Hari isnin lepas adik dah discaj bila doktor tgk adik dah tak demam dalam 48 jam. Minum pun macam biasa.. takde muntah sepanjang 6 hari di wad. PO/BO pun normal..
Al-kisahnye selasa tu bawak adik gi KK.. pagi tu siap2 kan adik, badan dia suhu normal je. macam biasa kalau ke luar kemana2 mesti akan bedungkan adik. takde la bedung sangat.balut2 gitu je. janji nampak berbedung. yg penting area kepala sebab adik tak suke pakai topi.
Sempat lagi mengelik sebelum kuar umah.. tapi adik dah meronta2 nak keluar. lebih2 lagi dah dengar bunyi enjin kete. di tolak2 nye badan kite ni nak lepas.. macam la dah pandai jalan tu.. sabo je laa..

Sampai KK cam biasa, gi amek nombor daftar dan duduk.. tunggu dan menunggu dalam sejam lebih jugak. Bila nombor adik naik kat bilik untuk timbang, daku cam biasa gi timbang adik.. berat dia 2.3kg. ade sedikit kecewa dihati. berat adik turun. masa nurse pegang adik, nurse bersuara, "eh, dia demam ke ni ?"
Daku cam pelik tgk adik. rase adik ok je, takde demam pun. terus daku rase2 badan adik. panas. emmm.. sebab bedung agaknye.
Nurse dah stat bebel. baby demam ibu boleh tak perasan itu ini bla bla bla dan bla. daku diam. masuk tingge kiri kuar tingge kanan. daku lebih risau kan adik. macam mane boleh demam. walhal pagi tadi ok je. dia pun senyap je dalam dakapan daku sepanjang hari ni takde meragam ke ape..
nurse cek suhu dia. hahhh amek.. 40c. lagi dan lagi nurse bebel. daku dah mula tak sedap hati. adik tak pernah suhu setinggi tu. daku gi ke singki basah2kan kepala adik, basah2 kan baju dia, habis basah kuyup. adik senyap sambil memandang daku.
Nurse suruh keluar tunggu dulu untuk jumpe doktor. daku terus gi ke en. somi bagitau adik demam. kene bawah hospital ni. sebab suhu terlalu tinggi. en. somi ajak gi sekarang. tapi daku kate tunggu jumpe doktor dulu. daku masuk ke bilik menyusu untuk salinkan baju adik. tukar baju shirt lubang2 dia. lagi pun baju gaun tu dah basah lencun.
tengah2 salin baju adik, nurse tadi tu datang tergesa2 suruh masuk jumpe doktor. daku pun cepat2 siapkan adik terus masuk ke bilik pemeriksaan doktor. doktor masukkan ubat sumbat kat buntut adik. dalam banyak2 rawatan utk adik, ni la paling melukakan hati bila tgk dia. doktor sumbat2 ubat tu dalam buntut adik. nampak sangat ubat tu terlalu besar untuk adik. nurse dah bising2 kate ubat tu tak muat masuk. doktor kate kene juga sebab adik terlalu panas takut akan tarik atau sawan. hampir menitis air mata daku tgk ubat tu berkesan darah. adik menangis semakin kuat. sakit mungkin. utk kebaikkan adik. daku terpaksa mendiamkan diri.
Akhirnya ubat tu berjaya masuk. 5 minit kemudian doktor cek lagi suhu adik. suhu adik dah menurun ke 38.5c. doktor terus tulis surat refer kecemasan.
siap je surat. doktor terus bagi dan suruh cepat ke kecemasan. takut suhu adik naik semula. kami pun terus ke kecemasan hospital kajang. suami turunkan daku betul2 kat pintu kecemasan dan dia terus berlalu mencari parking. baru nak buka mulut kat kaunter kecemasan. daku digesa suruh masuk duduk disebelah kaunter.
Mungkin beliau risau dan kesian tgk keadaan adik dalam keadaan cuaca yg panas. daku ditanya serba sedikit dan petugas tu tulis sesuatu kat kertas kaler hijau. terus dia bangun dan ajak daku ke belakang. sambil dia menyuruh seorg kawan dia daftar kan. Alhamdulillah. disaat itu Allah permudahkan urusanku.
Duduk la daku seketika kat wad kecemasan. macam2 pesakit ade. ade yg kaki patah. ade yg baju penuh darah. eksiden mungkin. kejap tu daku di tegur oleh nurse. Nurse SCN dulu dah ditukarkan ke wad kecemasan. Alhamdulillah. mudah lagi urusan ku. Dia yg uruskan adik. bagi adik katil, amek darah adik, dan sebagainye.
Datang pula doktor. doktor cek buku adik dan surat dari KK tadi terus cakap kat daku " Intan pernah masuk SCN kan?". laju2 daku mengangguk. Alhamdulillah.. mudah lagi urusanku. Sebab doktor tu pernah jaga kes adik kat SCN. banyak yg dia tau tentang adik. cume dia tanya serba sedikit je bila adik demam. ade muntah ke tak.
Adik kene on oksigen. sebab lekuk kat bawah dada adik kelihatan dalam dan nafas adik laju.
Pukul 5.30 petang terus adik dihantar ke wad kanak2. Mereka tak masukkan adik ke SCN lagi sebab adik dah besar. lagipun SCN penuh waktu tu. ade kes baby kuning kene hantar ke hospital serdang.
Bermulalah kehidupan adik di wad. daku pun cam ala2 jakun la jugak. sebab festime masuk wad situ. adik dapat katil baby yg berpagar 4 segi tu. mende pertama dalam otak daku.. camne nak tido malam ni. daku dah terlalu letih dari pagi ke ni tak letak2 badan lagi.. hehehhe..
Malam tu cam biasa la.. adik kene amek darah lagi. dan seperti biasa cari line branula.. cari2 dapat kat kaki. adik kene on antibiotik dan ubat jantung secara IV. masuk ikut drip branula. antibiotik tu sebab adik dah disahkan kene jangkitan kuman kat paru2. sebab tu demam adik tinggi memuncak. doktor tanya ade ahi keluarga yg demam? daku kate takde. tapi jumaat dan isnin memang keluar ke hospital serdang dan hospital KL. senangnye doktor cakap. " haaaa.. dapat dari situ la tu".. daku sengih je la. memang sentiasa risau kalau bawak adik keluar. doktor dah pernah cakap, selagi dia tak buat operation jantung. memang terlalu mudah dia kene jangkitan. ditambah lagi dengan kelahiran pramatang yg kekurangan antibodi. heeemmm.. diluar kemampuan ibu adik. ibu dah sedaya upaya buat yg terbaik utk adik.
Line kat kaki adik tu sempat tahan sekali gune je. pastu bengkak dah. huhuhuu.. malam tu bertungkus lumus doktor mencari.. dapat kat tangan pulak.
Tengok tu.. beria benar la dia menunjukkan tangan berbalut dia tu. pelik sangat agaknye dia rase tangan dia besar cam tu.. berat agaknye.. tak abes2 dia tunjukkan tangan dia.. kesian pun ade.. rase nak gelak pun ade.. mane taknye.. setiap saat bila saya memandang dia.. dia akan tunjukkan tangan dia tepat2 ke muka saya. hehehe..
kat tangan tu dapat la bertahan dala 2 hari lebih.. pastu bengkak lagi.. dan doktor teruskan mencari lagi line tapi tak jumpe.. dos kol 12 dah tertinggal. paginye HO cari pukul 5pagi.. keluar2 doktor geleng kepala tak juumpe. kaki kiri kanan bertampal. pukul 6 pagi HO lain pulak datang carik line adik.. keluar lagi.. geleng2 pale tak jumpe.. tangan dan kaki adik bertampal. pukul 8 pagi.. MO usaha pula carik.. heemm.. tak jumpe jugak.. last2 buat keputusan. antibiotik adik ditukar kepada ubat makan.
Adik kat wad tak banyak ragam pun.. bila badan dia dah terasa sihat. dia pun asyik tido je la. sampai boring ibu tak tahu nak buat apa. cume masa malam pertama dan kedua je adik tak tido.. nangis je..
Waktu ni ayah dia datang melawat. hari ke 3 dia di wad. hari selasa masuk. hari rabu ayah tak datang. hari kamis malam tu baru ayah datang. sebabnye ayah dah banyak sangat cuti. jumaat cuti gi hospital serdang. isnin cuti gi HKL. selasa plan amek haflday je nak gi KK. bila dah kene admit jadi la full day. jadinye rabu keje la sampai lewat malam. kamis pun keje. malam tu dapat rundingan baik dengan guard dapat la masuk kejap. suke la dia dapat jumpe ayah. terus nak dukung. manja bebenor ngan ayah nye tuh..
adik off oksigen pada hari ke-5 di wad. Alhamdulillah lega rasa. adik tu tak suke dgn oksigen tu. kejap2 di tariknye.. org pakai kat hidung.. dia pakai atas hidung. sabo je lee..
Tu tengok tu mane letakknye lubang oksigen tu.. dengan tiub minum dia tercabut. ni daku perasan daku tengah syok baca novel. dengar dia bersuara2. daku pandang sesekali je kat dia. ape la dia nak sembang. tapi sebab daku syok sgt layan novel tu. tangan sebelah daku je kat badan dia. mate tetap kat novel. last2 tgk dah jadi gini. dia memang gitu. kalau dia ajak sembang kite tak layan, mesti dia akan buat sesuatu. yg ni dia tarik dia punye tiub minum.. terus terlepas novel dari tangan daku tgk dia gini.. aduyai.. sebabnye nak masukkan tiub tu bukan senang. semua nurse pun ngelat nak masuk tiub ni kat dia.. huhuhuu.. sabo je laa..
ni gambar last kat wad. suke sangat la.. senyum dan gelak tak henti.

Ni dah kat umah. waktu bagi minum. tapi seronoknye la.. gelak2 ngan ayah dia.. hehehe..
Buat tetamu dunia ina haireina yg sudi mendoakan kesihatan adik, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas keikhlasan hati kalian. hanya Allah saje yg dpt membalasnye.
kesian kat adik...sayu je baca cerita akak ni.....semoga adik cepat sembuh....
BalasPadamaamiin.. terima kasih..
PadamMoga adik sentiasa sihat ye... jgn demam lg ye? :)
BalasPadamaamiin.. mudah2an.. terima kasih..
PadamYeayyyy..maisarah dh kuar spital..suka dia..mesti la suka,x besh duk spital..asik kena cucuk tang sana,cucuk tang sini..hehe..
BalasPadamhehehe.. tapi tgk dia lagi suke dok spital.. ramai melayan.. kat umah ade ibu ngan ayah je.. ngeee...
Padamakak.. fifi tido je dalam baby coat tu mase malam pertame dan kedue.. tapi sakit badan sikit la.. kecik je katilnye. nak tidur asing risau..
BalasPadamhehehe.. tu laa.. akak tido jugak.. tapi maisarah ni dekut sikit.. tak bagi tido sama2 ngan dia. hehehe..
Padamsian dia,demam yea...urm..ehh tp suka lah tgk dia senyum gelak2 mcm tu..hikhik ;)
BalasPadam-aunty sentiasa doakn adik sihat sentiasa ;) Amin
Aamiin.. terima kasih..
Padamsebak sangat baca..anis tak boleh baca pasal baby asyik kena cucuk jer..cari urat darah tak jumpe..kesian sangat adik..tahla..kalau anis kat tempat ina..anis taktaulah anis boleh sekuat ina..bertabahlah..insyaAllah ade hikmah disebalik semua ni..anis sentiasa doakan adik sembuh dan dpermudahkan urusan ina dan suami..
BalasPadamIn shaa allah.. mudah2an.. terima kasih..
Padamkesian tgk kck2 dah kena hadapi dugaan mcm ni..moga bby trus kuat..
BalasPadamamiinnn..
sedih yui bc kak =(
AAmiin.. terima kasih yui..
PadamAdik kena pneumonia ke ina?faiq dulu pun kne pneumonia.. Siap masuk ICU..huhu..memang jaga baby pramatang ni kne banyak sangat bersabar dan bertahan. Harap semuanya makin ok dan adik sihat seperti biasa... Amin..
BalasPadamP/s : katil tu muat kot utk ibu2 bersaiz sederhana..ytp sesetengah nurse marah kalo tido dlm tu. Fa tido je kadang2.. Haha.
aah fa.. sebelum tu gi HKL.. kene kat situ ke.. tak tahu la..
Padamyui sggh mlm ye kak.
BalasPadamSila2... heheh..
Padamsedih plak baca cerite ni ..kesian tengok baby sakit, kecik lagi dah kene cucuk sane sini ..masa Adriana kecik dulu, pon selalu doc amik darah sebab jaundis, rase nak tumbuk doc tu ..sampai hati die buat anak mama nangis ..huhu tumpang sedih utk adik jugak ..huhuhu
BalasPadamnak buat camne kan.. kalau dah itu utk kebaikkan dia.. walau nampak seksa..
Padamadik... tabahnya mama ngan ayah awak ni. kagum!! Ya Allah permudahkan la urusan adik sekeluarga....
BalasPadamAamiin.. terima kasih...
Padamadik da sihat kak ina? moge adik bertambah sihat.. moge masalah jantung adik dapat diselesaikan dengan segere..
BalasPadamAlhamdulillah.. adik sihat.. mudah2an.. aamiin..
Padamalololo cian nye...semoga adik cepat sihat dan baik ye :)
BalasPadamAamiin.. terima kasih..
Padamadik cp sembuh ye syg.sedih aunty.
BalasPadamaamiin.. terima kasih..
Padamyui sggh sni..tiap kali tgk gmbr sedih yui rasa..moga cpt sihatnya adik..amiinn.
BalasPadamAamiin.. terima kasih yui..
Padamadik.. adik sihat hari ni? aunty datang melawat..
BalasPadamadik sihat.. terima kasih aunty.. :)
Padamtiba2 sedih saya....
BalasPadamsaya doakan adik...
Terima kasih.. :)
Padamsemoga adik cepat sembuh ...
BalasPadamoh yaa.. lisa pernah beli susu al khisbun dengan kak ina akhir tahun lepas rasanya ...hehe... neway, salam kenal...
Aamiin.. terima kasih..
Padamterima kasih beli ye.. :) salam kenal..
Nak mintak email add @ contact no bole?
BalasPadamAwak email saya kat ayudzul@yahoo.com ;-)
Adik cepat sembuh ok..! Aunty doakan adik sihat selalu..
dah email.. :D
Padamaamiin... terima kasih..
semoga adik cepat2 sembuh.untie nurul doakan.amin..salam kenal dr blog mama vogue=)
BalasPadamaamiin... terima kasih..
Padamsalam kenal.. :)