Followers

Rabu, 24 September 2014

Tempahan Baju Kurung Kanak-Kanak

Assalamualaikum..

hehehe.. gelak dulu..
dah berkali2 taip.. berkali2 backspace.. hahhaa.. susahnya nak buat karangan pendahuluan.. 

saya sekarang ni sangat la sibuk.. tapi tak tahu la apa yang sibuk sangat.. tadi dok baring2 sambil nak tidokan cik buah centa sambil menyembang kat grup wasap.. tetiba ada sorang cakap eh.. ahad depan dah raya. saya macam haaaa?? raya.. bukan 3 minggu lagi ke??? hahahhaa.. punya la ketinggalan.. aduhai...

raya2 ni ramai la yg bertanya saya amek tempahan ke baju kurung.. jawapannya.. iaaa.. saya amek.. itu la duit soping saya..hehehe... yelakan.. dah tak keje ni.. sob sob sob..

tapi dalam banyak2 ramai yang minta saya jahitkan baju kurung baby. saya ok je.. rezeki kan takkan nak tolak.. musuh jangan dicari. In Shaa Allah saya boleh buatkan.. dan kawan2 yang jauh pun macam sedih2 jauhkan.. macam mane nak tempah.. aduhai kawan.. zaman nak canggeh.. zaman IT kan.. semua boleh online.. pos kan aje.. mesti sampai.. bank in online pun banyak.. ngeeee.. sila2 sesape nak tempah baju baby.. setakat ni paling kecik baby saya buat baby 3kg baby pramatang 5 bulan.. baby fullterm paling kecik 3 bulan.. wah gitu.. 

sape2 nak tempah baju.. nak tanya ke ape ke.. boleh la wasap saya ye.. 
014-7137311... contoh2 baju tengok kat SINI... hehehe...

sekarang ni saya ada projek baru.. ahakss.. projek la sangat.. nanti kalau dah jadi saya bagi tau.. tungguuuuuuuu....

Ahad, 14 September 2014

Cubaan Meroti





Gambar dulu.. hehehe..

Hari ni dari pagi ujan je.. memang syok le bergulung dalam selimut sejuk2 ni.. en. centa hati pas subuh dia sambung tido kat sofa ruang tamu. konon tak nak tdo. saya dok sambung tido dlm bilik ngan adik.. ffuuuu nyaman sungguh tdo dengan ujan lebat tu..

Saya sedar lepas adik kejut2 kan nak susu.. "buuu up up up.. nak tutu (susu)".. saya meraba2 mencari henpon tengok dah pukul 9.30 pagi.. hahahha.. itu pun ade rase nak sambung balik tu.. tapi adik dah dok up up up.. kene la bangun.. hahaha... tgk centa hati syok tdo. adik terus pergi kat ayah dia.. "ayah.. up up up".. abes semua org dia suruh bangun.

dah bangun masing2 dok termenung depan tb. centa hati kate. "ujan2 ni syok betul dapat makan nasi lemak buatan sendiri".. heemmm... saya pun mula kedapo tang tung tang tung bernasi lemak.. aleh2 pukul 11 lebih baru siap.. kira makan untuk sarapan + tengahari sekali la tu.. hehehe..

Dalam pukul 3 gitu.. teringin pulak nak buat roti.. resepi lama dah simpan dalam henpon. tgk bahan2 semua ada.. saya pun mula nak meroti.. jarang2 sgt buat roti ni.. dulu pernah sekali buat 2 ke 3 tahun lepas ntah sekali.. hahaha...

ok.. jom layan resepi roti ni.. best jugak.. saya lupa la siapa punya resepi. sebab main save je dalam henpon.. minta halal ye tuan empunya resepi.


Roti Manis

Bahan2
1 cawan air suam
1 paket yis
4 sudu gula
2 sudu susu pekat
2 sudu majerin

Campurkan semua. Biarkan selama 10 minit atau sehingga berbuih.


1 biji telur

dipukul dan dimasukan kedalam campuran yg telah berbuih tadi.

4 cawan tepung.

masukan bancuhan yis perlahan2 dan sedikit demi sedikit kedalam tepung. Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.


rehatkan doh sehingga membesar 2 kali ganda.


Tumbuk2 doh dan uli sebentar untuk mengeluarkan angin. dan kemudian boleh lah dibentuk mengikut citarasa masing2.. 

boleh buat bulat2 masuk dalam loyang.. tabur bijan ke.. letak cheese ke.. 
kemudian dibakar dengan suhu 180c dalam 30-40 minit mengikut tahap oven masing2. bila dah masak sapu mentega masa panas2 tu.

itu resepinye..

tapi saya buat lain la pulak.. kikiki.. tau je la.. saya kan memang suka menderhaka resepi.. ya ampunnn....

saya buat ada mcm2 bentuk.. untuk adik buah cinta kami tu.. saya bulat2 kan letak slice cheese dalam dia.. masak dalam pemanggang ajaib..


untuk kami berdua.. saya letak sosej.. buat bersama dengan centa hati.. haha.. bergotong royong meroti kami petang tadi.. kikikiki...


centa hati tengah mencoba memasak roti.. kikiki.. seperti biasa.. buah centa ni memang jadi penghuru hara.. haha.. 


Masak dalam pemanggang ni lagi senang.. memang ajaib sungguh lah.. hehhe.. oven saya tu kecik je.. boleh buat 1 je piza tu.. jadi nak cepat.. pakai oven.. pakai juga pemanggang ajaib ni.. senang.. hasilnye sama je.. cume kalau pakai pemanggang ni kene selalu jaga api.. jangan  dok leka buat keje lain.. hangus nanti.. heheh..


dah siap.. makan dengan air teh 0... fuhh.... hahah...

ok.. daaaa... 

Soy Al-Khishbun Plus

RESEPI RAHSIA KEMANTAPAN WANITA
FORMULA LENGKAP UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA


Soy Al-Khishbun Plus merupakan formula gabungan herba Arab yang pertama di Malaysia yang dibuat khusus untuk wanita. Soy Al-Khishbun Plus merupakan gabungan istimewa tepung kacang soya yang berkualiti tanpa kulit yang cukup terkenal dengan manfaat dan nutrisinya.

Diperkaya dengan Bee Pollen Al-Dahabiyah yang merupakan serbuk sari bunga jantan yang  mengandungi supplemen yang paling lengkap berbanding hasilan lebah yang lain dan berkhasiat dalam meningkatkan sistem kekebalan badan terhadap penyakit

Bapa Ilmu kedoktoran Hippocrates dahulu telah mengunakan bee pollen sebagai ubat untuk memerangi pelbagai penyakit. Bee Pollen telah menjadi penawar kepada 500 jenis penyakit sejak dari pemerintahan Egyptian, Roman dan Greek lagi. Dahulu ianya dikenali sebagai gelaran “Food of the Gods” kerana kehebatannya.

Resepi Rahsia Soy Al-Khishbun Plus yang mengandungi sumber kolagen paling lengkap bagi memperkuat dan meremajakan sel-sel tubuh dan awet mudaDiperkaya dengan serbuk Delima Taif yang mengandungi kandungan flavanoid dan kadar antioksida yang tinggi yang setara denga teh hijau dan menjadi simbol kecantikan dan kesuburan. 

Ratu Cleopatra dan Ratu Nefertiti (Ratu pada zaman purba) yang terkenal dengan kejelitaannya telah menggunakan Habbatus Sauda dan ramuan rahsia dari campuran herba timur tengah untuk menjaga, merawat dan mengekalkan kecantikan mereka.
  
Menjaga kelembapan dan meningkatkan metabolisma kulit dan mencegah kerosakan kulit akibat dari sinar UV serta menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta melambatkan proses penuaan.

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, Soy Al-Khishbun Plus terbukti dapat memperbanyakkan air susu badan sekaligus mengemaskan rahim dan organ dalaman wanita untuk kembali kepada kondisi asal.  


 Di antara khasiat Soy Al-Khishbun Plus adalah:-
1.Memperkemaskan dan mengecutkan rahim
2.Membina dan membersihkan rahim (selepas bersalin  haid)
3.Mengecut dan menyempitkan otot faraj
4.Menguatkan otot faraj dan sistem kemutan
5.Membantu mengatasi masalah senggugut dan rengat
6.Memperbetulkan perjalanan haid
7.Menghapuskan keputihan, gatal-gatal dan bau faraj
8.Memperkemaskan otot perut dan payudara
9.Membantu merawat luka bersalin dan pembedahan
10. Membuang angin dalam badan serta menghilangkan sebu perut
11. Menghilangkan sakit-sakit badan dan sendi
12.Menjadikan badan kembali langsing
13.Menambah kolagen dalam badan dan awet muda
14.Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
15.Memulihara badan agar sihat, segar dan bertenaga


FAKTA KANDUNGAN HERBA
SERBUK DELIMA TAIF
Buah delima mengandungi kandungan flavanoid dan kadar antioksida yang tinggi yang setara denga teh hijau. Menjadi simbol kecantikan dan kesuburan bagi pengamal perubatan herba sejak beratus tahun dahulu lagi. Kandungan tannin yang tinggi pada delima ini tidak hanya aktif sebagai aktibakteria tetapi juga digunakan sebagai menangkal gangguan menopause. Delima mengandungi fitosterol yang mampu menjaga kelembapan dan meningkatkan metabolisma kulit. Ianya juga mencegah penuaan kulit akibat dari sinar UV serta bertindak menurunkan kadar kolestrol di dalam badan.

HERBA CAMPURAN DARI TANAH ARAB
Rasulullah saw bersabda “Sekiranya umatku tahu akan kelebihan helba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan timbangan emas” (Book of Sufi Healing ms. 58). Herba Campuran ini mampu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Merupakan antara ramuan ubatan yang tertua di dunia. Campuran herba arab ini mampu melancarkan haid, menghilangkan senggugut, dan sering digunakan di dalam amalan kuno tabib China untuk perubatan dan kecantikan. Zat paling lengkap untuk menjaga keseimbangan dan normal tubuh manusia. Mampu melambatkan proses penuaan dan membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin. Ianya mampu meningkatkan stamina, menambah darah, memelihara ketegangan jasmani dan rohani.

HERBAL AJWA
Herbal Ajwa mengandungi sumber kolagen paling lengkap bagi memperkuat dan meremajakan sel-sel tubuh dan awet muda. Dalam urusan kulit, berpengaruh positif dalam menjaga kesihatan kulit, mencegah dan mengatasi jerawat, gatal-gatal, infeksi kulit dan gangguan pada kulit. Ia juga mampu merangsangkan rembesan dalam kelenjar-kelenjar tubuh badan manusia sebagai tanda-tanda pemulihan aktiviti seksual dan tenaga batin.


HABBATUS SAUDA
Habbatus Sauda adalah biji hitam yang telah digunakan ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara luas oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai penyakit. Biji habbatus sauda mengandung crystalline nigellon dan arganine, sebagai penstabil sistem imunisasi badan. Selain itu kandungan karotinnya mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab kanser. Jenis habbatussauda yang paling baik untuk perubatan ialah yang di tanam di Syria dan di Mesir. Ianya mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang membantu kesihatan dan menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai pemakanan tambahan. Bahan-bahan dalam habbatus sauda saling bekerjasama dalam memberi kesan holistic (holistic effect) dan menyokong antara satu sama lain dalam proses penyembuhan semulajadi. Habbatus Sauda mengandungi Omega 3, 6 dan 9  dan merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak serta sangat berguna untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan akal.


Harga : RM60 termasuk pos kesuluruh Malaysia
boleh hubungi (sms/whatsapp) : 016-3431303

Khamis, 11 September 2014

Udang Goreng Butter

saya ni kalau bab nak memasak memang selalu pening.. buntu tak tahu nak masak apa.. kadang2 2-3 jam sebelum nak masak tu.. dok la mengugel gamba2 masakan.. wasap kawan2 tanya "eh.. kamu masak ape hari?".. hahhaa.. naik bosan dah agaknye kawan2 kat wasap tu saya dok tanya hari2.. kikiki..

al-kisahnye dalam peti ais tu ade la udang. udang dah 2 ke 3 minggu dah dok bertapa dalam peti ais tu. asyik nak bertangguh je kalau masak udang. sebab en. centa hati tak makan udang.. kang dia gatal2.. tu yg susah sikit nak masak tu.. tapi hari ni saya masak jugak untuk saya.. untuk en. centa hati saya masak kan lemak cili api ayam. 

Puas jugak la dok mengugel resepi.. dah penat gugel2 tapi masak ikut suke hati je.. memang jarang sangat saya masak ikut resepi.. hahaa.. asyik menderhaka resepi je mane la nak jadi kan.. kikikikiii... heemmm... gune brg yg ade je kat umah..

sape2 yg mcm saya tak tahu nak masak apa.. meh masak udang goreng butter yg semestinye sesimple abes... 


RESEPI : UDANG GORENG BUTTER
OLAHAN : Dapur Ina haireina
SUMBER RUJUKAN : Azie Kitchen

Sarang Telur
2 biji kuning telur
1 senduk butter
2 senduk minyak

Pukul kuning telur.
Panaskan butter dan minyak. Bila minyak dah panas, kacaukan minyak dengan senduk secara bulatan yang sehala tanpa henti.
kemudian tuang telur perlahan sambal mengacau minyak tanpa henti. kacau secara menbulat sehingga telur masak berwarna keemasan.

Udang:
Udang
garam
lada sulah

gaulkan udang, garam dan lada sulah. dan goreng sehingga udang masak. 

bawang putih - dicincang
daun kari
sedikit butter untuk menumis
garam

Panaskan butter. tumiskan bawang dan daun kari sehingga naik bau wangi. masukan udang yg digoreng tadi dan perasakan dgn garam.

dah siap. masukan dlm mangkuk hidangan dan taburkan sarang telur tadi. siap.. dah boleh makan..


hehehe.. ini resepi ringkas saye.. bila gugel mcm2 jenis resepi ade.. kalau nak pedas boleh letak cili. saya tak letak cili sebab nak bg si kecik tu makan sekali. ade juga yg letak susu.. saya tak letak susu.

ok.. sampai sini saje resepi saya.. hehe.. lama dah tak share menu masakan.. hehe..

Ahad, 7 September 2014

Kid's Paradise, The Mines

Dah lama teringin nak masuk tempat2 macam ni. tapi masa tu adik kecik sangat lagi. ni bila dia dah pandai jalan.. pandai main baru rase macam best kan bawak dia masuk. tapi selalu teragak2 nak pergi sebab rrase macam mahal sangat je nak masuk tempat2 macam ni. 

Paling dekat kat umah ni kat Metro Point ada. My Kids Playground. tengok dari luar nampak sangat menarik. tapi tak pernah pergi lagi.

Ni pertama kali bawak adik main2 ni kat Kid's Paradise kat the mines. mase tu ade halfest. nak gi halfest pergi la sekali sini. adik mase tu baru baik demam saje nak bagi dia hapy.



Masuk hari sabtu tu RM38. Ok la.. masuk kami bertiga. ingatkan mahal sangat sampai nak beratus ke.. hhahhaha.. nak masuk situ kene pakai stokin. mase tu kami tak bawak pun stokin. yela pertama kali takde pengalaman pergi tempat2 macam tu kan.. ok lain kali nak pergi dah tahu dah. hehee..

masuk2 je dalam tu adik macam .......... haaaaaa banyaknye menan.. tak tahu nak main yg mane.. seminit dia pergi sana.. seminit dia pergi sini.. seminit pergi lain balik.. tak tentu arah dibuatnya. punya la seronok dan penuh keterujaan.. hahaha. dengan ramai kawan2 lagi.. 



Tapi tapi tapi nampak ayahnye sama naik seronoknye dalam tu.. hahahaha.. saya pun dok join jugak main 'pasir' dalam tu.. hahahaha... yelaa.. dah tua2 ni baru jumpa suasana yg macam tu kan.. mase budak2 dulu takdenye semua tu. 



lama juga la kami dalam tu.. bila ajak adik balik dia tak nak.. dia lari2 pergi tempat lain.. sampaikan mase tu ayah dia dah dukung dah dia. saya dah pergi nak amek kasut dia.. pusing belakang tgk dia berlari masuk dalam balik.. selamber aje sikecik tu.. sabar je la.. lepas tu terus dukung dia pakai kan kasut terus tak toleh belakang dah.. jalan terus keluar.. kikiki.. kalau tak maunya dia mengamuk...


Gambar ni kelakar. dia memang susah tau kalau nak amek gambar dia. dia dia senyum ni sebab......... dia dok peace peace peace kat kamera sebelah.. ade baby tu ayah dia nak amek gambo anaknye.. adik pulak yg dok sengeh2 sambil sebut peace peace peace kat enpon ayah baby tu.. haishhh.. malu aih...