Followers

Isnin, 17 Oktober 2011

~ Ketam Bercili Kentang

Assalamualaikum.... Hai kawan2... kawan2 apa kabar?? sihat ke?? saya tak berapa nak sihat la sejak beberapa hari ni.. mula2 demam.. pastu selesema.. dan sekarang batuk2 pulak..bangun pagi tadi suara dah serak2 ala2 ramli sarip pulak.. huhuuuuuu...

Sepanjang hari tadi saya dok lepak je.. takde buat apa2 pun.. takde mood nak buat keje.. dgn selesema batuknya.. aduiyaii... (hurrmmm alasan belaka je semua tu.. dalam erti kata sebenar malas) yesss.. 

Pukul 8 tadi baru la stat ke dapo.. intai2 bahan dalam petiais untuk makan malam ni.. al-maklum laa jap lagi en. suami nak balik.. agaknya kalau en. suami balik pukul 2 3 pagi..pukul 1 pagi agaknya barula terhengeh2 nak masak.. hehehe.. ish ish ish...

Meh nak tayang ketam saya ni.. hehehe...
Tapi tak nampak pulak ketamnye.. dah kene hempit2 ngan kentang ngan bawang tu.. hehehe..

~Ketam Bercili Kentang~

Bahan-Bahan

5 ekor ketam
2 biji kentang ( dihiris)
1 biji bawang besar (1/2 dikisar , 1/2 dihiris)
4 biji bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
4 sb cili kisar
3 sb sos cili
1 sb sos tiram
air asam jawa
garam secukup rasa
serbuk kunyit

Cara-cara
Ketam di gaul dengan garam dan kunyit.
Goreng ketam hingga masak. Ketepikan.
Goreng kentang hingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
Masukan air asam.. tunggu hingga mendidih..
Masukan sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam.
Masukan bawang hiris. Masak sehingga bawang separuh layu.
Masukan ketam dan kentang yang telah digoreng tadi.
Kacau biar sekata.
Siap.

Sangat2 ringkaskan masakan saya.. Memang saya selalu masak yg sangat2 ringkas pun setiap hari.. Kalau nak yg berkuah bersantan bagai.. kene tunggu hujung minggu la jawabnya.. atau pun bila en. suami ada kat umah.. hehehhe..

Pada sesiapa yang teringin nak mencuba tu.. sila laaa.. hehehe...

4 ulasan:

  1. Wah sedapnyew!!! Bolehlah try buat esok..Crab is my faberet!!! *Thumbs up*

    BalasPadam
  2. Anie... Takde rajin sangat.. tapi nanti kalau tak masak.. tak nampak pulak buat keje kat umah ni.. hehehhe.. setuju tak??? kekekke...

    Lady Ainaa..... Cuba la buat...hehehhe...

    BalasPadam
  3. telan liur tgk ketam ina..
    tp sayang, sy alergik skit..terutamanya ketam..
    kalau buat gulai lemak cili padi tu,hirup kuah sj pun bibir terus pedih dan bengkak..huhu..terlepas nikmat mkn ketam puas2.

    BalasPadam

Nak conteng2??? Sila laaa...