?? hhehe..
BalasPadamIn shaa allah.. saya hayat di kandung badan.. saya akan menjaga dia sebaik mungkin.. anugerah terindah pemberian Allah swt..
terima kasih..
Smg adik membesar dgn sihat :-) Amin...
BalasPadamAamiin..l terima kasih..
BalasPadamcepat-cepat sihat ye sayang..doa auntie sentiasa bersama adik maisarah..
BalasPadammoga adik cpt sihat dan membesar dgn elok..aminnn..
BalasPadamalhamdulillah.. mate adik normal.. moge lepas ni semuenye normal.. cepat sihat sayang!~
BalasPadamsweetlikewhat : aamiin.. terima kasih..
BalasPadamnuyui : aamiin.. terima kasih..
BalasPadamfifi : alhamdulillah.. terima kasih..
BalasPadamadik sihat hari ni? aunty datang tgk adik..
BalasPadamsalam ukhuwah dan salam kenal dari bunda...moga dipermudahkan Nya segala urusan..
BalasPadam