Followers

Jumaat, 5 September 2014

Nak Jadi Tailor Pulak

Assalamualaikum..

Sebenarnya dalam kepala ni macam2 dok pikir. berbelah bahagi hati nak keluar bekerja. tapi keadaan macam tak mengizinkan atau ?????

setahun adik kat hospital. setahun saya berumah tanpa tangga di wad menjaga adik. bila adik dah discaj tahun lepas. setiap minggu setiap bulan penuh jadual adik appoinment dengan hospital.. setiap minggu ada. dan dalam sebulan tidak kurang dari 8 kali appoinment. 

Paeds hospital kajang, diettion hospital kajang, Therapi hospital kajang, KKIA Kajang, peads cardio hospital serdang, ENT hospital serdang, OTP hospital serdang, peads gastro HKL, dll.. fuh.. banyak kan appoinment adik. setahun yg lepas la ni.. skrg tinggal sikit dah.. ada yang dah discaj. 

Jadinya saya pun tekad nak belajar jahit. nak cari duit poket lebih sikit. nak belajar kat kelas2 mcm susah je nak tinggal kan adik. jadi saya pun join grup2 kat fb pasal jahitan. gugel blog2 yang buat tutorial jahitan.. tengok video kat you tube.. 

Saya cuba buat korbankan baju2 kurung kerja dulu.. gunting2 buat baju kecik2.. hehhe.. banyak yg buang dari jadi.  lepas tu dah rase ok sikit beli kain murah2 yang semeter rm2.50 tu.. 

en. centa hati belikan mesin jahit portable sebagai permulaan.. alhamdulillah.. ade rezeki nanti dan juga satu impian nak dapatkan satu mesin jahit industri.. ahaa berangan.

ni antara baju2 yang saya jahit. baju2 tempahan dan juga baju adik.. byk buat ujikaji kat baju adik. kikiki.. banyak lagi tapi semua dah hilang bila memori kad henpon saya korup.. owh.. sangat sedih.. yang paling sayang saya ada buat baju kurung baby pramatang berat 2.9kg.. comel je baju tu.. huuu..



 









baju pink ni fresh baru keluar oven.. hehhe.. baru siap semalam.. baru tadi pos kat tuan dia.. baju kurung peplum baby 2 tahun.

baju ni tak tahu nama.. saya buat khas untuk budak tak sihat ni. dalam saya kirai2 kain dia nampak kain ni. terus rengek2 nak.. terus saya buatkan baju ni.. punya la hepi dia.. kain ni kain perca amek kat umah mil ntah bila.. mase zaman saya dok blaja2 menjahit hari tu.. hehehe..

terima kasih pada yg sudi menempah.. banyak kekurangan lagi.. maklum la baru belajar.. hehehe..


2 ulasan:

  1. Okey ni Ina..memula..try & error..nnti dh selalu jahit & amik tempahan, slowly expert..cntik2 baju budak2 yg awk jahit ni expecially hat peplum2 tu..comey.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. tula fieza.. nak kene lebih teliti dan kemas2 lagi..
      terima kasih fieza.. :)

      Padam

Nak conteng2??? Sila laaa...