Followers

Ahad, 30 Ogos 2015

Rumah Terbalik Port Dickson

Sambung lagi cerita pasal cuti2 hari tu. hehe.. tetiba mood rajin untuk update blog pula dah datang. baik update cepat2. hehe..

Hari ke2 kami berjalan pula ke Rumah Terbalik Port Dickson. Selalu tengok orang dok post2 gambar kat facebook. Teringin juga nak pergi melihat sendiri. Semalam masa dalam perjalanan ke resort ada nampak signboad rumah terbalik ni. Jadi senang terus pergi je tempat tu.

Harga tiket masuk sini RM15 untuk dewasa. Untuk budak berdua ni tak kene bayar. kalau tak salah bawah ketinggian 90cm percuma.. kalau tak salah saya lah.. kalau salah maaf ye.. hehehe..


kat sini banyak juga ambil gambar. Orang yang jaga tu tolong ambil. Syok juga dalam ni. tapi si buah centa sangat ketakutan bila tengok semua benda terbalik. dia melekat aje sentiasa sampai asyik nak berdukung.


Kat sini pekerja sana tunjukkan demo macam mana nak posing dan cara ambil gambar. 


Memang susah nak ambil gambar si buah centa sebab dia memang peluk ibunya kuat2. bila bergambar dengan sibuah centa ni agak kaku sikit. hehe.. tapi ibu layan kan jee... kikiki..









Lawak pula tengok gambar ni.. memang si buah centa melekat aje... tak boleh nak berenggang langsung.. takut betul dia nampak semua perabot2 melekat kat atas.. hehehe..











Layan gambar2.. hehe.. 

Sejam lebih juga kami dok dalam ni. orang lain yang masuk lambat dari kami pun dah keluar, kami tak keluar2 pun.. kejap ke sana kejap ke sini. dah amek gambar tak puas hati, gi amek lagi.. haha.. sabar je laa..

Apa pun enjoy sangat dapat bercuti. 

Nak bercuti lagi tak tahu la bila. kene mula menabung balik. hehehe..




1 ulasan:

Nak conteng2??? Sila laaa...